Betul la org ckp, KAWAN xkan selamanya jadi KAWAN..dan LAWAN xkan selamanya jadi LAWAN. benda ni terpulang pada diri kita untuk menilai erti sebuah persahabatn..erti sebuah keakraban..herm..aku mmg rasa bersalah pada somebody..aku xkan mention nama dia kat sini..aku xmau keruhkan lagi hubungan yg baru je keruh semalam..xpela..lagipun, lepas ni, kita akan bawak haluan masing-masing..mungkin akan jumpa balik sebagai rakan sekerja, or mungkin sebagai pesaing..semua tu, kita xkan tau dan semuanya juga dah tertulis dalam suratan.pesan aku pada kawan-kawan..TABAHKAN HATI, PASTI MIMPI AKAN DIKECAPI..selamat tinggal...
Wednesday, November 26, 2008
Coretan Terakhir..??
Betul la org ckp, KAWAN xkan selamanya jadi KAWAN..dan LAWAN xkan selamanya jadi LAWAN. benda ni terpulang pada diri kita untuk menilai erti sebuah persahabatn..erti sebuah keakraban..herm..aku mmg rasa bersalah pada somebody..aku xkan mention nama dia kat sini..aku xmau keruhkan lagi hubungan yg baru je keruh semalam..xpela..lagipun, lepas ni, kita akan bawak haluan masing-masing..mungkin akan jumpa balik sebagai rakan sekerja, or mungkin sebagai pesaing..semua tu, kita xkan tau dan semuanya juga dah tertulis dalam suratan.pesan aku pada kawan-kawan..TABAHKAN HATI, PASTI MIMPI AKAN DIKECAPI..selamat tinggal...
Tuesday, November 25, 2008
Farewell...?!
Sejak dari aku mula masuk sini (sekitar tahun 2007), aku cuba make friends dengan budak2 kelas aku. tapi, aku tetap alone..life aku kat sini cuma keluar rumah, pegi kelas..keluar kelas, balik rumah. aku xpenah pun diajak untuk lepak2 dengan diorang..xpenah pun diajak untuk makan-makan dengan diorang..sebab tu aku suka pegi site. kalau pegi site, aku leh lepak dengan diorang..cuba mengenali diorang seadanya..bila balik dari site, kehidupan aku kembali seperti sedia kala..mmgla xdinafikan, diorang pun ada cari aku. tupun bila diorang ada prob dalam komputer..aku mcm biasa, aku xpenah tolak permintaan diorang. sesiapa yang cari aku, aku akan layan sebaik mungkin sebab aku dah anggap diorang sebagai kawan aku.bukan KAWAN SEKELAS.tapi biasala..lepas je settle masalah diorang, diorang lepak dgn geng2 diorang.aku?mcm tu jela..lepak dalam bilik..mengadap pc..aku memang xda xtvt luar dgn budak-budak kelas aku.semua xtvt yg aku wat dgn budak kelas, cuma xtvt akademik. mungkin betul ckp ayu, tujuan kita dtg cni utk dptkan defree je..bukan nak dptkan persahabatan.
Sepanjang 2 tahun ni jugak, aku rasa mcm aku xwujud pun dalam komuniti diorang..mana ada diorang nak hargai aku..orang mcm aku nie, cuma boleh dipergunakan jer.yela...salah aku gak sb xpenah belajar untuk mengatakan TIDAK..kat shah alam nie, aku leh kategorikan kawan2 aku kepada 2 kategori.
1. Kawan Sekelas
2. Kawan Sepasukan (Badminton)
Aku xder kawan yang boleh dianggap sebagai SAHABAT disini. kecuali kawan yang aku kenal sejak dari Seri Iskandar. tupun, aku xpenah diajak lepak sesama..yela..diorang semua ada komitmen dgn insan tersayang..he..alone lagi la aku kat rumah. kepada rakan2 sekelas, aku xpegi farewell party semalam bukan sb aku xhargai korang..tapi sb aku xselesa nak berhadapan dengan korang. aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati korang sepanjang 2 tahun aku kat sini. halalkan makan minum aku. FAREWELL BUDDY..!!
