Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 16, 2008

aku dan KECELARUAN..!!!

herm..kecelaruan atau kata dasarnya CELARU..mmg susah bila dah timbul perkataan tu kat dalam hati..byk menda yg bermain dalam pikiran aku skang ni..tesis, apa yg aku nak keja nanti, bila nak kawin (sempat lagi tu..), hutang ptptn bila nak bayar dan mcm2 lagila..tpi yg paling wat aku kusut skang ni ialah pasal kerjaya..ya..aku ulang KERJAYA…

dulu masa kecik2, aku nak jadi power rangers je..senang nak tolong org..(mulia gila niat). tpi bila dah besar skit nie, aku baru sedar yg power rangers tu bukan satu kerjaya..tpi cuma khayalan..trus aku tukar aku punya cita2..herm,,pemandu pesawat pejuang..perkataan tu watkan aku igt balik kenangan 2002..kalau pilatus pc 7 tu x selalu terhempas, skang ni mungkin aku dah jadi Kapten saiful rizam. mungkin juga jadi pilot kepada pesawat serba guna Sukhoi yg Malaysia baru beli tu. ayah aku koyakkan surat tawaran dari KTU (Kolej Tentera Udara). time tu aku diminta lapor diri ke KTU kepala Batas. Alor setar. herm..dah xder rezeki kot..atau ada hikmah..laslty aku masuk bidang nie..Town Planning..herm..

aku pun xtau la bila aku abis belajar ni aku leh jadi town planner ke x..persaingan cukup byk..isu2 politik (10% kouta) dah watkan peluang yg cuma ada sedikit semakin dihimpit..saper yg nak amik kami nanti?pemaju kbyakkannya CINA..company melayu?baper kerat sgt la yg ada..umur dah makin lanjut..dah 24..tahun depan dah 25..kawan2 yg seusia dgn aku dah ada keja tetap..tpi aku?masih xtau hala tuju diri..masih tercari2 akan sesuatu yang belum lagi pasti..hurm..rasanya, aku kena tukar bidang nanti..mungkin aku akan apply utk jadi pegawai tentera..or mungkin juga jadi pegawai polis..herm..tgkla..yg mana satu. tpi skang ni aku lebih berminat nak jadi polis..bahagian JSJ (jabatan siasatan jenayah).leh tolong ramai org (mcm power rangers..heheh)..tpi mak aku xbagi..dia kata dah 5 tahun aku belajar (termasuk diploma), last2 jadi polis..huhuuh..

aku mmg celaru skang ni..kerajaan pun dah stop amik org baru..abis?kat mana kami nak merempat?hmmm…sesapa yg ada keja kosong, leh contact aku..huhu

aku dan DUIT...


duit..??ye..inilah duit. duit yang jadi kegilaan semua org kat atas dunia ni. termasuk la aku. dengan duit, mcm2 kita boleh beli. kasih sayang, cinta dan kawan..sumanya boleh dibeli dengan DUIT. berkuasanya sekeping kertas yang dicop dgn pelbagai nilai..kan?dulu, aku xla rasa duit ni penting sangat..yang penting budi bahasa.he..tpi, kalau bawak budi bahasa pegi Plaza Alam Sentral, kita xboleh beli apa2 pun sebenarnya.

skang ni dah last sem..seperti biasa, kebanyakkan student akan habis duit time2 mcm ni la..termasuk la aku. bagi yg ada famili kaya-raya, xla tertekan sangat..tpi yg xberapa nak kaya mcm aku ni??hoooo...berat oo penangan Mr Money ni..mana nak belajar n at da same time, nak kena pikir how to earn da money..2 benda dalam satu masa..minta kat mak bapak??hooo..cukup2la nyusahkan diorang kat sana..aku anak sulung..so, kenala berdikari. nasib baikla Allah bagi aku pinjam ilmu Dia. dengan ilmu yg ada kat aku ni, leh la aku cari duit utk makan kat sini. repaired komputer dan amik upah lukis layout town planning..hm..merana gak badan. dengan nak wat asement, n cari duit utk belanja..gila..mmg gila..tpi im forced to do that..kalau x, soru leh miss..nak ckp kaya wat benda2 di atas tdi tu, xla..tpi, leh la bgi aku makan dalam masa 2 minggu..tu pun makan sari sekali je tu. susah gak ek nak cari duit ni..hm..kesian kat mak bapak kita yg kat kg tu. keja keras utk anak-anak.herm..

