Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 12, 2008

Reverse Story...

Semalam, sebelum aku tido, aku mencongak2 hari..dah dekat dua tahun aku kat shah alam ni..hurm..lama jugak aku kat sini. tapi tak pernah rasa pun..rasa macam baru semalam jer aku jejakkan kaki aku kat shah alam ni..ni pun sebab aku sambung belajar.kalau tak, xder nyer aku nak duduk sini. bila dah pikir-pikir macam nie, aku teringat lak peristiwa-peristiwa yang buatkan aku sambung belajar..hm...

Sekitar pertengahan Tahun 2006

Dalam pertengahan tahun 2006, aku dah selamat menamatkan pengajian aku di peringkat diploma. masa tu, aku belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. memang aku xder niat lgsung nak lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. apa yang aku terpikir masa tu, balik kampung, cari keja. tu je.setibanya aku di kampung (kg aku di Perlis), aku terus ajak kawan aku untuk temankan aku cari kerja. memang banyak kerja time tu. tapi yang malangnya, kerja tu dikhususkan untuk PEREMPUAN..hurm..mcm mana la jejaka yang mcm aku ni nak cari keja..jalan punya jalan, last2, aku terpandang iklan TECHNICIAN COMPUTER diperlukan. aku pun, tnpa memikirkan masa depan, aku terus je pegi walk in interview tu. tu kedai melayu..kalau org perlis, tau la kedai ni. sebab ni kedai melayu yg ada di kangar time tu. aku diinterview oleh c.e.o expert millenium engeneering computer berhad.EN AZIZAN. dia tanya aku macam2.yela..aku ni kan pemegang diploma dalam perancangan bandar dan wilayah. xda kena mengena langsung dengan bidang komputer. tapi aku leh wat kerja tu. lepas je interview tu, dia bagi peluang kat aku 7 hari utk tempoh percubaan.sepanjang tempoh tu, aku mmg xpunya masalah. aku ok jer..smpaila bila aku dah kerja kat situ.baru aku tau something..rupanya, bos aku ni kaki klepet..ditipunya pakcik tu.aku mmg marah.sebab aku yang periksa komputer tu dan tiada apa2 masalah. cuma windows jer yang prob. tpi boss aku arahkan aku tukar motherboard yang berharga rm 450. gila punya orang..sesama melayu pun mau tipu. bila aku xnak wat apa yang dia suruh, dia tnya aku, 'aku bos ke hang bos..??!!!'.hurm..ni la akibatnya bila dah byk sgt makan duit haram..aku xmenjawab..aku masuk ke opis aku,aku wat notis berhenti kerja serta merta.

lepas je aku berenti keja tu, hidup aku memamg dah xda punca lagi dah..aku dah try minta kerja kat tempat lain (termasuk kedai makan, kedai runcit dll).tapi aku xdapat. aku ada gak apply kerja yang sesuai dengan kelayakkan aku. tapi aku xdapat juga.last2, aku cuma jadi petani. tolong arwah tokwan aku..menoreh getah di sebelah pagi, menabur baja di sawah di sebelah tengahari. n malam, aku turun traning badminton (yang ni mmg xleh nak elak dah..hehe). lama jugak aku mcm tu. smpai la satu hari tu, aku rasa, dari aku buang masa, baik aku smbung belajar..n aku pun apply untuk smbung belajar di uitm. sebulan selepas itu, aku dapat surat temuduga dari uitm. minta aku hadir ke temuduga seblum aku layak smbung pengajian. masa tu bulan puasa. aku dah nekad, aku nak sambung belajar. berbekalkan duit yang ada, aku pun bertolak la ke shah alam. ni adalah 1st time aku datang shah alam. aku pun xtau kat mana aku nak turun. aku xleh bayangkan yg sek 17 tu mcm mana (sb bas dari kangar akan masuk klang dan shah alam). kang kalau turun kat klang mampus aku..bila sampai jer, aku pun tanya la drebar bas tu, 'pakcik, ni seksyen 17 ker?'. drebar tu dgn bengisnya ckp 'hang nak pi mana?!kalau nak pi shah alam, ang turun kat sini..!'. adab sopan yang cuba ditunjukan oleh golongan remaja yang mcm aku ni, dibalas dgn kata2 mcm tu?mcm mana la golongan muda nak hormatkan golongan tua?aku pun turun la..n aku try call kawan2 aku yang ada kat sini. tpi biasala, semuanya buat sibuk. suruh aku pegi PAS. manala aku tau PAS tu kat mana..aku try call kawan2 aku yg dpt inview sama dengan aku. Siti Aishah dan Kak Yah..diorang suruh aku tgu kat situ.nasib baik ada kawan.pempuan pun pempuan la..huhu.bila diorang smpai jer, terus kitorang berbuka puasa kat medan sek 17 tu. pastu, kami naik teksi pegi PAS.kat ctu, kawan2 yang sama buat diploma dengan aku di Perak dulu dah sedia menanti. tapi aku rasa xselesa lak. last2, aku xjadi tumpamg tido rumah diorang.aku tido di rumah nasir ramli (member aku yg lagi sorang).

