Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 2, 2008

Aku dan Politik...

Im Back!!!!hehe..xsangka kan aku akan kembali..walaupun untuk seketika, tapi aku akan tetap posting topic baru..herm..sebenarnya, aku xsuka nak sentuh isu-isu politik dalam penulisan aku..tapi, keadaan politik di Malaysia sejak akhir-akhir ni watkan aku mula terpikir akan sesuatu..yer..aku dan Sesuatu...'Sesuatu' tu boleh memberi maksud yg pelbagai dan mampu refer kepada apa jua perkara yang terdapat dalam dunia ini. betapa uniknya 'sesuatu' itu..kan?

Ada banyak sebab naper aku xsuka politik..yang pertama, sebab aku xpandai sangat dalam bab-bab politik ni. kalau aku faham dan bijak pandai dalam politik, dah lama aku jadi presiden amerika sb presiden kat sana paling xbetul sekali.hurm...dengan akal yg xseberapa banyak ni, (memori almost full), aku cuba jugak la pikir2 tentang politik ni. betul or tak, itu pendapat masing2..kita kan negara demokrasi..kan?

Mungkin ada di antara kita yang xfaham..mungkin kita mahu cuba memahami segala perbezaan yang terbentuk, mungkin juga kita cuba untuk faham..tapi xpenah nak faham2..(korang paham ker..??)perkara yang selalu kita hadapi sekarang ialah kenaikkan harga minyak (sekarang dah turun..terima kasih kepada pihak kerajaan), harga makanan dah naik dan isu penganguran di kalangan rakyat Malaysia. manakala, perkara yang selalu kita nampak pula ialah janji2 palsu pemimpin, kata-kata yang hanya untuk meraih sokongan padu dari rakyat yang dahagakan perubahan dan juga bantuan demi sesuap nasi dan sesudu air..kadang2, kesilapan yang kecil pun akan dipandang besar di saat harapan tinggi yang di amanahkan kepada pemimpin-pemimpin tidak dapat mereka laksanakan..tanggungjawab memimpin itu amat besar..risiko juga amat tinggi..kerana setiap kesilapan dalam membuat sebarang keputusan, semua orang akan menangung akibatnya..lebih menydihkan, ia memberikan kesan kepada orang yg dah sedia susah. bila keadaan mcm ni terjadi, mereka akan mula marah dan berpaling kepada orang yang nampaknya boleh membantu walaupun mereka tau risiko yang perlu ditanggung adalah terlalu tinggi.

Aku rasa, kemajuan dan pembangunan malaysia masih lagi tak cukup..kejayaan ahli politik memiliki rumah-rumah besar pun masih tidak cukup (jika semuanya diperolehi dgn cara yang tidak jujur..). sebenarnya, seperti yang aku mula2 tulis tadi, aku xberapa suka nak sentuh isu politik dalam penulisan aku..aku minta maaf kalau ada pembaca-pembaca yang masih belum boleh mengundi xpaham dgn apa yg aku cuba smpaikan..cuma aku berasa sedikit tersentuh dengan keadaan politik sekarang..akan hak2 istimewa yang semakin terhakis atau bakal hilang akibat kesilapan percaturan pemimpin DAHULU, SEKARANG atau bakal pemimpin di MASA HADAPAN..mungkin aku yang silap dalam memberi pendapat..(entahla..)cuma nak pesan, 'KITA PERLU JAGA AGAMA, MARUAH, AMANAH DAN WARISAN..JGN DIGADAI WALAU SETINGGI MANA PUN HARGANYA. BARULAH BANGSA KITA AKAN DIHORMATI..'Hope for the best...

6 comments:

Tirana said...

Politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Jika politik, yang menjadi asasnya adalah agama, tentu politik tu jadi bersih, suci dan adil tidak mengira kaum dan keturunan, pangkat dan harta. Yang menjadi masalah sekarang ni, politik itu di asaskan pada material, sebab tu la jadi huru hara.

Ct said...

zam..penah dengar kata2 ni tak.."JADILAH MANUSIA YANG BIJAKSANA, MEMEGANG TALI MEMEGANG TIMBA, MEMELIKI EKONOMI MENCIPTA BUDAYA, MENJADI TUAN DI NEGARA MERDEKA"..Hmmmm..

love is forever said...

salam..
bila kita jadi pemimpin beratnya kita akan disoal di akhirat kelak, apa yg kamu pimpinkan. Nanti jadi ayah tahulah..hehehe

Maza's said...

wawawawawa riz dah berpolitik sekarang dalam wentri dia ni...kekekek bagus2.....

RieDer said...

kak tirana--->betul tu kak..politik ibarat sungai..yang mengotorkan sungai adalah manusia itu sendiri..

to ctikus--->xpenah dgar lagi..ni 1st time dengar..

love is forever--->jadi ayah?hoho..berat tu tanggungjawab

to Maza--->ala..sesekali sentuh isu politik..tapi ni yg pertama dan terkahir kot..kang ckp lebih2, kena i.s.a lak..huhu..

sipeNinLalat said...

Skang nie mane2 boleh jumpe politik dik oiii. Kalau dah keje nanti haa tau lah camne gayenye politik dalam keje plak.. Larat tak larat layan jerk laa... Macam2 hal yg dipolitikkan sampai tak larat nak campur tangan... ntah hape2... Tu pasal tak suke mende2 nie semua...