Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 15, 2009

TRUST....NOBODY..!!!


TRUST NOBODY...korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan kali ni?xlebih dan xkurang, inila apa yang aku rasa sekarang...hurm...memang rasa macam-macam bila seolah kita dikhianati..he..baguslah, sekurang2nya, aku dah mula sedar, even org tu kawan lama kita pun, kita mmg xleh nak percaya kat dia..

Perangai bermuka2 ni memang dah sinonim dengan bangsa kita gamaknya..kenapa perlu nak bermuka-muka ek?kenapa xnak berterus terang apa yang xpuas hati?kalau terus macam nie, bila masa orang yang selalu wat orang lain terasa hati akan sedar?huh!aku mmg jenis yang simple...kalau aku xpuas hati, aku akan cakap ja kat org tue..kalau dia nak benci aku lepas tu, itu hak dia..aku dah cuba utk betulkan dia dari terus wat silap dan dibenci oleh orang ramai..aku penah pesan pada kawan aku, kalau ada org yang kata kat aku di tempat kerja, tolong bagtau aku..mungkin betul aku wat silap..kalau diorang xtegur aku, sampai kesudah aku akan terus lakukan kesilapan yang sama...still do da same thing again..again..and again..hurm..ada ka orang nak tegur aku kalau aku wat salah di tempat kerja?

Kepada staff MOPD, kalau ada korang terbaca tulisan nie, n u think i have made a some mistake, PLEASE...guide me..im a new person in ur 'family..'

Saturday, September 19, 2009

Hari Raya: Dahulu dan Sekarang....


Hari raya DULU...

Bangun ja pagi2, terus mandi dan pi semayang sunat.. lepas ja semayang (xtunggu khutbah dah...)terus balik umah..sebab dah target banyak rumah nak pegi..yela..nak kutip duit raya...dapat 0.20 sen pun dah kira banyak...paling banyak pun, rm 0.50..he...tapi tu la..tu raya dulu-dulu....

Hari raya SEKARANG..

Hurm..nak bangun pagi2 pun dah liat....sebab letih malam sebelum raya tu..kemas itu, kemas ini...pergi semayang..kali ni kena tunggu dengar khutbah..yela, sebab umur dah makin meningkat..xkkan nak wat peragai mcm dulu2..hehe...

Hari raya DULU...

Bila balik ke rumah nenek dengan tokwan, dapat banyak duit raya..dari wan, dari nek, dari cu, dari pakngah dan dari maklong..time tu, memamg kaya..yela, semua pakat2 hulur..

Hari raya SEKARANG...

Bila balik rumah nenek dengan tokwan, dah xseseronok mcm dulu...sebab wan dah xda...dan nek pun tengah sakit sebab tulang peha patah..bila balik ja sana, sepupu2 yang kecik2 pakat beratur...yela..nak amik duit raya dari kitorang lak...(dulu-dulu, mak n bapak diorang kasi duit raya kat aku...)skang nie, aku lak yang kena bagi duit raya...huhu...tapi xpela..bukan selalu..huuu..

Hari raya DULU....

Aku xpenah lekat di rumah masa raya pertama dgn kedua..aku pi umah kawan-kawan..(yang aku xkenal pun aku pegi gak...)hehe..selalu pegi dgn amin dan bangcik..dari naik gerek (basikal), sampaila nek motor...pusing satu perlis...

Hari raya SEKARANG....

Hurm...aku sorang2 dalam umah...xda kawan nak di ajak kuar..dan xda umah kawan yg luar dari taman aku nak pergi..bukan xda kawan, tpi kawan yang xda masa nak hangout dgn aku..yela..masing2 dah besar panjang...masing2 dah ada buah hati masing2...aku?lepas balik dari umah sedara aku di kg, aku dduk dalam rumah ja..boring...

tula raya aku dulu dan sekarang....banyak juga perubahan yang aku lalui..mungkin tahun depan, aku akan beraya sebagai suami pulak...kalau ada rezeki, mungkin sebagai ayah...hik2!apa2 pun, kepada kekawan yang mengenali diri ni, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI aku ucapkan..maaf sekirannya ada tutur kata atau tingkah laku yang pernah menyinggung perasaan kekawan..yakinlah, aku bukan sengaja nak sakitkan hati orang...semua aku buat tu ada sebab..SALAM...