lepas ja abis projek ni, aku kenala cari projek lain lak..herm..kalau x, xmakan la aku kat cni..hurm..kalau susah2 sgt, kutip jela sampah sarap yg boleh dijual..janji halal..kan?cuma segan dgn tidak je la nak wat benda tu..Mr Money ni mmg wat aku xsenang duduk. duit kuar macam air paip yg dah rosak kepala paip. laju bebenor..tpi kan, bila pikir2 balik, aku bersyukur sgt sb dok jauh dari famili. dengan apa yg aku alami skang ni, dah cukup untuk watkan aku bersedia tempuh aper je halangan nanti..herm..sediakah aku??huuuu....

Monday, October 6, 2008

aku dan KAWAN-KAWAN

1 Oktober 2008..pertemuan semula ataupun reunion telah berjaya dilakukan..he..terima kasih kepada NINI atas usaha yang dilakukan oleh beliau dalam mengumpulkan kami semua. walaupun cuma 13 org yg dtg, tpi pertemuan tu cukup bermakna. sejak tamat SPM 2001, ni la pertemuan yg pertama. he..dah ramai kawan2 aku yg dah kerja. yang dah kawin pun ada. bestnyer diorang..aku??belajar lagi la..xtaula bila nak abis..kalau xder aper2 hal, bulan 11 ni aku abis. dalam masa yg singkat tu, aku tgk, ramai budak2 kelas aku masuk polis (bagi yg lelaki) dan yg pempuan lak ramai masuk nurse. xpela..aper2 pun, tu rezeki diorang..kerja tetap lak tu..di bawah ni gambar masa reunion. hehe...chek it out!!

!

Friday, September 19, 2008

aku dan CINTA..

apa itu CINTA sebenarnya??cinta yang dikatakan orang cukup indah..tapi dalam masa yang sama, cinta itu juga buatkan seseorang itu jadi lebih parah..susah ke nak bercinta??kalau yang dah pernah dan masih lagi bercinta, mesti akan cakap senang dan susah tu sama banyak. aku setuju jer..memang cinta tu cukup mudah kalau dapat kerjasama dari pasangan..pasangan yang memahami apa yang dikehendaki oleh pasangannya. ada juga pendapat cinta itu indah dalam tempoh setahun je..kalau dah masuk 5 tahun, cinta tu jadi hambar.mungkin berpunca dari lelaki..mungkin juga dari perempuan. kadang2, aku terpikir lak, xleh ke manusia hidup TANPA cinta?? matikah manusia itu jika dia tidak dicintai org lain??penah ke korang terpikir??yang tengah bahagia bercinta sekarang ni mesti ckp, 'aku xleh hidup tanpa CINTA..CINTA watkan kami bertenaga untuk tempuhi hidup'. kalau bagi yang tengah frust, 'aku xmau bercinta..aku lebih suka mati dari terus BERCINTA..sebab cinta watkan aku MENDERITA..'.kan??ader dua pendapat yang berbeza kan?

so, korang yang kat luar tu, cintailah pasangan anda sebaik2nya. sebab, dah jadi lumrah manusia, 'seseorang itu akan dihargai bilamana dia tidak lagi berada disisi kita'..jangan dah terhantuk, baru nak terngadah beb..cinta mmg senang nak dapat..tpi cinta yang sejati, cinta yang ikhlas susah nak dicari ganti..meminjam kata2 nabil..LU PIKIR LA SENDIRI,,,!!!Assalamualaikum..

Tuesday, September 16, 2008

aku dan BADMINTON..

dah lama aku main main badminton..sejak aku tadika lagi. dan dalam tempoh tu, byk kenangan aku dalam bidang ni. dan bidang ni juga watkan aku kenal dengan lebih ramai orang.herm..aku sebenarnya baru balik dari traning badminton nie. dgn amir, nazili dan zul. tpi tula, aku rasa aku dah semakin jatuh la.huhu..dah tua sgt ke aku nie??ke aku kurang latihan..tula malas sgt..herm..tpi kan, bila aku tnya diri aku balik pasal bdminton, aku rupanya xtau pun apa itu badminton,,dari mana asal usulnya..kat sini meh kita tgk sesama aper yang dikatakan sebgai BADMINTON..