Monday, November 24, 2008
My Black ..
Berbalik pada kawan aku tadi, lepas je dia tgk motor aku, dia pun nak tukar jugak suite 125z dia.huh!aku awal2 dah warning..'jangan sesekali ikut warna motor aku'.aku mmg xsebulu dgn mamat ni..bukan apa, kerek semacam jer. aku pakai 125z, dia pun beli 125z. dahla amik warna merah. pastu cakap aku yang tiru warna motor dia..(sepatutnya, tu dialog aku utk dia).huhu..gila apa..aku yg beli dulu, pastu ckp aku yg tiru dia.memang xpatutla kan?si Black ni pun, xla byk sangat ragam dia..ok jer..xmenyusahkan aku langsung. kalau ttg bahan bakar tu, memang terasa gak la jika nak dibandingkan dgn kriss..tapi dah aku minat yang ni, jadi aku hadap je la..hahaha..
Kenapa aku minat dengan motor ni?herm..aku terpaksa la mengaku, aku minat motor ni sebab design dia..keluaran pertama 125z sekitar tahun 2000 tu cukup cantik. Selain tu, aku sukakan kelajuan. dan pada masa tu darah masih panas. motor ni mmg laju la time tu..mana ada motor kapcai yang ber CC 125 time tu.Suzuki RGV pun 120 ja CC dia. tapi, 125z yg keluaran selepas keluaran pertama ni dah dikurangkan kelajuan dia. nama jer 125z, tapi CC dia xsmpai 125 pun. (motor aku keluaran pertama, jadi CC dia mmg 125..hehe). ni semua seba budak2 salah guna motor la..wat pegi berlumba..aku?uish!mana ada..aku baik jer..paling slow pun aku bawak 150km/h. tu paling slow la..hohoho..tapi tu dulu la..skang ni dah tua, kena la perlahan2 bawak motor..ala..xlaju mana pun..dalam 40km/h jer..huhu..sopan kan aku d jalan raya?(contohilah saya..)
Tapi, Black ni bukan motor pertama aku..sebelum aku pakai Black ni, aku pakai Suzuki RGV 120. aku beli 2nd hand jer..xmampu nak beli baru (Black pun motor 2nd hand). tapi aku pakai RGV tu xlama..kejap ja..dalam 5 bulan..bapak aku jual kat kedai dan amik motor kriss untuk mak aku..huhu..yela..mak aku lebih pentingkan motor time tu..xkan nak suh mak aku nak RGV tu lak..uish!xsesuai langsung makcik Azizah ampa naik motor tu..lepas dari tu, aku dah xder motor..pegi mana2 je, tumpang kawan..xpun tumpang Raju (nama drebar bas sekolah kat tmpat aku).huhu..sedey la..jiwa muda..tapi naik bas..jalan kaki, naik basikal..huhu..nak wat mcm mana, nak beli lain, xmampu..sampaila aku dapat tawaran masuk uitm shah alam (selepas aku tamat di Uitm Perak), barula aku dapat Black..xsia2 aku bersabar..akhirnya, motor idaman menjadi milikku..hehe..i love u bBack!
Wednesday, November 19, 2008
menghitung hari...
Sekarang ni, aku rasa mcm aku dah dapt sesuaikan diri dok sorang2..mmg susah nak sesuaikan diri dengan kesunyian nie..tpi, satu jer prob aku..aku ni jenis suka bercakap..tpi tula..nak ckp dgn sapa ek..hurm..nak ckp dgn kucing, kang org ckp aku ni gila lak..nasib baikla budak2 kelas aku selalu online..tu yg aku kacau diorang tu..antara mangsa2 yg selalu aku ajak bersembang dalam ym adalah Ayu, Kak Ruzi, Jitegha Blogger, Suria (bukan suria perkasa hitam, tpi Suria Erwin) dan x ketinggalan, ct aishah. tpi, kdg2 diorang pun lyn aku.huhu...time tu aku mula la xsenang duduk..nak keluar merayap, xder member lak nk diajak kuar..aduyai..last2, terpaksa la aku ddk juga kat umah..wat la apa2 yg patut..dah xlama dah nie..aku dok hitung2, ada lagi dalam 5 hari sebelum kedatangan 27 hb..yezza!xsabarnya..hehe..
