Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 16, 2008

aku dan BADMINTON..

dah lama aku main main badminton..sejak aku tadika lagi. dan dalam tempoh tu, byk kenangan aku dalam bidang ni. dan bidang ni juga watkan aku kenal dengan lebih ramai orang.herm..aku sebenarnya baru balik dari traning badminton nie. dgn amir, nazili dan zul. tpi tula, aku rasa aku dah semakin jatuh la.huhu..dah tua sgt ke aku nie??ke aku kurang latihan..tula malas sgt..herm..tpi kan, bila aku tnya diri aku balik pasal bdminton, aku rupanya xtau pun apa itu badminton,,dari mana asal usulnya..kat sini meh kita tgk sesama aper yang dikatakan sebgai BADMINTON..

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitifL perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH DAN ASAL USUL BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

ha..tu la serba sedikit ttg badminton..tpi kan, kalau korang perasan, semua atlit badminton ni dia kelihatan tenang..dan mengikut kata2 coach aku (En Azmi), 'ketenangan itu penting untuk mengatur strategi yang membolehkan kita menang..Ketenangan adalah senjata utama unntuk mencapai sebuah kemenangan'. renung-renungkan..

Rumahku 'Syurga'ku..???

rumahku Syurgaku..hehe..mesti korang yang kat luar tu dah penah dengar kan istilah tu..tpi apa yang aku konpius (b.inggeris yang diutarakan), apakah elemen-elemen yang buatkan rumah itu dilabel sebagai 'syurga'??terutamanya bagi kediaman kategori org bujang..apa yg men'syurga'kan rumah tu..??

herm..aku pun xtau la mcm mana nak describe menda alah ni. tpi aku yakin, korang yang berada kat jauh dengan keluarga dan tinggal bersama-sama dengan kawan, mesti korang tau apa yg aku cuba sampaikan.ya..rumah bujang yang terdapat pelbagai masalah..perangai sekor2 yang boleh kalahkan jin. ntahla..tpi ni la hakikat..korang yang kat luar tu xpayah la nak menafikan. mmg betul, kesabaran yang tinggi mmg diperlukan bila wujud istilah berkawan tu. tpi sampai bila nak bersabar??hurm..smpai mati?nehi2..masalah yang paling utama dalam rumah bujang ni ialah terlalu 'kedekut'. susah gak kalau ada org mcm ni. nasib baik la budak kedekut dalam umah aku (identiti perlu dirahsiakan untuk keselamatan penulis) dah berubah. skang ni xkedekut lagi dah..hehe..bguslah..setel je masalah tu, masalah lain pulak yg muncul..argh!!!leh kena kencing manis aku mcm nie..masalah yg baru timbul ni la wat aku serabut. 'pentingkan diri'. aduyai..susah gak hidup dikalangan orang-orang yang mcm ni.kan??

sekarang ni, apa yang perlu aku wat, bersabar..tpi sejauh mana tahap kesabaran aku ni??sehebat Rasul Junjungan kita ker??mestila x..aku ni insan biasa jer..tpi insyaAllah, jika diberikan kekuatan, aku tetap akan bersabar. harap2, tiada masalah baru yang akan muncul lagi..aku dah letih hadap peragai manusia ni. ke aku dah patut benti jadi 'manusia..'??

Sunday, August 24, 2008

bolehkah CINTA dijual BELI?

