Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA kah kita..?


Hari ni (31 Ogos 2009), genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..dah berkurun lamanya malaysia atau pun suatu ketika dahulu dikenali sebagai tanah melayu dijajah oleh pihak luar. bermula pada 1511 oleh pihak Portugis di melaka, kemudian Belanda, dan selepas Belanda, British, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu dibebaskan..terima kasih pada pejuang bangsa zaman pra kemerdekaan dulu..terumatanya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apakah yang dimaksudkan dengan MERDEKA..?ramai orang akan ckp, merdeka adalah bermaksud KEBEBASAN..memang betul. merdeka = kebebasan. tapi sejauh manakah pemikiran masyarakat kita bebas atau merdeka?apakah fikiran mereka masih lagi dijajah?hurm...budak-budak muda sekarang ni, macam-macam perangai yang diorang buat..tapi, apa yg paling menyedihkan, hampir 99% budak-budak muda yang buat hal adalah dari golongan melayu..hurm...susah sangat diorang nak paham apa yang telah diperjuangkan oleh orang-orang melayu sebelum nie..apa yang diorang tau, keseronokan..tu ja...malam merdeka, disambut dengan acara lumba haram, minum arak, seks luar nikah dan macam-macam lagi..apakah itu yang remaja faham sebagai sebuah KEMERDEKAAN?merdeka utk buat apa saja?

Kepada ramaja di luar sana..bebaskan lah minda anda semua dari dijajah..berjuang lah utk agama, bangsa dan negara..ingat, benda yang dah dimiliki oleh kita, takkan semakin bertambah baik kalau tidak DIJAGA..MERDEKA!!!!!

Monday, August 10, 2009

Selamat Tinggal WATERTECH...

Yer....Selamat tinggal..goodbye...sayonara...dan perkataan yg lain dan sama maksud dengannya...kenapa aku ucapkan selamat tinggal kpd company aku ni?aku dah dapat kerja lain?hurm...aku xdapat kerja lain...ni adalah risiko yg perlu aku tanggung..aku akan benti bila masuk september ni..dah lama aku rasa nak benti..tapi aku tahan ja dulu..mungkin sebab aku takut bila aku benti, aku akan jadi penggangur. hurm..mungkin juga...

Kejatuhan ekonomi baru-baru ni mmg dah bagi kesan pada kompeni aku. ramai staff production di behentikan..dan kesan dari situ juga, kompeni aku dah pecah kepada 2 anak syarikat dimana, kedua2 anak syarikat ni akan memainkan peranan sebagai pihak marketing..jadi, watertech xperlu lagi wat marketing..dah boleh save cost.kesannya, aku diserap ke Oasistech Resources..xbleh blah betui aku bila jadi mcm nie..semua sistem yg aku perkenalkan dihapuskan..digantikan dengan sistem baru..sistem yang terlalu BERKECAMUK..hurm..dan, perkara yg buatkan aku nekad nak benti kerja, diorang pertikai ttg gaji aku..gaji aku dibayar oleh oasistech dan watertech..ada pihak yg xpuas hati..katanya, gaji aku sepatutnya totally di bayar oleh oasistech..bila dah jadi mcm ni, apa yg korang rasa?last2, aku ckp yg aku akan benti kerja..xtaula kerja apa lak yg aku nak wat lepas nie..tpi xper..rezeki ada di mana2..Tuhan tu dah tulis dah rezeki masing2..aku tawakal jerla....harap2, ada kawan2 kat sini yang bagi aku semangat or nasihat dan apa2 ja...

Friday, July 24, 2009

Bilik Orang bBujang....

Ntah kenapa, tetiba ja aku rasa mcm bersemangat ja nak kemas bilik. mungkin sebab aku rasa bilik aku ni dah semak sgt kot..aku pun xigt la bila last aku kemas bilik..huhu..lagipun, aku jarang ada kat umah..siang keja..malam lak aku dok pi traning..hurm..aku rasa, bilik aku ni dah xlayak diduduki oleh mahkluk yang bernama manusia..huhu...so, aku ubah la apa2 yang patut..pic kat bawah ni hasil aku decoration tadi..(pic sebelum decoration aku xleh tunjuk sebab nanti korang konpius samada tu bilik manusia or sarang tikus..hik2!)


Friday, July 17, 2009

Masyarakt dan KEZALIMANYA...