Wednesday, November 12, 2008
Reverse Story...
Sekitar pertengahan Tahun 2006
lepas je aku berenti keja tu, hidup aku memamg dah xda punca lagi dah..aku dah try minta kerja kat tempat lain (termasuk kedai makan, kedai runcit dll).tapi aku xdapat. aku ada gak apply kerja yang sesuai dengan kelayakkan aku. tapi aku xdapat juga.last2, aku cuma jadi petani. tolong arwah tokwan aku..menoreh getah di sebelah pagi, menabur baja di sawah di sebelah tengahari. n malam, aku turun traning badminton (yang ni mmg xleh nak elak dah..hehe). lama jugak aku mcm tu. smpai la satu hari tu, aku rasa, dari aku buang masa, baik aku smbung belajar..n aku pun apply untuk smbung belajar di uitm. sebulan selepas itu, aku dapat surat temuduga dari uitm. minta aku hadir ke temuduga seblum aku layak smbung pengajian. masa tu bulan puasa. aku dah nekad, aku nak sambung belajar. berbekalkan duit yang ada, aku pun bertolak la ke shah alam. ni adalah 1st time aku datang shah alam. aku pun xtau kat mana aku nak turun. aku xleh bayangkan yg sek 17 tu mcm mana (sb bas dari kangar akan masuk klang dan shah alam). kang kalau turun kat klang mampus aku..bila sampai jer, aku pun tanya la drebar bas tu, 'pakcik, ni seksyen 17 ker?'. drebar tu dgn bengisnya ckp 'hang nak pi mana?!kalau nak pi shah alam, ang turun kat sini..!'. adab sopan yang cuba ditunjukan oleh golongan remaja yang mcm aku ni, dibalas dgn kata2 mcm tu?mcm mana la golongan muda nak hormatkan golongan tua?aku pun turun la..n aku try call kawan2 aku yang ada kat sini. tpi biasala, semuanya buat sibuk. suruh aku pegi PAS. manala aku tau PAS tu kat mana..aku try call kawan2 aku yg dpt inview sama dengan aku. Siti Aishah dan Kak Yah..diorang suruh aku tgu kat situ.nasib baik ada kawan.pempuan pun pempuan la..huhu.bila diorang smpai jer, terus kitorang berbuka puasa kat medan sek 17 tu. pastu, kami naik teksi pegi PAS.kat ctu, kawan2 yang sama buat diploma dengan aku di Perak dulu dah sedia menanti. tapi aku rasa xselesa lak. last2, aku xjadi tumpamg tido rumah diorang.aku tido di rumah nasir ramli (member aku yg lagi sorang).
Keesokkan harinya, dah smpai masa untuk pergi interview.huhu..agak menakutkan..aku check nama aku kat list inview di FSPU, aku di interview oleh Dr Dashimah dgn Prof Hanafi.aku orang no 2. sebab org no 1 tu budak diploma shah alam..dia la budak shah alam pertama yang aku tegur (juz tnya ok ke x n bahasa apa yg digunakan dalam inview..hehe). budak ni pun sama kelas dengan aku skang ni. Ayu nama dia (xpayah letak nama penuh). masa interiview tu pun, dah ada hint dari dr dashimah yang aku dah dapat smbung. juz tgu surat rasmi dari FSPU jer..lepas je inview, aku balik ker perlis keesokkan harinya. maka, bermula la kembali rutin harian aku..(seperti yang diceritakan di atas).aku xigt baper haribulan, siti aisyah call aku ckp result untuk masuk ke UiTM dah keluar. dia dah berjaya dapat masuk. aku??huhu..time tu aku tngah tido.aku minta dia yg checkan..dan, seperti yang dihintkan oleh Dr Dashimah, aku layak untuk smbung belajar. mana nak cari duit untuk smbung belajar nie??huhu..tu la soalan yang keluar dari otak aku..kena kerja keras lagi la nie..
