Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 24, 2009

Bilik Orang bBujang....

Ntah kenapa, tetiba ja aku rasa mcm bersemangat ja nak kemas bilik. mungkin sebab aku rasa bilik aku ni dah semak sgt kot..aku pun xigt la bila last aku kemas bilik..huhu..lagipun, aku jarang ada kat umah..siang keja..malam lak aku dok pi traning..hurm..aku rasa, bilik aku ni dah xlayak diduduki oleh mahkluk yang bernama manusia..huhu...so, aku ubah la apa2 yang patut..pic kat bawah ni hasil aku decoration tadi..(pic sebelum decoration aku xleh tunjuk sebab nanti korang konpius samada tu bilik manusia or sarang tikus..hik2!)


Friday, July 17, 2009

Masyarakt dan KEZALIMANYA...

Hooo....mcm berat jer tajuk kat atas nie,,,tpi sebenarnya aku xtau nak citer apa..cuma rasa mcm nak menaip...hurm...semalam aku ada traning badminton...aku cukup xsuka traning hari khamis malam sebab court sebelah team aku di dalangi oleh org2 tua yang sombong dan angkuh..diorang terlalu cepat menghukum..diorang xpenah bagi peluang pada org2 muda mcam kami ni nak berkembang..mcm post aku yg sebelum nie,aku ada tulis bahawa setiap orang akan berjaya sekiranya di beri PELUANG...

Aku penah jugak la main dengan depa nie..tapi, bila aku masuk court ja, terus depa minta partner aku double dgn partner dia, dan dia double dgn aku..katanya, kekuatan x seimbang!mmg gampang betul la org tua mcm nie..bukan nak tunjuk ajar golongan muda, tapi di kondem lagi adala....bila kami refuse, diorang terus xnak main..sedangkan aku cuma nak tgk sejauh mana kepandaian diorang dan boleh la kami yang muda2 ni belajar corak permainan orang tua...(heh..tau mcm mana org tua main badminton..?).aku geram betul la dgn org tua mcm tu..terlalu cepat jatuh hukum..semalam pun dia kuarkan lagi kata2 dia..dia kata mcm ni..'orang lama jugakla yag boleh main, orang baru xleh harap..'ada ka patut dia kata mcm tu?dah la time tu kami dok dengar taklimat dari coach...bengang dan banggang rasanya...

Kadang-kadang, masyarakat kita ni mmg mcm tu kot..suka menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik dulu apa yg berlaku di sebaliknya..mmg xadil kan kalau org tu diadili tanpa pembelaan yg sewajarnya...tanpa diketahui sebab musabab kenapa dia wat mcm tu dan kenapa dia jadi mcm tu...kan..?dah merepek bebenor dah teman ni ha....

Thursday, July 9, 2009

Peluang

'Setiap orang akan BERJAYA sekiranya diberi PELUANG...'hurm...mungkin ramai org kat luar tu xsedar atau xperasan..sebenarnya, itulah prinsip yang diamalkan oleh UiTM..aku pun baru jer tau sebenarnya..dan, berdasarkan prinsip tu la, orang yang xberapa nak cemerlang dalam SPM mcm aku ni diterima masuk ke UiTM..dalam erti kata yang lain, aku diberi PELUANG dan RUANG untuk berjaya..bayangkanla kalau uitm xberpegang pada prinsip tu, berapa ramai anak melayu yang akan ketinggalan?berapa ramai anak melayu yang belajar hanya cuma pada peringkat SPM..?TERIMA KASIH banyak-banyak kepada UiTM yang terus berjuang mempertahankan hak melayu,,

Dulu, aku pernah tanya kawan2 aku, 'lepas spm, u mana hangpa nak masuk..?'mcm2 jawapan yang aku dengar..tapi nama uitm ni mcm xberapa nak glemer di kalangan kawan-kawan aku..mungkin diorang ni cerdik sgt kot..(hik2).masa isi borang tu, diorang xletak pun uitm...aku ja yang letak uitm..pilihan utama lak tu..last2, aku ja yg masuk U, kawan2 aku yang lain tu, semua xdapat..hurm..kenapa aku pilih uitm?kenapa ek?huhu..aku pun xtau...walaupun ramai org2 luar dok ckp produk uitm ni xbagus la, xberapa nak cerdik la, xmantap la, tapi aku xpenah kisah..aku percaya, setiap manusia dah dijadikan dengan skripnya yg tersendiri..dah ditetapkan rezeki, jodoh serta mautnya sendiri..so, kalau dok u yang terbaik kat Malaysia atau kat dunia sekali pun, kita xkan kemana kalau 'skrip' dah ditulis yang kita xkan berjaya..kan?so, kepada org-org kat luar, jgn SESEKALI berbangga dengan apa yang korang dapat...tapi bersyukurla dgn peluang dan kebijaksanaan yang dipinjamkanNya..