Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA kah kita..?


Hari ni (31 Ogos 2009), genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..dah berkurun lamanya malaysia atau pun suatu ketika dahulu dikenali sebagai tanah melayu dijajah oleh pihak luar. bermula pada 1511 oleh pihak Portugis di melaka, kemudian Belanda, dan selepas Belanda, British, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu dibebaskan..terima kasih pada pejuang bangsa zaman pra kemerdekaan dulu..terumatanya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apakah yang dimaksudkan dengan MERDEKA..?ramai orang akan ckp, merdeka adalah bermaksud KEBEBASAN..memang betul. merdeka = kebebasan. tapi sejauh manakah pemikiran masyarakat kita bebas atau merdeka?apakah fikiran mereka masih lagi dijajah?hurm...budak-budak muda sekarang ni, macam-macam perangai yang diorang buat..tapi, apa yg paling menyedihkan, hampir 99% budak-budak muda yang buat hal adalah dari golongan melayu..hurm...susah sangat diorang nak paham apa yang telah diperjuangkan oleh orang-orang melayu sebelum nie..apa yang diorang tau, keseronokan..tu ja...malam merdeka, disambut dengan acara lumba haram, minum arak, seks luar nikah dan macam-macam lagi..apakah itu yang remaja faham sebagai sebuah KEMERDEKAAN?merdeka utk buat apa saja?

Kepada ramaja di luar sana..bebaskan lah minda anda semua dari dijajah..berjuang lah utk agama, bangsa dan negara..ingat, benda yang dah dimiliki oleh kita, takkan semakin bertambah baik kalau tidak DIJAGA..MERDEKA!!!!!

Monday, August 10, 2009

Selamat Tinggal WATERTECH...

Yer....Selamat tinggal..goodbye...sayonara...dan perkataan yg lain dan sama maksud dengannya...kenapa aku ucapkan selamat tinggal kpd company aku ni?aku dah dapat kerja lain?hurm...aku xdapat kerja lain...ni adalah risiko yg perlu aku tanggung..aku akan benti bila masuk september ni..dah lama aku rasa nak benti..tapi aku tahan ja dulu..mungkin sebab aku takut bila aku benti, aku akan jadi penggangur. hurm..mungkin juga...

Kejatuhan ekonomi baru-baru ni mmg dah bagi kesan pada kompeni aku. ramai staff production di behentikan..dan kesan dari situ juga, kompeni aku dah pecah kepada 2 anak syarikat dimana, kedua2 anak syarikat ni akan memainkan peranan sebagai pihak marketing..jadi, watertech xperlu lagi wat marketing..dah boleh save cost.kesannya, aku diserap ke Oasistech Resources..xbleh blah betui aku bila jadi mcm nie..semua sistem yg aku perkenalkan dihapuskan..digantikan dengan sistem baru..sistem yang terlalu BERKECAMUK..hurm..dan, perkara yg buatkan aku nekad nak benti kerja, diorang pertikai ttg gaji aku..gaji aku dibayar oleh oasistech dan watertech..ada pihak yg xpuas hati..katanya, gaji aku sepatutnya totally di bayar oleh oasistech..bila dah jadi mcm ni, apa yg korang rasa?last2, aku ckp yg aku akan benti kerja..xtaula kerja apa lak yg aku nak wat lepas nie..tpi xper..rezeki ada di mana2..Tuhan tu dah tulis dah rezeki masing2..aku tawakal jerla....harap2, ada kawan2 kat sini yang bagi aku semangat or nasihat dan apa2 ja...