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA kah kita..?


Hari ni (31 Ogos 2009), genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..dah berkurun lamanya malaysia atau pun suatu ketika dahulu dikenali sebagai tanah melayu dijajah oleh pihak luar. bermula pada 1511 oleh pihak Portugis di melaka, kemudian Belanda, dan selepas Belanda, British, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu dibebaskan..terima kasih pada pejuang bangsa zaman pra kemerdekaan dulu..terumatanya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apakah yang dimaksudkan dengan MERDEKA..?ramai orang akan ckp, merdeka adalah bermaksud KEBEBASAN..memang betul. merdeka = kebebasan. tapi sejauh manakah pemikiran masyarakat kita bebas atau merdeka?apakah fikiran mereka masih lagi dijajah?hurm...budak-budak muda sekarang ni, macam-macam perangai yang diorang buat..tapi, apa yg paling menyedihkan, hampir 99% budak-budak muda yang buat hal adalah dari golongan melayu..hurm...susah sangat diorang nak paham apa yang telah diperjuangkan oleh orang-orang melayu sebelum nie..apa yang diorang tau, keseronokan..tu ja...malam merdeka, disambut dengan acara lumba haram, minum arak, seks luar nikah dan macam-macam lagi..apakah itu yang remaja faham sebagai sebuah KEMERDEKAAN?merdeka utk buat apa saja?

Kepada ramaja di luar sana..bebaskan lah minda anda semua dari dijajah..berjuang lah utk agama, bangsa dan negara..ingat, benda yang dah dimiliki oleh kita, takkan semakin bertambah baik kalau tidak DIJAGA..MERDEKA!!!!!

Monday, August 10, 2009

Selamat Tinggal WATERTECH...

Yer....Selamat tinggal..goodbye...sayonara...dan perkataan yg lain dan sama maksud dengannya...kenapa aku ucapkan selamat tinggal kpd company aku ni?aku dah dapat kerja lain?hurm...aku xdapat kerja lain...ni adalah risiko yg perlu aku tanggung..aku akan benti bila masuk september ni..dah lama aku rasa nak benti..tapi aku tahan ja dulu..mungkin sebab aku takut bila aku benti, aku akan jadi penggangur. hurm..mungkin juga...

Kejatuhan ekonomi baru-baru ni mmg dah bagi kesan pada kompeni aku. ramai staff production di behentikan..dan kesan dari situ juga, kompeni aku dah pecah kepada 2 anak syarikat dimana, kedua2 anak syarikat ni akan memainkan peranan sebagai pihak marketing..jadi, watertech xperlu lagi wat marketing..dah boleh save cost.kesannya, aku diserap ke Oasistech Resources..xbleh blah betui aku bila jadi mcm nie..semua sistem yg aku perkenalkan dihapuskan..digantikan dengan sistem baru..sistem yang terlalu BERKECAMUK..hurm..dan, perkara yg buatkan aku nekad nak benti kerja, diorang pertikai ttg gaji aku..gaji aku dibayar oleh oasistech dan watertech..ada pihak yg xpuas hati..katanya, gaji aku sepatutnya totally di bayar oleh oasistech..bila dah jadi mcm ni, apa yg korang rasa?last2, aku ckp yg aku akan benti kerja..xtaula kerja apa lak yg aku nak wat lepas nie..tpi xper..rezeki ada di mana2..Tuhan tu dah tulis dah rezeki masing2..aku tawakal jerla....harap2, ada kawan2 kat sini yang bagi aku semangat or nasihat dan apa2 ja...

Friday, July 24, 2009

Bilik Orang bBujang....

Ntah kenapa, tetiba ja aku rasa mcm bersemangat ja nak kemas bilik. mungkin sebab aku rasa bilik aku ni dah semak sgt kot..aku pun xigt la bila last aku kemas bilik..huhu..lagipun, aku jarang ada kat umah..siang keja..malam lak aku dok pi traning..hurm..aku rasa, bilik aku ni dah xlayak diduduki oleh mahkluk yang bernama manusia..huhu...so, aku ubah la apa2 yang patut..pic kat bawah ni hasil aku decoration tadi..(pic sebelum decoration aku xleh tunjuk sebab nanti korang konpius samada tu bilik manusia or sarang tikus..hik2!)


