Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 2, 2010

Aku dan 'PERHUBUNGAN' Part 2

Kawasan utara dilanda hujan yg mengakibatkan beberapa kawasan di naiki air...hurm...mcm tu jugak la dalam hati aku nie..hati yg pada mulanya cuma mendung, kini dah mula runtuh sebagai hujan yg amat lebat...aku perlukan pendayung...agar aku tidak lemas di dalam banjir yg berpunca dari hujan yg melanda hati..

Setelah sekian lama, setelah meneroka hati dan budi pekerti, baru sekarang dapat dinilai..jgn disangka air yg tenang tiada buaya...jgn disangka guruh di langit akan memberikan hujan yg menimpa-nimpa...xtau dari mana silapnya..sekarang masing-masing sudah mula menunjukkan belang...heh...bagusla...benda ni mmg dah dijangka..smpai bila harus berpura-pura?smpai bila harus terus menerus melakokan watak yg direkacipta cuma?

Sekarang ni pun, aku dah mula selesa dgn kehidupan aku yg serba serbi sunyi di sini...mcm masa aku mula-mula lapor diri di Lada..rasanya, tiada masalah untuk aku terus serasikan diri..aku kena belajar terima hakikat...BUKAN SEMUA ORANG SUKA KITA...dan BUKAN SEMUA ORANG KITA SUKA...heh..so, benda ni adil..kepada kawan-kawan yg terlibat...bukan niat untuk menghindar atau menyisih...cuma ingin memberi peluang dan ruang utk menilai semula apa yg telah berlalu selama hampir 6 bulan disini..tidak kuar bersama, tidak lepak bersama bukan bermakna kita menjadi LAWAN...

Sunday, August 22, 2010

padaMu ku bersujud....


Ramadhan kembali lagi...walaupun dah masuk hari yang ke-13, rasanya, masih belum terlambat kalau aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua followers...(ada lagi ke yg ikuti perkembangan blog nie?huuuu)...hurm..ramadhan kali ini, aku rasakan cukup bermakna...ramadhan kali ini, menunjukkan yang Dia sayangkan aku..tapi aku?

Ramadhan kali ni jugak ramadhan pertama aku sebagai suami...insyaAllah, aidilfitri yang bakal kunjung tiba nanti juga adalah aidilfitri aku yang pertama sebagai Suami dan juga Bapa...hurm..bila bersendirian, memandang laut yang membiru, aku mula terkenang siapa aku sebelum ini..memandang dengan mata yang dikurnia, memikirkan dgn akal yang dianugerah, aku amat bersyukur di atas kurniaan yang Maha Menyanyangi...kepada yang pernah follow life aku dalam blog ni, mungkin kekawan suma akan paham apa yg cuba disampaikan...aku pernah memegang jawatan tertinggi dalam organisasi..dan aku pernah berada di jawatan yang paling rendah dalam organisasi kerajaan..semuanya aku dah rasa...senang dan susah...mewah dan miskin...kekadang, bila aku melihat kehidupan orang lain yang bergelut untuk mencari sesuap nasi dan sesudu air, aku mula rasa sebak dalam dada..ingin menghulurkan sebanyak mungkin bantuan yang boleh..sb aku dah berada di kedua-dua situasi...aku tau mcm mana seronoknya bila jadi mewah..dan aku tau mcm mana peritnya bila hidup susah..

Dan, sekarang, aku berada di posisi aku yang buatkan aku selesa..bukan mewah..bukan susah...soalan daripada org2 dulu yang berbunyi 'boleh hidup ke kalau amik course perancang bandar?mudah ke dapat kerja?'..rasanya dah terjawab soalan tue..cuma soalan 'mudah ker dapat kerja?', itu mmg tidak dapat disangkal...mmg susah dapat kerja..tapi aku rasa, bukan bidang aku jerk...bidang lain pun susah nk dapat keja sebenarnya...tapi apa2 pun, aku yakin pada ketetapan Ilahi...telah ditetapkan rezeki seseorang itu bila dia dilahirkan ke dunia ini...apa yang penting, kita kena sematkan dalam diri dan yakin dengan Allah yang Maha Adil..Dia mmg adil...cukup ADIL....

Wednesday, July 28, 2010

finally....the times has COMING...

Hurm....akhirnya...mungkin dah sampai masanya semua ni berakhir...mungkin juga dah sampai masanya kami semua mula mengorak langkah sendiri..mencari haluan yg pastinya berliku duri...apa yang paling dirisaukan, telah menjadi suatu realiti..hampir realiti..susah betul nk gambarkan dengan kata-kata...berat lagi mulut untuk menutur bicara..tapi kalau begini la keadaannya, aku rasa, kami sudah BERSEDIA...

Perit untuk menerima hakikat, sebuah perhubungan yg dijangka akan mewarnai kehidupan harian disini sudah mula goyah...masing-masing sudah mula menunjukkan reaksi...masing-masing sudah mula menunjukkan siapa yg harus disingkirkan...heh..manusia-manusia...cukup pandai mengatur langkah...cukup bijak bersandiwara..aku cuma pemerhati yang bebas...mungkin, perkara ini sedikit sebanyak menguris perasaan aku sendiri..hurm.....aku dah bersedia...aku yakin, mereka semua juga telah bersedia...

