Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 23, 2009

aku dan INFINITY...!!


Yehaa!!!finally, hujan dah turun kat bumi kayangan nie..dah lama aku xtengok air hujan kat negeri perlis ni..kira bestla bila hujan dah turun ni. rasa nyaman jer..hujan yg pertama turun kat perlis ni jugak telah buatkan aku basah kuyup..bukan sebab aku main hujan..tapi aku atas motor time hujan turun..huhu..lagipun aku dah basah peluh time tu..(sb baru lepas traning badminton..)so, aku xkisah sgt ttg basah tu. yg penting, aku smpai umah..hehe..

Aku ada sebut pasal traning badminton kan tadi..?lately, aku mmg bz skit..bz dgn kerja n bz dgn traning badminton..bukan apa, 08032009 nanti, aku ada friendly match dgn Naza Motor di gurun Kedah. so, kenala traning betul2..mmgla ni friendly match tapi match ni penting utk team baru mcm team ni untuk memulakan langkah..mesti korang (terutamanya jitegha blogger) tertanya2 team apa aku join kali ni..kan?ala...kalau korang xtanya pun, aku nak citer gak..hoho!sebenarnya, ni team BAKEP perpustakaan Awam Negeri Perlis. tpi disebabkan 'ketidakprofesionalan' BAKEP, maka kebanyakkan ahli pasukan yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Awam Negeri wat keputusan untuk bergerak sendiri. maknanya, BAKEP BADMINTON TEAM dah dibuka penyertaannya kepada orang luar.bila dah keluar dari BAKEP, maka nama team pun dah ditukar..dah xguna nama lama..nama baru team ni ialah INFINITY BADMINTON TEAM yang dikelolakan oleh En Azham Arrif selaku Manager Pasukan, Jurulatih Pasukan dan juga pemain perseorangan utama pasukan..gambar baju tu adalah jersi rasmi pasukan (aku yang design tu...huhu)...selaku team baru, mmg byk menda yg nak kena belajar. terutamanya belajar bermain dalam satu pasukan..mencabar mental oo main berpasukan ni..kalau team tengah seri dan harapkan kita utk dptkan mata kemenangan, mau ketaq (ketar) kepala dalam gelanggang orang yg main tu..dasyat kan penangan jadi org harapan ni..huhu..

Team ni terdiri daripada beberapa pemain yg mempunyai latar belakang yang berbeza..ada yang pernah wakil Unimap, UiTM, wakil kelab lain dan ada yang xpenah beraksi utk mana2 pasukan sebelum ni..jadi, tindakan pertama En Azham adalah mendedahkan semua pemain dengan situasi pertandingan..bila dah terdiri daripada pelbagai latar belakang ni, maka akan wujudla pemain yang akan menjadi pemain utama. untuk pemain utama pasukan ni (lelaki) ialah Azham, Nazri, Husainy, Fariq, Rizam (aku la tu..hik2!), Kamarul, Rahman dan juga Hafiz @ Matnouq. matnouq ni partner aku dlm regu..tapi sekarang ni dia kat pasir gudang..so, terpaksala aku digadingkan dengan kamarul lak..ok, tu pemain utama. pemain-pemain lain mcm Taufiq, Faris, Haizy dan Jan pula merupakan pemain yg boleh dianggap sebagai pemain yg sedang meningkat naik dan boleh dijadikan pelapis utk team ni. team ni pun ada gak penglibatan dari golongan pempuan..untuk yang pempuan ni xder pemain utama. kirannya semua adalah pemain utama la senang kira..huhu..antara pemain perempuan adalah seperti Eton (aku xtau nama betui dia apa..hik2), Kak Ti, Mar, Fariza, Ieja, Ieta, Mai dan Zura.

Disebabkan ni team yang baru nak menapak, jadi kami ni xdala di taja oleh sesapa...yela..awal lagi kalau nak minta ditaja pun..xpenah join mna2 game lagi setakat ni..(sebab xda game yang boleh dijoin..)mungkin nanti bila kami dah maju n dah kuar paper, barula kot ada penaja..huhu..team ni boleh juga dikatakan sebagai team alternatif untuk anak muda Melayu khasnya untuk kembangkan sayap dalam arena badminton nie..budak melayu bukan xhebat..tapi diorang xder cabang untuk membolehkan diorang melangkah lebih jauh..nanti aku akan add lagi post ttg team nie...hehe..tungguuu...!!!!

GO....INFINITY!!!!!!

No comments: