Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 30, 2009

Aku dan ?????

Dah lama aku xupdate blog..bukan aper..xder menda sgt nak diceritakan..ni pun sb aku keboringan..yela, esk kan cuti pekerja..(1 mei), kpd pekerja yg mcm aku ni, selamat bercuti la esk..tapi ari sabtu ni aku kena masuk opis balik...huwaaa!!!!xpela..dok umah pun bowink gak.
Dalam minggu ni jugak, aku dah ada lesen kereta..aku xberminat sangat dgn kereta ni..tapi kerja aku mendesak aku untuk mendapatkan lesen keta..senang nak bawak kereta company nanti..igt nak minta driver jer..tapi mcm melampau lak..hoho..terpaksa la aku amik lesen. walaupun aku dah ada lesen kereta, aku ttp pi keja dgn motor gak..lebih selesa skit dgn motor..berangin jer rasa..kalau hujan, basah satu badan.tu yg best tu..orang yg selalu berkereta tu xrasa mcm yg org bermotorsikal rasa.kan?mujurla aku lulus lesen keta dengan sekali amik. kesian jugak aku tgk org2 yg amik lesen keta dgn aku, tapi xlulus..menangis2 ha..punyala frust..xpela..adala hikmahnya tu..kan?

Wednesday, April 22, 2009

aku dan 22 april..

22 april kembali lagi...,masih mcm dulu..masih macam tahun-tahun sebelum ni, xda apa keistimewaan..xda ap yg serinya dengan 22 april ni..ada apa dengan 22 april?hurm..sebenarnya, 22 april ni besday aku..hik..hik..tapi tu la..mcm biasa jer aku rasa..xda apa yg lainnya dengan hari2 lain.hurm...yg kat luar tu mesti best je kan bila time besday?apa yg korang dpt masa besday ni?aku xder idea la nak hadiahkan diri aku ni aper..korang ada idea x?jgn korang cadangkan yg bukan2 lak..huhu..tkut x mampu teman nk bayornyer nanti..
kepada teman2 aku yg sambut besday semalam (2104), iaitu Ady Said dari sabah dan juga Rohaidah (makwe jitegha blogger), selamat ulang tahun kelahiran..semoga hidup anda semua sentiasa dilindungi olehNya dan dimurahkan rezeki..Amin..

Thursday, April 16, 2009

Tanpa Tajuk..

Hari isnin aitu, (130409), pengarah urusan aku ada ajak aku lunch sesama dia..katanya ada hal penting nak bincang dengan aku..terbagak2 jugak la aku sebab kali ni firstime aku naik keta mewah..tapi bukan aku drive la..aku dok sebelah jer..huhu..sampai ke tempat makan, dia pun citer la yang dia ada projek baru.aku pun heran gak, naper dia bincang dengan aku?kenapa xbincang dgn board of director yg lain?hurm..aku pun tnya la sepatah dua..di bawah ni dialog aku dgn dia..chech it out!
Boss: saya ada projek baru nie..tapi saya perlukan persetujuan awak dulu..
Kuli: ala tn haji, naper lak nak minta persetujuan syer?syer bukan pemengang saham pun.bukan juga sedara tn haji.saya ni cuma pekerja tn haji jer..
Boss:ye, itu saya tau, awak mmg pekerja saya.bukan adik saya or anak sya..apatah lagi menantu saya...tapi..
Kuli:(directnyer boss aku ni ckp, kotla nak jaga hati aku..huhu(dalam hati))tapi apa tn haji?
Boss: saya cuma akan jalankan projek ni kalau awak yg handle. tapi saya xtau berapa lama awk akan kerja dengan company saya.
kuli:tu syer xberani nak jamin la..tapi kan ke ada lagi pengarah2 yg lain..
Boss: sebenarnya, i want to setup a new company...n syer nak tarik diri dari syarikat ni,awk fikirkanla ttg ni..i trust u n u have a good potential to become a great bussinesman..
Huh?!Great bussniseman??aku xpenah terpikir pun nak jadi peniaga..apatah lagi nak jadi usahawan..hurm..aku tau, tn haji ni nak tarik diri sb xtahan dengan karenah pengarah-pengarah lain (adik-adik dia..). tu la payahnya kalau dok bergaduh ja kerja..xprofesional lgsung..hurm..korang rasa mcm mana?perlu ke aku setuju dgn projek tn haji nie?kalau aku setuju, maknanya aku akan terikat dengan dia. aku xleh masuk bidang aku (town n regional planning)..aduyai..poning2..lepas satu, satu dilema aku hadapi..betula kata member blogger aku, kerja pun ada politiknya..hurm...