Hooo....mcm berat jer tajuk kat atas nie,,,tpi sebenarnya aku xtau nak citer apa..cuma rasa mcm nak menaip...hurm...semalam aku ada traning badminton...aku cukup xsuka traning hari khamis malam sebab court sebelah team aku di dalangi oleh org2 tua yang sombong dan angkuh..diorang terlalu cepat menghukum..diorang xpenah bagi peluang pada org2 muda mcam kami ni nak berkembang..mcm post aku yg sebelum nie,aku ada tulis bahawa setiap orang akan berjaya sekiranya di beri PELUANG...

Aku penah jugak la main dengan depa nie..tapi, bila aku masuk court ja, terus depa minta partner aku double dgn partner dia, dan dia double dgn aku..katanya, kekuatan x seimbang!mmg gampang betul la org tua mcm nie..bukan nak tunjuk ajar golongan muda, tapi di kondem lagi adala....bila kami refuse, diorang terus xnak main..sedangkan aku cuma nak tgk sejauh mana kepandaian diorang dan boleh la kami yang muda2 ni belajar corak permainan orang tua...(heh..tau mcm mana org tua main badminton..?).aku geram betul la dgn org tua mcm tu..terlalu cepat jatuh hukum..semalam pun dia kuarkan lagi kata2 dia..dia kata mcm ni..'orang lama jugakla yag boleh main, orang baru xleh harap..'ada ka patut dia kata mcm tu?dah la time tu kami dok dengar taklimat dari coach...bengang dan banggang rasanya...

Kadang-kadang, masyarakat kita ni mmg mcm tu kot..suka menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik dulu apa yg berlaku di sebaliknya..mmg xadil kan kalau org tu diadili tanpa pembelaan yg sewajarnya...tanpa diketahui sebab musabab kenapa dia wat mcm tu dan kenapa dia jadi mcm tu...kan..?dah merepek bebenor dah teman ni ha....

Thursday, July 9, 2009

Peluang

'Setiap orang akan BERJAYA sekiranya diberi PELUANG...'hurm...mungkin ramai org kat luar tu xsedar atau xperasan..sebenarnya, itulah prinsip yang diamalkan oleh UiTM..aku pun baru jer tau sebenarnya..dan, berdasarkan prinsip tu la, orang yang xberapa nak cemerlang dalam SPM mcm aku ni diterima masuk ke UiTM..dalam erti kata yang lain, aku diberi PELUANG dan RUANG untuk berjaya..bayangkanla kalau uitm xberpegang pada prinsip tu, berapa ramai anak melayu yang akan ketinggalan?berapa ramai anak melayu yang belajar hanya cuma pada peringkat SPM..?TERIMA KASIH banyak-banyak kepada UiTM yang terus berjuang mempertahankan hak melayu,,

Dulu, aku pernah tanya kawan2 aku, 'lepas spm, u mana hangpa nak masuk..?'mcm2 jawapan yang aku dengar..tapi nama uitm ni mcm xberapa nak glemer di kalangan kawan-kawan aku..mungkin diorang ni cerdik sgt kot..(hik2).masa isi borang tu, diorang xletak pun uitm...aku ja yang letak uitm..pilihan utama lak tu..last2, aku ja yg masuk U, kawan2 aku yang lain tu, semua xdapat..hurm..kenapa aku pilih uitm?kenapa ek?huhu..aku pun xtau...walaupun ramai org2 luar dok ckp produk uitm ni xbagus la, xberapa nak cerdik la, xmantap la, tapi aku xpenah kisah..aku percaya, setiap manusia dah dijadikan dengan skripnya yg tersendiri..dah ditetapkan rezeki, jodoh serta mautnya sendiri..so, kalau dok u yang terbaik kat Malaysia atau kat dunia sekali pun, kita xkan kemana kalau 'skrip' dah ditulis yang kita xkan berjaya..kan?so, kepada org-org kat luar, jgn SESEKALI berbangga dengan apa yang korang dapat...tapi bersyukurla dgn peluang dan kebijaksanaan yang dipinjamkanNya..

Thursday, June 25, 2009

Hilang Pertimbangan..

Huh!!!finally, aku dah hilang pertimbangan..aku dah hilang sabar..semuanya bermula bila lori company aku accident..aku terkejar2 ke balai polis..wat report, pastu terkejar2 ke syarikat insurans, claim insurans..bila balik opis, ada pulak customer tgah mengamuk.mmg haram jadah betul la..aku try ckp elok2 dengan pempuan tu..tpi bila aku dah bagi muka, dia terus tengking2 aku. dia igt aku ni sapa?balaci dia???mmg bodoh la..aku paling benci bila dia ckp 'Ni la sebabnya aku malas nak berurusan dengan company melayu..'. kalau semua melayu mcm dia, mmg xkan kemana la syarikat melayu. pi la bela bangsa asing!