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitifL perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH DAN ASAL USUL BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

ha..tu la serba sedikit ttg badminton..tpi kan, kalau korang perasan, semua atlit badminton ni dia kelihatan tenang..dan mengikut kata2 coach aku (En Azmi), 'ketenangan itu penting untuk mengatur strategi yang membolehkan kita menang..Ketenangan adalah senjata utama unntuk mencapai sebuah kemenangan'. renung-renungkan..

Rumahku 'Syurga'ku..???

rumahku Syurgaku..hehe..mesti korang yang kat luar tu dah penah dengar kan istilah tu..tpi apa yang aku konpius (b.inggeris yang diutarakan), apakah elemen-elemen yang buatkan rumah itu dilabel sebagai 'syurga'??terutamanya bagi kediaman kategori org bujang..apa yg men'syurga'kan rumah tu..??

herm..aku pun xtau la mcm mana nak describe menda alah ni. tpi aku yakin, korang yang berada kat jauh dengan keluarga dan tinggal bersama-sama dengan kawan, mesti korang tau apa yg aku cuba sampaikan.ya..rumah bujang yang terdapat pelbagai masalah..perangai sekor2 yang boleh kalahkan jin. ntahla..tpi ni la hakikat..korang yang kat luar tu xpayah la nak menafikan. mmg betul, kesabaran yang tinggi mmg diperlukan bila wujud istilah berkawan tu. tpi sampai bila nak bersabar??hurm..smpai mati?nehi2..masalah yang paling utama dalam rumah bujang ni ialah terlalu 'kedekut'. susah gak kalau ada org mcm ni. nasib baik la budak kedekut dalam umah aku (identiti perlu dirahsiakan untuk keselamatan penulis) dah berubah. skang ni xkedekut lagi dah..hehe..bguslah..setel je masalah tu, masalah lain pulak yg muncul..argh!!!leh kena kencing manis aku mcm nie..masalah yg baru timbul ni la wat aku serabut. 'pentingkan diri'. aduyai..susah gak hidup dikalangan orang-orang yang mcm ni.kan??

sekarang ni, apa yang perlu aku wat, bersabar..tpi sejauh mana tahap kesabaran aku ni??sehebat Rasul Junjungan kita ker??mestila x..aku ni insan biasa jer..tpi insyaAllah, jika diberikan kekuatan, aku tetap akan bersabar. harap2, tiada masalah baru yang akan muncul lagi..aku dah letih hadap peragai manusia ni. ke aku dah patut benti jadi 'manusia..'??

Sunday, August 24, 2008

bolehkah CINTA dijual BELI?

bolehkah cinta dibeli?satu persoalan yang dah lama bersarang dalam jiwa aku..aku pun xtau naper benda alah ni selalu jadi perbualan. and aku pun xtau saper yang harus dipersalahkan. pihak lelaki atau pihak perempuan?herm..berdasarkan kajian rambang yg aku wat, 80 % perempuan lebih cenderung untuk pilih pasangan yang BERDUIT..kenapa? kebanyakkan perempuan cakap ini adalah sebagai jaminan hidup..tu adalah jawapan yang paling BODOH aku pernah dengar. kenapa perempuan2 ni perlu bergantung hidup pada lelaki?kenapa tidak berdikari?sampai bila nak dilabelkan sebagai insan yang LEMAH? come on la gadis2 sekalian!!buka mata, buka hati dan buka minda!! smpai bila kekayaan tu leh bagi korang kepuasan dalam hidup? kawan aku pernah cakap, cinta memang boleh dibeli. asalkan lelaki ada duit, perempauan pun akan mudah dirapati. walaupun bukan semua pempuan macam tu, tapi sebilangan besarnya adalah yang bersifat mcm tu. bagi aku, perempuan yang mcm tu x ubah seperti perempuan yang ada di lorong2 belakang. cuma perlu bawak duit, dan 'cinta' akan berputik walaupun untuk satu malam.

aku menulis ni pun, bukan nak mengutuk sesuka hati. tapi aku cuma nak sedarkan perempuan2 kat luar tue. jangan memilih harta dalam menilai sebuah CINTA. renung2kan..