Alhamdulillah, berkat dari keja kuat aku (disamping bantuan dari famili aku), aku pun dah jejakan kaki aku kat shah alam wat kali kedua. kali ni sebagai pelajar UiTM Shah Alam lak..hehe..maka, bermula la rutin aku sebagai young planner...
sekitar Tahun 2007
Igtkan smbung degree ni xla susah sangat..rupa2nya, degree ni lagi susah.. huhu..projek mixed development di melaka yang ketika itu diterajui oleh Tn Syed, Prof Wan dan Prof Zack cukup menyiksakan diri aku ni. terkial2 jugak aku time tu. yela..aku xbiasa dengan persekitaran disini. masa kat sini, kami hidup berpuak2..puak seri iskandar, puak shah alam dan satu puak minor iaitu puak stpm. biasala, baru kenal, so malu2 la nak tgur menegur nie.hehe..hidup aku pun dah terurus kat sini. kerja berlambak2. xder ruang dan peluang untuk dada berasa lapang. aku rasa mcm dah giveup pun ada time tu. nasib baik aku ni orang yang tabah. aku teruskan jer apa yang dah bermula..
nasib baik la aku lulus sem 1st tu. naik jer sem baru, projek RSN Pahang..aku satu sektor dengan ieja dan erwin. sektor perumahan dan perindustrian. Projek ni agak2 relaks..hehe..xtaula kot2 aku yang wat relaks.huhu..senang kerja dengan budak dua orang ini. boleh bertolak ansur dan bertoleransi..tahun 2007 ni xbanyak sangat perkara yang berlaku. biasa jer dan dah jadi adat resam kerja berkumpulan, mestila ada gaduh2 skit kan.tpi, semua tu la yang buatkan kami semakin rapat dan mula mengenali antara satu sama lain.
sekitar Tahun 2008
Tahun ni mmang banyak kenangan nya..arwah tokwan aku kembali kepada Dia pada Februari 2008. herm..aku memang sedih. tapi aku langsung xmengeluarkan air mata. aku berbangga dapat tokwan macam dia. tokwan yang pemurah, xpenah nak berkira. projek studio time tu projek RTD Kuala Lipis. kali ni aku budak landuse. sektor yang paling utama dalam sebuah projek RTD. huhu..memang berat kerja ni. semua orang xnak sektor ni. tapi aku terima sebab aku nak rasa mcm mana keperitan dia..(MEMANG PERIT..!!). tapi, nasib baik la kawan2 aku semua handal2. leh la belajar dari diorang..
so, skang ni sem last aku..aku wat tesis..banyak aku post tentang tesis disini. jdi, xperlu la aku citer lagi. hurm..xsangka sungguh aku, kejap je masa berlalu. kepada kawan2 aku, xtaula lepas ni kita akan berjumpa lagi or x. tpi, kalau ada rezeki, kita ttp akan jumpa lagi kan?he...
Monday, November 10, 2008
V.I.V.A Part 2
Bila aku lulus jer tadi, wajah pertama yang aku nampak, wajah emak aku..jap lagi nak call dia. nak bagitau khabar gembira nie..he..akhirnya, anak bujang dia dah abis belajar (harap2, exam lulus semua la). lepas ni, kalau org tanya dia apa aku wat skang, xla jawapan yang sama sejak 5 tahun lepas je dia jawab. asyik2 jawab 'anak aku yg tu do belajaq lagi..'.lepas ni dah kena tukaq statement la..tapi, kena cari keja dulu.baru leh mak aku wat statement..kang nanti dia ckp 'anak aku dok tidoq kat umah, menghabisnkan beras ja'..ekekeke..harap2 aku xlah mcm tu kot..aku nak kena keja ni..banyak benda yang tunggu aku. nak sara famili..nak sara adik perempuan aku yg comel-comel tu. nasib baik adik laki aku dah keja (polis),so xla rasa beban sangat.
okla..aku rasa, setakat ni je kot dulu..aku nak pegi makan la..lapaq gila nie..dari siang semalam aku xmakan..xder selera.penangan ViVa la katakan..hehe..