Friday, July 17, 2009

Masyarakt dan KEZALIMANYA...

Hooo....mcm berat jer tajuk kat atas nie,,,tpi sebenarnya aku xtau nak citer apa..cuma rasa mcm nak menaip...hurm...semalam aku ada traning badminton...aku cukup xsuka traning hari khamis malam sebab court sebelah team aku di dalangi oleh org2 tua yang sombong dan angkuh..diorang terlalu cepat menghukum..diorang xpenah bagi peluang pada org2 muda mcam kami ni nak berkembang..mcm post aku yg sebelum nie,aku ada tulis bahawa setiap orang akan berjaya sekiranya di beri PELUANG...

Aku penah jugak la main dengan depa nie..tapi, bila aku masuk court ja, terus depa minta partner aku double dgn partner dia, dan dia double dgn aku..katanya, kekuatan x seimbang!mmg gampang betul la org tua mcm nie..bukan nak tunjuk ajar golongan muda, tapi di kondem lagi adala....bila kami refuse, diorang terus xnak main..sedangkan aku cuma nak tgk sejauh mana kepandaian diorang dan boleh la kami yang muda2 ni belajar corak permainan orang tua...(heh..tau mcm mana org tua main badminton..?).aku geram betul la dgn org tua mcm tu..terlalu cepat jatuh hukum..semalam pun dia kuarkan lagi kata2 dia..dia kata mcm ni..'orang lama jugakla yag boleh main, orang baru xleh harap..'ada ka patut dia kata mcm tu?dah la time tu kami dok dengar taklimat dari coach...bengang dan banggang rasanya...

Kadang-kadang, masyarakat kita ni mmg mcm tu kot..suka menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik dulu apa yg berlaku di sebaliknya..mmg xadil kan kalau org tu diadili tanpa pembelaan yg sewajarnya...tanpa diketahui sebab musabab kenapa dia wat mcm tu dan kenapa dia jadi mcm tu...kan..?dah merepek bebenor dah teman ni ha....

Thursday, July 9, 2009

Peluang

'Setiap orang akan BERJAYA sekiranya diberi PELUANG...'hurm...mungkin ramai org kat luar tu xsedar atau xperasan..sebenarnya, itulah prinsip yang diamalkan oleh UiTM..aku pun baru jer tau sebenarnya..dan, berdasarkan prinsip tu la, orang yang xberapa nak cemerlang dalam SPM mcm aku ni diterima masuk ke UiTM..dalam erti kata yang lain, aku diberi PELUANG dan RUANG untuk berjaya..bayangkanla kalau uitm xberpegang pada prinsip tu, berapa ramai anak melayu yang akan ketinggalan?berapa ramai anak melayu yang belajar hanya cuma pada peringkat SPM..?TERIMA KASIH banyak-banyak kepada UiTM yang terus berjuang mempertahankan hak melayu,,

Dulu, aku pernah tanya kawan2 aku, 'lepas spm, u mana hangpa nak masuk..?'mcm2 jawapan yang aku dengar..tapi nama uitm ni mcm xberapa nak glemer di kalangan kawan-kawan aku..mungkin diorang ni cerdik sgt kot..(hik2).masa isi borang tu, diorang xletak pun uitm...aku ja yang letak uitm..pilihan utama lak tu..last2, aku ja yg masuk U, kawan2 aku yang lain tu, semua xdapat..hurm..kenapa aku pilih uitm?kenapa ek?huhu..aku pun xtau...walaupun ramai org2 luar dok ckp produk uitm ni xbagus la, xberapa nak cerdik la, xmantap la, tapi aku xpenah kisah..aku percaya, setiap manusia dah dijadikan dengan skripnya yg tersendiri..dah ditetapkan rezeki, jodoh serta mautnya sendiri..so, kalau dok u yang terbaik kat Malaysia atau kat dunia sekali pun, kita xkan kemana kalau 'skrip' dah ditulis yang kita xkan berjaya..kan?so, kepada org-org kat luar, jgn SESEKALI berbangga dengan apa yang korang dapat...tapi bersyukurla dgn peluang dan kebijaksanaan yang dipinjamkanNya..