bolehkah cinta dibeli?satu persoalan yang dah lama bersarang dalam jiwa aku..aku pun xtau naper benda alah ni selalu jadi perbualan. and aku pun xtau saper yang harus dipersalahkan. pihak lelaki atau pihak perempuan?herm..berdasarkan kajian rambang yg aku wat, 80 % perempuan lebih cenderung untuk pilih pasangan yang BERDUIT..kenapa? kebanyakkan perempuan cakap ini adalah sebagai jaminan hidup..tu adalah jawapan yang paling BODOH aku pernah dengar. kenapa perempuan2 ni perlu bergantung hidup pada lelaki?kenapa tidak berdikari?sampai bila nak dilabelkan sebagai insan yang LEMAH? come on la gadis2 sekalian!!buka mata, buka hati dan buka minda!! smpai bila kekayaan tu leh bagi korang kepuasan dalam hidup? kawan aku pernah cakap, cinta memang boleh dibeli. asalkan lelaki ada duit, perempauan pun akan mudah dirapati. walaupun bukan semua pempuan macam tu, tapi sebilangan besarnya adalah yang bersifat mcm tu. bagi aku, perempuan yang mcm tu x ubah seperti perempuan yang ada di lorong2 belakang. cuma perlu bawak duit, dan 'cinta' akan berputik walaupun untuk satu malam.

aku menulis ni pun, bukan nak mengutuk sesuka hati. tapi aku cuma nak sedarkan perempuan2 kat luar tue. jangan memilih harta dalam menilai sebuah CINTA. renung2kan..

Sunday, July 13, 2008

penantian kepada sebuah pengakhiran..

penantian tu memang satu penyeksaan..cukup terseksa..cukup menderita untuk kita mencapai sekelumit rasa bahagia..herm..tak boleh ker kita rasa bahagia je memanjang tanpa perlu menharungi segala perit jerih?sem ni sem last aku sebagai pelajar..lepas ni aku dah bukan pelajar lagi..harap2, aku lepas la sem ni..aku dah letih rasanya nak terus belajar..ramai orang kata, zaman bergelar pelajar ni la zaman yang paling best..aku akui, memang best. tapi, ada jugak part yang tak best. mmg semua benda dalam alam ni ada kebaikkan dan keburukkanya yang tersendiri. kan?

sekarang ni, aku tengah bersiap untuk ke pahang. projek dgn MB pahang, dato seri adnan yakob masih belum selesai walaupun kami semua dah lulus studio dgn gred yg membanggakan..aku harap, apa yang kami buat ni dapat pengiktirafan dari pihak UiTM, JPBD Pahang dan juga Majlis Daerah Lipis..bukan apa, lepas ni aku kan dah nak keja. dgn adanya surat sokongan dari pihak2 ni, ada la jalan aku nak masuk dalam kerajaan..huhuuhuh..Amin.

Sunday, May 18, 2008

Bila Aku Sudah Tiada

arghhh!!!!kebosanan meliputi diri aku lagi..aku seolah-olah warga tua yang menunggu ajal menjemput..menghabiskan masa di dalam bilik..menghabiskan masa dengan sia-sia..aku memang tengah kebosanan.sepatutnya, pada masa aku tulis blog ni, aku dah kat kampung..bekerja untuk cari duit.tapi aku masih lagi kat tempat nie..tempat yang tidak memberi ruang kepada sesuatu yang bernama peluang..

herm..dalam 2-3 hari ni bila aku dengar lagu hujan tu, aku terpikirkan sesuatu..sesuatu yang mana golongan umur macam aku kurang gemar berbicara mengenainya..mengenai alam yang satu lagi tu..alam yang kekal untuk semua umat manusia..pernah ke korang semua fikirkan tentang alam yang satu lagi tu?pernah ker?susah kan nak jawab?kalau ada pun, berapa kerat sangat la yang fikir akan hal tu.biasala..budak remaja..yang difikirkan, ialah keseronokkan..tpi perlu ingat beb..ajal menjemput tidak mengira usia.tua atau muda, bila sampai masanya, kita tetap akan dipanggil olehNya..

aku pun bukannya bagus sangat..aku dah banyak buat silap masa zaman aku dulu2..herm..tapi Allah tu Maha pengampun kan?Dia pasti akan ampunkan kita yang pernah buat silap satu ketika dahulu..kan?