Keesokkan harinya, dah smpai masa untuk pergi interview.huhu..agak menakutkan..aku check nama aku kat list inview di FSPU, aku di interview oleh Dr Dashimah dgn Prof Hanafi.aku orang no 2. sebab org no 1 tu budak diploma shah alam..dia la budak shah alam pertama yang aku tegur (juz tnya ok ke x n bahasa apa yg digunakan dalam inview..hehe). budak ni pun sama kelas dengan aku skang ni. Ayu nama dia (xpayah letak nama penuh). masa interiview tu pun, dah ada hint dari dr dashimah yang aku dah dapat smbung. juz tgu surat rasmi dari FSPU jer..lepas je inview, aku balik ker perlis keesokkan harinya. maka, bermula la kembali rutin harian aku..(seperti yang diceritakan di atas).aku xigt baper haribulan, siti aisyah call aku ckp result untuk masuk ke UiTM dah keluar. dia dah berjaya dapat masuk. aku??huhu..time tu aku tngah tido.aku minta dia yg checkan..dan, seperti yang dihintkan oleh Dr Dashimah, aku layak untuk smbung belajar. mana nak cari duit untuk smbung belajar nie??huhu..tu la soalan yang keluar dari otak aku..kena kerja keras lagi la nie..

Alhamdulillah, berkat dari keja kuat aku (disamping bantuan dari famili aku), aku pun dah jejakan kaki aku kat shah alam wat kali kedua. kali ni sebagai pelajar UiTM Shah Alam lak..hehe..maka, bermula la rutin aku sebagai young planner...

sekitar Tahun 2007

Igtkan smbung degree ni xla susah sangat..rupa2nya, degree ni lagi susah.. huhu..projek mixed development di melaka yang ketika itu diterajui oleh Tn Syed, Prof Wan dan Prof Zack cukup menyiksakan diri aku ni. terkial2 jugak aku time tu. yela..aku xbiasa dengan persekitaran disini. masa kat sini, kami hidup berpuak2..puak seri iskandar, puak shah alam dan satu puak minor iaitu puak stpm. biasala, baru kenal, so malu2 la nak tgur menegur nie.hehe..hidup aku pun dah terurus kat sini. kerja berlambak2. xder ruang dan peluang untuk dada berasa lapang. aku rasa mcm dah giveup pun ada time tu. nasib baik aku ni orang yang tabah. aku teruskan jer apa yang dah bermula..

nasib baik la aku lulus sem 1st tu. naik jer sem baru, projek RSN Pahang..aku satu sektor dengan ieja dan erwin. sektor perumahan dan perindustrian. Projek ni agak2 relaks..hehe..xtaula kot2 aku yang wat relaks.huhu..senang kerja dengan budak dua orang ini. boleh bertolak ansur dan bertoleransi..tahun 2007 ni xbanyak sangat perkara yang berlaku. biasa jer dan dah jadi adat resam kerja berkumpulan, mestila ada gaduh2 skit kan.tpi, semua tu la yang buatkan kami semakin rapat dan mula mengenali antara satu sama lain.

sekitar Tahun 2008

Tahun ni mmang banyak kenangan nya..arwah tokwan aku kembali kepada Dia pada Februari 2008. herm..aku memang sedih. tapi aku langsung xmengeluarkan air mata. aku berbangga dapat tokwan macam dia. tokwan yang pemurah, xpenah nak berkira. projek studio time tu projek RTD Kuala Lipis. kali ni aku budak landuse. sektor yang paling utama dalam sebuah projek RTD. huhu..memang berat kerja ni. semua orang xnak sektor ni. tapi aku terima sebab aku nak rasa mcm mana keperitan dia..(MEMANG PERIT..!!). tapi, nasib baik la kawan2 aku semua handal2. leh la belajar dari diorang..

so, skang ni sem last aku..aku wat tesis..banyak aku post tentang tesis disini. jdi, xperlu la aku citer lagi. hurm..xsangka sungguh aku, kejap je masa berlalu. kepada kawan2 aku, xtaula lepas ni kita akan berjumpa lagi or x. tpi, kalau ada rezeki, kita ttp akan jumpa lagi kan?he...

3 comments:

Unknown said...

Fuyyo!!! macem harem no bos kedai komputer hang tuh... mentang2 la pakcik tu bodo piang, dia nak tipu lak.... mmg nak kena nih...

Noname said...

hurmm...reverse story..msg2 ade dugaan hidup sendiri..kalo reverse blik kisah hidup ct..huuu..so sad..tears are flowing..sob..sob..

Lieya said...

Perghhh panjang sehh citer, tp penceritaan yg bagus, dan keputusan yg hang amik utk smbung blajar pun mmg tepat. Biasalah org melayu. but not at all lahhh kan, bila dah jadi bos lupe diri, bile ade kedai sendiri kaum sendiri pun tak mau tolong nak dicekik lagi ade. Sbb tu ade citer "ketam cine & ketam melayu". Ape pun good luck and all the best. Ingat bukan senang nak hidup senang dan bukan susah nak hidup susah!!!