Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 23, 2009

I Misz U....BLACK!!!!!





Huhu..rindunya aku kat motor aku (a.k.a Black)..bukan apa, masuk ni, dah 2 minggu motor aku dimasukkan ke bengkel..aku wat perubahan yg agak besar kat enjin motor tu..hurm..bukan nak wat racing..tapi aku cuba nak bikin motor tu jadi standard kilang..tukar blok, pinston,kaburetor n lain2 la..aku pun xtau sgt pasal menatang dalam enjin nie.kos dia mmg tinggi la..huhu..tapi nak wat mcm mana, aku sayang motor.

Pernah jugak aku terpikir nak tolak motor ni kat kedai n tukar ke Yamaha 135LC. tapi bila dipikir2 balik betapa susahnya aku nak dapatkan motor idaman aku ni dulu, terus aku campak jauh2 niat tu..lagipun, motor ni ada sentimental Value..hehe..arwah tokwan aku yg usaha pujuk mak n bapak aku untuk benarkan aku beli motor ni..hoho..mesti korang igt aku pakai duit mak bapak kan?korang silap la kalau korang pikir mcm tu..duit muka motor ni duit aku sendiri dan juga sumbangan daripada tokwan aku..n bulan2, aku yg bayar sendiri..aku cuma perlukan persetujuan mak bapak aku jer..bukan ap, kang kalau jadi apa2 kat aku nanti, xla mak aku ckp, 'tula, ckp org2 tua xmau nak dengaq..'.huhu..bapak aku plak ada alasan yg ortodoks..dia ckp, dia xmau aku jadi matrempit..huhu..tula..asal 125z ja, mat rempit..asal mat rempit ja,125z..xpaham aku..aku tgk budak2 yg merempit kat sini pakai kriss n ex5 ja..nak canggih sikit, wave 125..hurm..

Tadi aku pi bengkel..saja jenguk2 black kat ctu..mcm nazak jer..huhu..operation masih belum selesai bak kata pomen tu..esk pagi nak bawak turun enjin..nak servis kat dalam tu lak..nak cari apa komponen yg dah haus (haus kasih sayang la tu..ekeke). aku serahkan jer la kat pomen tu..dia lagi arif dari aku..aku ni tau naik jer..yela..Rider la katakan..kat bawah ni ada beberapa keping pic black yg dalam 'bilik pembedahan'..korang tengok2 la yer..kpd Black, cepat2la keluar dari bengkel..tanpamu, saham aku jatuh..xdpt nak ngorat awek..hahah!!!


Thursday, March 5, 2009

Aku dan Kebahagiaan....


Kebahagiaan..atau kata dasarnya BAHAGIA...satu perkataan yang digabungkan dari 7 huruf. perkataan yang menjadi kegilaan ramai orang dan aku yakin semua orang ingin rasa bahagia..tapi, mampukah semua orang tu bahagia?apa indikator yang digunakan untuk menentukan seseorang tu bahagia atau tak..?mcm mana korang tau yang korang bahagia?he...rata-rata jawapan yang aku dpt ialah berbunyi begini..'bila kita akan sentiasa gembira bila kita bahagia..' . mudah betul tutur di atur..sebenarnya, jawapan yg diberikan tu masih lagi byk persoalan yang boleh dipersoalkan..contohnya, apa yang buat kita rasa gembira?duit?kasih sayang?kawan-kawan?kalau jawapan dia duit, mcm mana pulak dengan orang yang xberduit?diorang xder 'duit' ke untuk mengecapi erti sebenar kebahagiaan?mcm tu jugak kalau jawapan diorang 'kawan-kawan' or 'kasih sayang'..

Naper aku membebel mcm nie??hehe..bukan aper, aku tertarik dgn citer sorang kawan aku..dia ngadu yg dia xberapa bahagia sejak akhir2 nie..org tersayang xbagi perhatian kat dia..ada gak org lain ckp kawan aku ni peragai mcm budak2..mengalahkan pempuan..tapi bagi aku x..setiap manusia ada perasaan..setiap manusia perlukan perhatian dari pasangan masing2..xkisah la laki or pempuan..semua orang nakkan perhatian..mungkin dgn cara tu, diorang akan rasa bahagia..kan?korang rasa mcm mana?salah ker kalau laki tu minta perhatian dari tunang dia sendiri?ni tunang dia mcm lebih pentingkan kekawan dia...xpenah pun nak pikirkan apa yang kawan aku ni rasa...aku bukan nak backup lelaki..tapi korang tgk la sendiri..buka mata..buka minda dan celikkan hati..korang tgk disekeliling korang..betul or x apa yang aku ckp ni...kawan aku ni xkisah sgt ttg duit...jadi duit bukan faktor yg buatkan dia bahagia..faktor yg buatkan dia bahagia adalah tunang dia...tu je yg dia harapkan..harap-harap, tunang dia tu sedarla apa yg dia buat nie...

Monday, March 2, 2009

aku dan EXHAUSTED...


Hurm...aku mmg penat..xtaula kenapa..terlalu letih..kerja cara kerja..kawan-kawan cara kawan-kawan..kadang-kadang tu, aku rasa mcm aku xda masa utk diri aku sendiri..kat tempat keja, aku nak kena ngadap karenah kedua-dua bos aku..diorang ni adik beradik. tapi aku xtaula apa puncanya, diorang ni perang dingin..yang jadi mangsanya, aku..yer...A.K.U..aku!contohnya mcm tadi, mesin kat kilang x beroperasi..pastu bos kedua call aku suh aku bgtau bos besar..pastu, xsampai berapa minit, bos besar suh aku bgtau lak bos no 2.lepas ja aku bgtau kat bos no 2, bos no 2 suh aku bgtau balik kat bos besar..arghhhhh!!!!!fedup nya!!nak je aku jerit 'Tolong jadi profesional skit...!!!'tapi aku sedar la yg kedua-dua diorang ni bos aku...kekadang tu, aku tepikir lak, aku ni pengurus syarikat atau pengurus peribadi diorang?bukanya diorang xleh call direct jer..kenapa mesti melalui aku?dah la aku ni byk lagi keja yg nk kena wat..akaun nak kena semak, gaji staf nak kena cek, penyata pendapatan nak kena semak, mcm2 lagi la..hal gaduh2 ni bila dibawak ke tempat kerja, susah bykla...susah dari segi komunikasi..hurm...xtaula smpai bila diorang nak perang mcm nie...

Hari ni hujan lagi kat perlis..tetiba je sayu je hati nie..aku ni mmg lain mcm skit kalau hujan..rasa sayu n rasa tenang tu dtg silih berganti..aku suka tgk air hujan yg turun renyai2..mcm ada satu keindahan kat situ..korang penah rasa?dan satu lagi kesukaan aku time hujan nie, keluar bersiar2 lepas hujan berhenti..best oo...blues jer rasa...dulu masa kecik2, aku suka kayuh gerek (basikal) ke sungai kat kg sebelah.lepak situ sambil tengok sawah padi..tenang gila...skang ni, aku dah xda masa nak pi tempat2 mcm tu..sibuk sgt...sb tu la kot yg wat aku penat..kan?