Semuanya bermula bila dia datang utk menjadi pelanggan syarikat ni kira-kira 2 bulan lepas. aku rasa, penerangan yag diberikan cukup clear. penerangan yang berbunyi 'kalau mesin yg dibeli rosak dalam tempoh seminggu, kami akan gantikan dengan baru..'.aku rasa cukup clear n dialog tu xpenah berubah walau dengan sapa pun kami berurusan. dia dtg opis semalam, mengamuk nak tukar mesin yg baru, katanya dia beli baru seminggu. he..mmg banggang..kat bawah mesin tu dah ada stiker yg bgtau bila mesin tu dikeluarkan dari kilang aku..dah 2 bulan!!!so, perjanjian utk tukar baru tu dah terbatal. kami dah bermurah hati utk tolong repair tnpa sebarang bayaran pun dah cukup bagus..ni x, xabis2 nak kondem org melayu. last2 aku ckp, 'tolong jgn bagi saya hilang sabar..'.boleh lak dia tnya aku, 'kenapa awk marah saya..??'banggangya!sapa yg marah sapa??aku ke dia??setahu aku, aku xpenah lagi nak marah org yg berurusan dgn aku..tpi ni dah mencabar kesabaran aku..aku pun ada had sabar..so, lantak dia la..dia ada pilihan utk berurusan dgn kami atau dgn bangsa asing..terpulang..agak2 la, kalau berurusan dgn bangsa asing, mau ke bangsa asing tu repaired secara percuma?mau ker bangsa asing tu tukarkan barangan yg kita dah pakai 2 bulan dengan barangan baru?mau ker???!!!

Kalau semua melayu mcm dia, aku xtau la..mau lingkup company melayu..aku xnafikan la, ada jugak la company melayu yg mcm hampeh..tpi jgn nak samakan semua company melayu tu sama..aku pun penah je kena dengan mekanik melayu yg repaired motor aku..hampir Rm 1k aku habiskan utk repaired, tpi masih sama jugak..aku xsalahkan dia..mungkin dia xda kepakaran dlm enjin aku ni. aku anggap je duit yg aku bayar tu sebagai sedekah..ape nak kisah..sesama melayu..huh!

Tuesday, June 23, 2009

Miss and Missing.....

Diam tak diam, dah hampir 7 bulan aku berkhidmat kat Watertech Resources Sdn Bhd nie..xtaula nak kata happy ke x, tapi aku bersyukur sebab lepas jer aku abis belajar, aku terus dapat kerja. xperlu menganggur.walaupun ni bukan bidang aku, tapi aku dah makin serasi dengan kerja-kerja mcm nie..town planning ttp dalam hati..maybe one day, aku akan ke bidang tu balik. yang xpastinya, BILA...sabar je la..ramai kawan-kawan aku bagi pendapat suh stay kat company nie..katanya, kalau kerja planning, xdapat gaji banyak mcm ni..hurm..betul jugak la kata kawan-kawan aku tu..tapi hati aku sendiri yg xheppy..huhu..xperla..DIA lebih tau mana yang lebih elok utk aku..aku ikut jerla..kita ni kan cuma 'pelakon' di atas pentas dunia nie..skrip suma dah diatur sejak kita belum lahir lagi..so, kita berserah jela...

Dah hampir 7 bulan jugak la aku tinggalkan uitm..tinggalkan shah alam..n tinggalkan rumah sewa aku di sek 7..apa khabarla agak2 nya kenalan-kenalan aku kat sana..dengar cerita, Mas Aini dengan Aloyah dah berbadan dua..he..rezeki tuhan..yang lain-lain tu xtau la..secara jujurnya, aku rindukan diorang semua..walaupun diorang xberapa rapat dengan aku, tapi kadang-kadang, telatah diorang watkan aku tergelak sorang2 sampai la saat ni..hurm...budak rumah aku pun okay2 jer..cuma bulan 3 aitu ja, si akram masud wad sebab denggi..he..xserik2 budak2 nie..si akram ni jenis rajin mengemas rumah. tapi dia lak yg jadi mangsa denggi..rumah tu dulu penah kena saman sb jadi pusat pembiakkan jentik2..hehe..kenangan semua tu..Mat kelate pun mcm tengah angau bercinta skang..he..nanti aku pi shah alam, kita jumpa n hang out sama2..tupun kalau korang xkuar dating la..huhu..