Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 23, 2009

aku dan INFINITY...!!


Yehaa!!!finally, hujan dah turun kat bumi kayangan nie..dah lama aku xtengok air hujan kat negeri perlis ni..kira bestla bila hujan dah turun ni. rasa nyaman jer..hujan yg pertama turun kat perlis ni jugak telah buatkan aku basah kuyup..bukan sebab aku main hujan..tapi aku atas motor time hujan turun..huhu..lagipun aku dah basah peluh time tu..(sb baru lepas traning badminton..)so, aku xkisah sgt ttg basah tu. yg penting, aku smpai umah..hehe..

Aku ada sebut pasal traning badminton kan tadi..?lately, aku mmg bz skit..bz dgn kerja n bz dgn traning badminton..bukan apa, 08032009 nanti, aku ada friendly match dgn Naza Motor di gurun Kedah. so, kenala traning betul2..mmgla ni friendly match tapi match ni penting utk team baru mcm team ni untuk memulakan langkah..mesti korang (terutamanya jitegha blogger) tertanya2 team apa aku join kali ni..kan?ala...kalau korang xtanya pun, aku nak citer gak..hoho!sebenarnya, ni team BAKEP perpustakaan Awam Negeri Perlis. tpi disebabkan 'ketidakprofesionalan' BAKEP, maka kebanyakkan ahli pasukan yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Awam Negeri wat keputusan untuk bergerak sendiri. maknanya, BAKEP BADMINTON TEAM dah dibuka penyertaannya kepada orang luar.bila dah keluar dari BAKEP, maka nama team pun dah ditukar..dah xguna nama lama..nama baru team ni ialah INFINITY BADMINTON TEAM yang dikelolakan oleh En Azham Arrif selaku Manager Pasukan, Jurulatih Pasukan dan juga pemain perseorangan utama pasukan..gambar baju tu adalah jersi rasmi pasukan (aku yang design tu...huhu)...selaku team baru, mmg byk menda yg nak kena belajar. terutamanya belajar bermain dalam satu pasukan..mencabar mental oo main berpasukan ni..kalau team tengah seri dan harapkan kita utk dptkan mata kemenangan, mau ketaq (ketar) kepala dalam gelanggang orang yg main tu..dasyat kan penangan jadi org harapan ni..huhu..

Team ni terdiri daripada beberapa pemain yg mempunyai latar belakang yang berbeza..ada yang pernah wakil Unimap, UiTM, wakil kelab lain dan ada yang xpenah beraksi utk mana2 pasukan sebelum ni..jadi, tindakan pertama En Azham adalah mendedahkan semua pemain dengan situasi pertandingan..bila dah terdiri daripada pelbagai latar belakang ni, maka akan wujudla pemain yang akan menjadi pemain utama. untuk pemain utama pasukan ni (lelaki) ialah Azham, Nazri, Husainy, Fariq, Rizam (aku la tu..hik2!), Kamarul, Rahman dan juga Hafiz @ Matnouq. matnouq ni partner aku dlm regu..tapi sekarang ni dia kat pasir gudang..so, terpaksala aku digadingkan dengan kamarul lak..ok, tu pemain utama. pemain-pemain lain mcm Taufiq, Faris, Haizy dan Jan pula merupakan pemain yg boleh dianggap sebagai pemain yg sedang meningkat naik dan boleh dijadikan pelapis utk team ni. team ni pun ada gak penglibatan dari golongan pempuan..untuk yang pempuan ni xder pemain utama. kirannya semua adalah pemain utama la senang kira..huhu..antara pemain perempuan adalah seperti Eton (aku xtau nama betui dia apa..hik2), Kak Ti, Mar, Fariza, Ieja, Ieta, Mai dan Zura.

Disebabkan ni team yang baru nak menapak, jadi kami ni xdala di taja oleh sesapa...yela..awal lagi kalau nak minta ditaja pun..xpenah join mna2 game lagi setakat ni..(sebab xda game yang boleh dijoin..)mungkin nanti bila kami dah maju n dah kuar paper, barula kot ada penaja..huhu..team ni boleh juga dikatakan sebagai team alternatif untuk anak muda Melayu khasnya untuk kembangkan sayap dalam arena badminton nie..budak melayu bukan xhebat..tapi diorang xder cabang untuk membolehkan diorang melangkah lebih jauh..nanti aku akan add lagi post ttg team nie...hehe..tungguuu...!!!!

GO....INFINITY!!!!!!

Friday, February 13, 2009

Hai...dah lama aku xtulis kat blog ni..bukan apa, mcm xda org baca pun.tu yang aku rasa malas nak tulis tu..hehe..tapi, aku tulis kali ni sebab aku rasa rindu lak menulis..biarla org xbaca pun..aku xkisah..asalkan hati aku senang..kan?