Tuesday, May 6, 2008

pengkhianatan sebuah PERSAHABATAN..

herm..ayat mcm org frust jer kan..aku mmg tgah frust..frust dgn sorang yg aku anggap dia kawanbaik aku..kawan yg bleh aku percaya..tpi last2, dia khianati aku..herm..aku xtau mcm mana nak mulakan cerita..aku rasa xpyhla korang tau cerita ni..yg penting, mari kita sama2 cari maksud kawan yg sebenar,,atau dalam erti kata yg lain kita kupas maksud SAHABAT..aper yg dimaksudkan dgn sahabat sebenarnya..?org lain pasti akan mendefinisikan sahabat ni sebagai 'seseorang yg bukan dari ahli keluarga kita tetapi mempunyai hubungan yang rapat dgn kita selain dari keluarag kita'.herm..ayat..mmg mudah utk digubah..tpi realiti nya?ader ke org yg mcm tu?bg aku, org berkawan dgn org lain atas dasar kepentingan..ada sesuatu yg org tu inginkan dari kita..dalam kata yg mudah, dia XIKHLAS berkawan dgn kita..arghh,,!terus terang aku ckp, aku mmg selalu berhadapan dengan org2 mcm nie..org yg pikirkan perut sendiri..kawan semasa senang..bila susah?

dalam dunia yg serba moden nie, mmg wajar kita pentingkan diri sendiri jer kan?tpi, bgi org2 yg masih mempunyai maruah dan prinsip diri kat luar tue, mungkin sifat pentingkan diri ni ditolak demi menghargai sebuah persahabatan..herm..xramai dah org mcm tue dalam dunia nie..xramai yg akan 'melangkah tanpa memangkah'..kebanyakkanya akan 'memangkah dan terus melangkah'..herm..aku xtau la ap yg aku merepek skang nie..yg aku tau, aku mmg xjumpa lagi orang yang betul2 hargai persahabatan..org yg berkawan dgn orang tanpa sebarang kepentingan..korang tanyala diri korang sendiri..ikhlas ker korang berkawan dgn kawan korang?jujurkah korang suma?korang jawab la sendiri..

Sunday, April 6, 2008

Syukur...

herm..dah lama xjenguk ke sini..ala..bukan ada org baca pun..mcm syok sendiri jer aku nie menulis kat sini..tadi, bila aku fikir2 balik, setiap manusia ni ader dia punya kelebihan masing2..kalau dah ader kelbihan, mesti ader kekurangan kan?dah xleh lari dah dua benda tu..dah mcm kembar siam dah..mesti melekat punya..budak studio aku masing2 ader kelebihan sendiri..walaupun kami ni dari jurusan perancangan bandar dan wilayah, tpi diorang ader kelebihan lain. contohnya dalam bidang seni muzik, seni tarian, sukan, multimedia, komputer, grafik dll lagi..suma benda ni kalau nak dikutkan logik mana ada kaitanya dgn perancang bandar..tpi tula..mcm yg aku ckp tadi, kita suma ni dah ada kelebihan masing2 dan kekurangan masing2..memang xsemua org leh main muzik, xsuma org leh main sukan, xsuma org leh menari dan lain-lain suma tu..kalau semua org reti, sper yg nak dengar org lain main, tgk org menari..kan?logik x?

Allah dahjadikan kita semua dengan cukup baik..Dia wat kita hidup dengan saling melengkapi antara satu sama lain..melengkapi dgn bergantung hidup dgn org lain tu lain konteksnya..korang pun paham kan?hehehe..so, kepada semua pembaca, meh kita renungkan kelebihan yg ada pada diri kita..dan dalam masa yg sama, renungkan juga kelemahan kita..baru kita x menjadi angkuh dan takbur..cuma satu pesan aku,,gunakan kelebihan yg ada pada diri kita tu utk bantu org lain..semua ni ilmu DIA..Dia cuma jadikan kita pemengang amanah..bukan pemilik mutlak..