Thursday, April 9, 2009

Being Positive or Negative..?

'....kalau aku tau la dia tu peragai mcm setan, sumpah aku xkan kawan dengan dia..', '...kalau aku tau la dia akan wat mcm tu kat aku, aku xkan dekati dia..'.ayat-ayat tersebut seringkali kita dengar..mungkin setiap hari..tapi ada di kalangan kita yg wat endah xendah je ttg perkara tersebut..(bukan kena kat batang hidung dia, leh la dia wat xtau jer..).hurm..orang melayu kita ni cukup sinonim dengan perkataan KALAU..bagi aku la kan, perkara mcm di atas tu bleh jer kita elakkan..ada caranya dan perkataan KALAU ni mungkin kita xkan gunakan lagi dah..mungkin juga boleh elakkan diri dari bergaduh dengan somebody..korang nak tau ker caranya?aku selalu guna cara ni bila aku kenal seseorang..lets check it out..!
Mudah jer caranya..korang kena pikir NEGATIF ttg kawan yg baru korang kenal..jgn pikir positif..he..mcm zionis je cara ni..tpi cara ni la paling berkesan..korang nak tau x, dengan berpikiran negatif ttg somebody tu, korang xkan rasa 'terkejut' kalau dia wat hal atau sakitkan hati korang nanti.aku selalu menegatifkan kawan2 baru aku..bukan apa, tu cara aku menilai mereka..so, bila diorang baik je n xlakukan perkara2 yg menyakitkan hati kita, secara otomatiknya, pemikiran negatif kita akan hilang mcm tu jer n kita akan sedar yg dia tu mmg kawan yang baik. korang bayangkan kalau korang pandang positive pada kwan baru tu, n korang pun rapatla dgn dia..pi mana2 pun dgn dia..and one day, dia tunjukkan diri dia yg sebenar..ha..sapa yg kecewa?korang jugak kan..pastu mulala kuar ayat2 yg aku taip di atas tdi tu..ni cuma cara aku..no wonder la org selalu ckp yg aku ni mcm sombong..peduli apa aku..aslkan aku xsakit hati. semangat kekawanan aku mmg tinggi..sekali dia kawan aku, selamanya dia tetap kawan aku..to all my friends, thanks to be my friend..


P/s: kalau korang ada pandangan, sila komen pada aku...

U are BACK..!!!


Finally, my black has arrived...hurm..rindunya nak merempit dgn motor nie..semua dah baru dalam enjin..secara xlangsungnya, aku dah mampu save minyak motor n minyak 2T. motor aku sebelum ni bukan motor standard..ni dah standard dah..kalau speed test dgn kriss pakcik sebelah rumah aku ni, mau aku yg kena tinggal...huhu..xpala..aku bukan nak merempit pun..aku nak jadi warganegara malaysia yang baik..hah..sebut pasal malaysia ni, aku nak amik kesempatan ni utk ucpkan TAHNIAH ke atas kabinet kerajaan Malaysia yang baru..harap2, menteri-menteri semua tu amanah dan x mempermainkan perasaan rakyat kebanyakkan mcm aku ni hendahknya...Tahniah sekali lagi.

Tuesday, April 7, 2009

Di Persimpangan DILEMA..

Aku mmg dalam persimpangan dilema skang ni..persimpangan antara reality dan juga fantasi (mungkin..). hurm...xtau la mcm mana aku nak mulakan cerita..tapi yg aku tau, aku mmg dalam dilema. bagi yg kat luar tu dan yg xkenal dengan aku, aku ni graduan dari uitm dalam bidang perancangan bandar dan wilayah (diploma dan ijazah). apa yg aku cuba nak smpaikan, aku rasa mcm terkilan lak sb aku xkerja dalam bidang tu..aku kerja dalam sektor pembuatan atau dalam erti kata yang lain, aku kerja kilang..bukan sebab gaji yang jadi masalah aku..tapi sebab kepuasan bekerja..kerja aku skang ni, kalau duduk kat perlis ni boleh dikategorikan sebagai 'orang senang' la..gaji aku lebih dari cukup. tapi aku xpuas kerja ni..aku mmg minat bidang yang aku belajar dulu..apa yg watkan aku dalam dilema skang nie, perlukah aku tinggalkan kerja skang ni semata-mata mengejar minat aku yang pastinya aku xkan hidup senang mcm sekarang ni?perlukah aku jadi realistik ataupun materialistik dalam dunia yang serba serbi kena bayar ni?hurm...
p/s: Terima kasih pada amir sebab sudi dengar ttg ni semalam (6042009). walaupun dalam ym, tpi terasa kejujuran yang terbit dari hati amir.thanks buddy..