Wednesday, July 21, 2010

Aku dan 'PERHUBUNGAN'

hurm....apa yang kita paham ttg sebuah hubungan?ada yg definisikan hubungan sebagai sebuah tali persaudaraan...ada yg mendefinisikan hubungan sebagai sebuah kasih sayang..terpulang pada individu..untuk mentafsir dengan sendirinya apa itu sebuah perhubungan..hurm...mengorak langkah untuk memulakan buah bicara, bukanla semudah mengorak langkah menuju ke Billion...bukan juga semudah utk mengorak langkah menuju ke kedai makan 'mak'..terlalu byk perkara perlu dipikirkan...terlalu byk butir yang perlu ditapis sebelum mengeluarkan kata-kata..khuatir andai ada hati yg terasa...khuatir andai ada hati yang terluka...

Sekarang, kami cuma berempat..yang pada asalnya kami berlima...ada kemungkinan besaq, kami akan tinggal bertiga..dan lastly, tinggal berdua..hurm..kenapa aku tulis mcm tu?kenapa?terlalu byk benda dalam pikiran aku...semalam...aku pegi lepak dgn sahabat2 aku kat sini...ada sorang sahabat tu, seolah2 kehadiran dia macam xdisedari oleh sahabat-sahabat yg lain...dalam gelak tawa yg hadir, ada suara tanggisan kecil yg sayup2 kedengaran...aku penah rasa apa yg sahabat sorang ni rasa...rasa dipinggirkan...rasa xdipentingkan...mmg sedih...mmg pedih...hurm...aku cuba bersikap neutral...bukan untuk memingirkan sesiapa...tapi dari mata kasar, mmg terlalu jelas, kehadiran sahabat yg sorang ni seolah2 x terlalu dihargai...seolah-olah melukut di tepi gantang...aku penah rasa benda nie...mmg terasa hati...tpi kena sedar, manusia membuat pilihan...sb tu org2 lama dah berpesan...dalam berkawan, elakkan no ganjil..contohnya, 5,3...hurm..lepas ni, mungkin aku lak yg akan terima nasib yg sama....LAGI...hurm...sebab tu la dalam berkawan, kita kena ADIL...

Sunday, June 13, 2010

Im Back....!!!!

Hoh?!masih wujud rupanya blog aku nie...blog yg aku buat masa aku belajar di uitm shah alam...aku igtkan blog ni dah xwujud lagi...aku pun xpunya kesempatan untuk menulis entry2 baru...betul ke xsempat?ke aku yg dah mula rasa malas nk update blog aku?hurm....xtau la...

Sekarang ni, aku dah ada di Langkawi...Alhamdulillah...berkat kesabaran aku, berkat ketabahan aku (walaupun dulu aku hampir putus asa), akhirnya, aku dah berjaya dapat kerja...kerja dalam bidang yg paling aku minat..yola...apa lagi kalau bukan perancangan bandar dan wilayah...hehe...diam xdiam, dah hampir 2 bulan aku jadi pekerja disini...sebelum aku lapor diri, aku selalu terpikirkan mcm mana aku nk hidup kat sini...mesti aku boring gila...mesti aku xda kawan..hehe..tapi rupanya, tu langsung xmenjadi masalah...aku xsempat langsung nak rasa boring kat sini...aktiviti terlalu banyak...sampai kadang2, xterkejar aku..huuuu

kawan2?hehe...aku ada 4 org kawan yg mmg aku leh anggap famili aku kat sini...kenal diorang pun kat sini jerk...tapi kami rapat mcm kami dah lama kenal...harap2 hubungan yg dibina ni kekal la sampai kami pencen...huuuu....30 tahun lagi oooo nak dok sini...kepada Faiz, Wan, Nad and Sarah, terima kasih sb sudi berkawan dgn aku...terima kasih semua.....i love u all....muah!











Thursday, March 4, 2010

berat mata memandang....

err....dah lama betul aku xjenguk2 blog nie...dulu, blog ni la tempat aku ngadu...tempat aku luahkan perasaan...sejak2 aku dah masuk kerja dulu, n dah kenal facebook, aku mmg jarang share apa yg aku rasa n alami dalam blog lagi dah...rasanya, mungkin ni permulaan utk aku kembali menjadi blogger..heh..

24 Februari 2010, aku mula dah jadi penganggur..sb kontrak aku dah tamat..nak cari kerja lain pun payah...xtaula naper la rezeki aku ni mcm berat jer..xtaula...org akan ckp 'ada la rezeki ang tu nanti...'hurm...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...skang ni, adik aku yg no 2 tgah bercuti..so, masa aku byk dihabiskan dgn famili aku..lagipun, dia tgah sibuk dok wat persediaan nak bertunang nanti...

sejak2 aku jadi penganggur nie, org yg paling kuat bagi aku dorongan dan kata2 semangat kat aku tentulah isteriku...my family also...xtau la depa paham or x apa yg aku alami...aku nak cari kerja agar senang aku nak bantu org lain...nak bantu famili...tapi tu la..aku mmg dah terperangkap nie...minta kerja yg pakai spm, org xnak amik sb aku ni graduan ijazah..minta kerja yg perlukan ijazah, org xnak amik sb aku xda pengalaman...mmg mcm tu ker nak cari kerja?skang ni baru aku paham, kenapa perompak menjadi perompak..depa pun xmau jadi perompak kalau diberikan ruang dan peluang untuk berjaya mcm mana org lain berjaya..hurm...citer banyak pun, mcm aku mengeluh akan nasib aku sendiri jerk...aku ttp akan bersabar...mungkin ni ujian dari Dia...nak tgk sejauh mana ketabahan dan kesabaran aku...harap2, ada la rezeki utk aku sekeluarga dalam masa terdekat nanti....Amin...