Sunday, November 9, 2008
V.I.V.A Part 1
Sebenarnya, aku tgah risau pasai viva ni. tpi aku pun xtau nak buat aper2 dah..dah print tesis utnuk salinan diri sendiri, dah hafal kepentingan kajian, kaedah kajian dan findings..hurm..apa lagi ek nak wat..tawakal je la.semoga, dipermudahkan segala urusan aku esk..amin yarabbal alamin..
Saturday, November 8, 2008
Syarat-syarat untuk belajar di Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah..
1. Calon mestilah seorang yang TABAH (hurm..syarat yg xramai org ada..kebanyakanya akan give up di pertengahan jalan)
2. Calon mestilah seorang yang TAHAN MAKI (bukan nak cakap lecturer kat sini kuat maki, tpi mungkin tu kaedah yg sesuai kot nak ngajar..huhu)
3. Calon mestilah seorang yang KUAT FIZIKAL (syarat yg ni memang teruji, sebagai planner, byk tempat yg nak kena pegi..dan xda masa nak tido.letih-letih..)
4. Calon mestilah berkebolehan untuk wat keja LAST MINUTE (haha..syarat yg ni mmg kelakar..tpi tu la hakikatnya, budak2 planner mampu wat keja lastminute atau dalam bahasa yg agak sopan, mampu bekerja DIBAWAH TEKANAN..)
5. Calon mestilah seorang yang BERKEBOLEHAN (huh!jgn igt nak jadi planner ni cuma tau wat keja planner jer, korang kena pandai serba serbi. cthnya, menari, berlakon, menipu, tikam belakang kawan, pasang skandal, mengorat,dan yang paling penting sekali, DAN LAIN-LAIN LAGI)
aku letak lima jer syarat2 yang tersembunyi tu..bukan aper, syarat2 ni sering berubah2 mengikut MASA, MANUSIA dan DIRI kita sendiri. so, prepare urself if u want to join us..!!!
Wednesday, November 5, 2008
Ayuh BANGUN..!!
Cuba renungkan hari kehari..Malapetaka disana sini..Bencana dan dendam juga pergi..Tapi pastikan kembali lagi. kita masih diawang-awangan, merayau dengan kemewahan, hasil usaha peninggalan, Mereka yang telah kita lupakan..!!
Kita abaikan apa yang terjadi..Bila bencana meranap nanti,tiada siapa yang peduli dalam hidup kita hari ini. Janganlah disuatu hari, Menyalahkan sesama sendiri.Bila mendekati ada erti..kesalahan tiada berguna lagi.
Jangan mudah kau berkata dunia hanya sementara..engkau mudah leka buat selama-lamanya..
Jangan nanti suatu hari menyesali apa yang terjadi, kerana engkau masih bermimpi disiang hari..
Bangunlah dari tidur..bagunlah..
Monday, November 3, 2008
K.A.W.A.N
Lihatlah di sekeliling, wajah-wajah yang berpaling
Dahulunya sekutu, saling berjanji berjuang sehidup semati
Kerana hasutan juga hasad dengki
Sanggup menjatuhkan sesama sendiri..
Haruskah kita biarkan kemewahan dihakiskan?
Terus menerus menyaksikan, si petualang menghancurkan
Hanya kita dapat membina semula
Apa yang telah dihancurkan olehnya
Kita datang dari arah yang sama
Kini kau enggan bertentang mata
Hanya kita berhak untuk menentukan
Kita punya masa hadapan..
Berganding tangan, kita jayakan
Kita kembalikan zaman-zaman kegemilangan
Berganding tangan, kita saksikan
Segala impian, kita jadikan kenyataan..