so, korang yang kat luar tu, cintailah pasangan anda sebaik2nya. sebab, dah jadi lumrah manusia, 'seseorang itu akan dihargai bilamana dia tidak lagi berada disisi kita'..jangan dah terhantuk, baru nak terngadah beb..cinta mmg senang nak dapat..tpi cinta yang sejati, cinta yang ikhlas susah nak dicari ganti..meminjam kata2 nabil..LU PIKIR LA SENDIRI,,,!!!Assalamualaikum..
Friday, September 19, 2008
aku dan CINTA..
so, korang yang kat luar tu, cintailah pasangan anda sebaik2nya. sebab, dah jadi lumrah manusia, 'seseorang itu akan dihargai bilamana dia tidak lagi berada disisi kita'..jangan dah terhantuk, baru nak terngadah beb..cinta mmg senang nak dapat..tpi cinta yang sejati, cinta yang ikhlas susah nak dicari ganti..meminjam kata2 nabil..LU PIKIR LA SENDIRI,,,!!!Assalamualaikum..
Tuesday, September 16, 2008
aku dan BADMINTON..
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
SEJARAH DAN ASAL USUL BADMINTON
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.
Rumahku 'Syurga'ku..???
herm..aku pun xtau la mcm mana nak describe menda alah ni. tpi aku yakin, korang yang berada kat jauh dengan keluarga dan tinggal bersama-sama dengan kawan, mesti korang tau apa yg aku cuba sampaikan.ya..rumah bujang yang terdapat pelbagai masalah..perangai sekor2 yang boleh kalahkan jin. ntahla..tpi ni la hakikat..korang yang kat luar tu xpayah la nak menafikan. mmg betul, kesabaran yang tinggi mmg diperlukan bila wujud istilah berkawan tu. tpi sampai bila nak bersabar??hurm..smpai mati?nehi2..masalah yang paling utama dalam rumah bujang ni ialah terlalu 'kedekut'. susah gak kalau ada org mcm ni. nasib baik la budak kedekut dalam umah aku (identiti perlu dirahsiakan untuk keselamatan penulis) dah berubah. skang ni xkedekut lagi dah..hehe..bguslah..setel je masalah tu, masalah lain pulak yg muncul..argh!!!leh kena kencing manis aku mcm nie..masalah yg baru timbul ni la wat aku serabut. 'pentingkan diri'. aduyai..susah gak hidup dikalangan orang-orang yang mcm ni.kan??
sekarang ni, apa yang perlu aku wat, bersabar..tpi sejauh mana tahap kesabaran aku ni??sehebat Rasul Junjungan kita ker??mestila x..aku ni insan biasa jer..tpi insyaAllah, jika diberikan kekuatan, aku tetap akan bersabar. harap2, tiada masalah baru yang akan muncul lagi..aku dah letih hadap peragai manusia ni. ke aku dah patut benti jadi 'manusia..'??