Bagi korang2 yang berada di luar Negeri Perlis, aku cuma nak bgtau korang yang sekarang ni, tempat aku ni tengah kemarau..panas tu xpayah cerita la..mau merelit (Berkilat) kulit ni kalau dok berjemur tengah panas..time2 mcm ni, penoreh getah pun dok rumah jela..xleh nak wat apa2 sebab musim kemarau, susu getah dah xder..mcm manala diorang nak cari makan..kan?ok2..berbalik pada musim kemarau ni, apa yang uniknya dengan musim kemarau kat perlis?ha...kalau nak tau, bila kemarau ja, angin akan bertiup dengan kencang..orang-orang tua ckp, ni ANGIN TIMUR.aku pun xtaula angin ni mai dari mana..timur ka barat ka...aku iyakan jela bila orang-orang tua ckp. selalunya jugak, musim kemarau mcm ni jugak adalah musim menuai padi.huish!time-time mcm ni, petani-petani padi mau kerenyih (senyum @ sengih). yela, sb depa akan dapat duit hasil tuaian padi. ni kalau arwah tok aku dok ada lagi, mesti dia akan hulur seratus dua kat cucu dia nie..hurm..

Kalau ampa nak tau jugak, lepas ja sawah padi tu dituai, budak2 muda dan juga org2 tua akan bermain wau dalam sawah tu..sekali tgk, mcm dok kat kelantan dah. selalu time aku balik dari opis, mesti bersepah orang kat sawah..tengah main wau..best ke main wau?aku xtau la..jgn tnya aku..penah juga driver tempat keja aku ajak pegi main wau..orang2 mcm aku ni (konon2 moden la..) bukan xmau main wau..tapi aku xreti mcm mana nak main..dan yang paling penting sekali, apa faedahnya main wau nie?kalau main badminton, aku sanggup ja..xkira mana tempat dan bila masa, aku akan redah..hehe..sb badminton ni ada matlamat. kalau main wau ni apa matlamatnya ek?ampa tau dak?kalau tau, bgtau la aku...huhu..tapi serius la ckp,kalau ampa mai perlis, ampa akan tgk byk wau berpeleseran di langit biru..bagi yang minat dgn benda2 mcm ni, mungkin dia tau akan sesuatu yang kita semua xpenah nak tau atau nak amik tau selama nie..he...

Sunday, February 1, 2009

Sesuka hati...

Diam tak diam, dah sebulan aku jadi manager...company tu ada macam-macam masalah semasa di bawah pengurusan manager lama..so, keja aku dalam sebulan lepas adalah mencuci 'jamban' si manager lama..hurm..agak kasar perumpamaan yg diberikan. tapi, itulah hakikatnya. dengar-dengar cerita, ex-manager tu anak sedara pengarah..he..nak tergelak pun ada aku..masa interview dulu, pengarah ni beria-ia cakap dia percayakan anak sedara dia tu..he..kesimpulannya, dont trust anyone..just trust ur heart..petua yg selalu aku guna..sebab tu ramai org yg xkenal betul dengan aku akan cakap aku ni garang dan sombong..tapi aku ni xsombong pun..ramah jer..huhu..

sepanjang aku uruskan syarikat ni, pendapatan syarikat dah meningkat..dah cecah Rm 10k sebulan..2nd bos aku selaku ckp ni mungkin rezeki aku..(dia kata aku ni pembawa rezeki...huhu). tapi, aku dah biasa dengan keadaan mcm tu. penah ker korang alami peristiwa ni, pegi kedai yang xder orang, bila korang masuk jer, tetiba ja kedai tu jadi ramai..penah ker?mungkin ada yg penah..aku dah selalu sgt alami peristiwa ni. aitu, aku penah pegi kedai makan kat kangar ni, sebelum aku duduk, xda orang lgsung kedai tu..tukang masak n pelayan cuma tgk tv ja..bila aku duduk n order dah dipesan, tetiba ja kedai tu penuh dgn orang..bila tiba time aku nak bayar makan, makcik kedai tu xnak amik bayaran aku. dia ckp, aku bawak rezeki kat dia..huhu..makan free aku malam tu..aku ada gak keja kat kedai makan ni, tokey tu ckp, lepas ja aku berenti, org dah xramai mcm masa aku kerja dengan dia..hurm..betul ke aku ni pembawa rezeki?tpi, aku dok rasa mcm aku ni xmurah rezeki pun...huhu..xtaula..mungkin semua tu dah ditakdirkan kan kot...kan?