Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 28, 2008

aku dah BEKERJA..???

Aku dah bekerja??ya...aku dah bekerja..hehe..hampir sebulan aku buang masa di perlis..akhirnya, penantian aku membuahkan hasil..xtaula mcm mana aku tergerak hati nak pegi kat kawasan tu..(sebenarnya nak pi tgk barang badminton kat AMR SPORT)..tetiba je terpandang akan iklan jawatan kosong..tanpa pikir panjang, aku terus serbu kedai tu..(pada mulanya aku igtkan tu kedai, tapi rupanya tu opis)..lepas bertanyakan itu ini, tetibe je bos tu ckp, 'kami terima anda, anda tahu apa jawatan anda??'..terkulat2 aku nak jawab..dengan muka xbersalahnya, aku jawabla..'pembantu kedai..?'..berderai gelak tawa diorang..huhu...aku ada wat lawak ker?ke jawapan aku tu jawapan yg agak kurang cerdik??(kat iklan tu, xder tulis jawatan apa, cuma tulis JAWATAN KOSONG).herm..rupa2nya, jawatan yg diofferkan kat aku tu jawatan MANAGER..yer..PENGURUS dalam bahasa melayunya...terkedu aku jap..aku igtkan jawatan biasa2 ja..xsangka lak jawatan tu tinggi sgat..diorang amik aku sb aku ada degree..hehe..walaupun di luar bidang pengajian, tapi diorang yakin, produk uitm bermutu..(bos aku yg ckp, bukan aku)..so, secara rasminya, skang ni aku dah bergelar pengurus kepada sebuah company yang bernama Water Tech Resources Sdn.Bhd..(mcm xcaya ja..kan??)

Herm..tpi bila aku pikir2 balik, mampu ke aku handle semua nie..??xpenah terpikir pun aku nak jadi manager..aku cuma terpikir nak jadi pembantu gerai makan, tukang pam minyak, lap body ketapi dan mcm2 lagi la..ni x, sekali dapat, terus jadi manager...huhu..mcm mana yer kawan2?bolehkah aku?hurm..kenala cuba dulu..kan?kalau xcuba, xtaula aper cerita nanti..betui x?hehe..sebelum dpt keja ni, aku try jugak la cari keja lain..tapi biasala..ayat standard (maaf ye encik, kami perlukan pekerja perempuan..')..huh!ayat standard utk reject aku..apala..mcm mana la org2 laki nak jdi insan berguna..tu yg byk jadi mat rempit tu...hurm..naper ek, majikan lebih gemarkan pekerja wanita..??tpi xperla, nasib bek aku dah dapat keja..berkat dari kesabaran aku..1 januari 2009 ni, bermula hidup aku sebagai seorang manager...ekekek (mcm poyo jer..)sebelum ni dok mengaji ja..(belajaq @ belajar)..alhamdulillah...leh la aku support family aku..(banggannya...!!!)

Tuesday, December 2, 2008

Aku dan Politik...

Im Back!!!!hehe..xsangka kan aku akan kembali..walaupun untuk seketika, tapi aku akan tetap posting topic baru..herm..sebenarnya, aku xsuka nak sentuh isu-isu politik dalam penulisan aku..tapi, keadaan politik di Malaysia sejak akhir-akhir ni watkan aku mula terpikir akan sesuatu..yer..aku dan Sesuatu...'Sesuatu' tu boleh memberi maksud yg pelbagai dan mampu refer kepada apa jua perkara yang terdapat dalam dunia ini. betapa uniknya 'sesuatu' itu..kan?

Ada banyak sebab naper aku xsuka politik..yang pertama, sebab aku xpandai sangat dalam bab-bab politik ni. kalau aku faham dan bijak pandai dalam politik, dah lama aku jadi presiden amerika sb presiden kat sana paling xbetul sekali.hurm...dengan akal yg xseberapa banyak ni, (memori almost full), aku cuba jugak la pikir2 tentang politik ni. betul or tak, itu pendapat masing2..kita kan negara demokrasi..kan?

Mungkin ada di antara kita yang xfaham..mungkin kita mahu cuba memahami segala perbezaan yang terbentuk, mungkin juga kita cuba untuk faham..tapi xpenah nak faham2..(korang paham ker..??)perkara yang selalu kita hadapi sekarang ialah kenaikkan harga minyak (sekarang dah turun..terima kasih kepada pihak kerajaan), harga makanan dah naik dan isu penganguran di kalangan rakyat Malaysia. manakala, perkara yang selalu kita nampak pula ialah janji2 palsu pemimpin, kata-kata yang hanya untuk meraih sokongan padu dari rakyat yang dahagakan perubahan dan juga bantuan demi sesuap nasi dan sesudu air..kadang2, kesilapan yang kecil pun akan dipandang besar di saat harapan tinggi yang di amanahkan kepada pemimpin-pemimpin tidak dapat mereka laksanakan..tanggungjawab memimpin itu amat besar..risiko juga amat tinggi..kerana setiap kesilapan dalam membuat sebarang keputusan, semua orang akan menangung akibatnya..lebih menydihkan, ia memberikan kesan kepada orang yg dah sedia susah. bila keadaan mcm ni terjadi, mereka akan mula marah dan berpaling kepada orang yang nampaknya boleh membantu walaupun mereka tau risiko yang perlu ditanggung adalah terlalu tinggi.

Aku rasa, kemajuan dan pembangunan malaysia masih lagi tak cukup..kejayaan ahli politik memiliki rumah-rumah besar pun masih tidak cukup (jika semuanya diperolehi dgn cara yang tidak jujur..). sebenarnya, seperti yang aku mula2 tulis tadi, aku xberapa suka nak sentuh isu politik dalam penulisan aku..aku minta maaf kalau ada pembaca-pembaca yang masih belum boleh mengundi xpaham dgn apa yg aku cuba smpaikan..cuma aku berasa sedikit tersentuh dengan keadaan politik sekarang..akan hak2 istimewa yang semakin terhakis atau bakal hilang akibat kesilapan percaturan pemimpin DAHULU, SEKARANG atau bakal pemimpin di MASA HADAPAN..mungkin aku yang silap dalam memberi pendapat..(entahla..)cuma nak pesan, 'KITA PERLU JAGA AGAMA, MARUAH, AMANAH DAN WARISAN..JGN DIGADAI WALAU SETINGGI MANA PUN HARGANYA. BARULAH BANGSA KITA AKAN DIHORMATI..'Hope for the best...