Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 29, 2008

kl...oh..kl..

aku baru balik dari kl masa aku tulis blog ni. pegi kl pun atas urusan keja..bukan nyer pegi bersiar-siar..atas arahan en Puzi (my law lecturer), kami semua ditugaskan untuk pergi bergambar dengan mekanikal parking..ala..parking mcm dalam citer tokyo drift tu..bagus juga tugasa ni. baru la aku tau, rupanya teknologi jepun tu dah ada kat malaysia. ada dua kat malaysia ni..(yg aku tau la). dekat Petaling Street (Hotel Malaya) dan satu lagi kat menara GM..(aku pun xtau menara ni kat mana).

dalam tempoh dua jam tu aku kat sana, mcm2 ragam manusia aku tgk..tpi aku pun dah xpasti yg tu rakyat Malaysia or warga asing. dah sama banyak dengan warga kota dah diorang ni. seram betui..sistem pengangkutan awam di Malaysia, kebanyakkan nya digunakan oleh warga asing. warga tempatan ni aku tgk mcm kurang je naik pengangkutan awam. mungkin diorang xselesa kot. tpi org mcm aku ni, redah jer..selesa or x, belakang kira..cepat betul kl membangun..baru 4 bulan aku xpegi sana..(utk sem ni, harini 301008 adalah 1stime aku turun kl)mcm2 yang dah berubah. bangunan itu naik, bagunan ini naik..kereta semakin bertambah...adab manusia semakin menipis..budi bicara, kesabaran yang dah makin menghilang..hurm..penat otak la dduk kat bandar-bandar besar mcm tu..kat kl ni pun, mcm2 barang leh niaga..halal haram dah xkira dah. asalkan leh dpt duit..hurm..ranjau kehidupan di sebuah Kota..memang perit..mmg sakit..saper yg xkuat iman, mcm2 leh jadi.kesian kat anak bangsa kita semua..ada yg merempat minta sedekah..ada yg xsiuman..hurm..kl...

Tuesday, October 28, 2008

Siapa AKU..?

aku baru balik dari amik exam ni..rasa lapang sgt..lapang selapang kawasan lapang..hehe..mana xnya, sebelum ni pulun wat tesis, lepas wat tesis pulun stadi utk paper arini (291008). so, arini aku nak santai jer..dalam dok santai2 ni, aku terpikir lak, sapa AKU sebenarnya..so, aku pun try la cari benda-benda yang leh jadi rujukan.lastly, aku dapat ni dari kajian dr. fadhilah kamsah..dia buat kenali diri berdasarkan bulan kelahiran..thanks to ctikus comel..dia yg suggest aku wat benda ni berdasarkan pandangan pakar..barula x bias..hehe..lets check it out!!

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

ni je ker??ke ada lagi..?aku pun xtau..huhu.lgpun, benda ni bukan nak ckp yg aku ni bagus ke ap..tpi aku cuba utk jadi ORANG..cuba untuk jadi kawan dalam erti kata KAWAN yang sebenar..kepada kawan-kawan aku, aku minta maaf sekiranya penah wat salah silap sepanjang kita kenal. untuk budak TRP, maafkan aku kalau penah menguris perasaan korang semua sepanjang 2 tahun kita bersama. bermula dgn projek Mixed Development di Alor Gajah, Melaka (2007), RSN Pahang (2007), RTD Kuala Lipis, Pahang (2008) dan TESIS (2008). MAAFkan aku..kalau korang ada wat aku kecik ati, ketahuilah sesungguhnya, aku dah pun maafkan korang semua.





Monday, October 27, 2008

Finally..


akhirnya...tesis yang selalu ni byk menghantui budak-budak TRP 08 dah pun siap..aku pun xterkecuali. walaupun pada mulanya aku dah give up, tpi atas semangat dan dorongan kawan2 seperjuangan telah banyak membantu aku. membantu menghidupkan semula semangat perjuangan yang berbaki sisa. terima kasih kepada semua kawan2 aku.

aku sebenarnya baru je siap printing tesis..sepatutnya, aku siap dalam area kul 10 malam..tpi, aku diduga sekali lagi. printer aku (pixma Ip 1000), tetiba je jammed. time-time mcm ni la dia nak jammed pun..puas aku belek printer tu..tpi ttp mcm tu jugak. nasib baikla ada kawan sebilik yang boleh bagi sokongan (bagi pinjam printer + ink).hurm..terima kasih yer zul. so skang nie, tesis pun dah siap..the next step is TAWAKAL..aku yakin dengan kuasa Dia. InsyaAllah, jika Dia berkehendakkan sesuatu terjadi pada aku, maka ia ttp akan jadi. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita..aku xmenaruh harapan yang tinggi pada tesis ni. aku cuma nak hantar pada jam 0900 (28 Oktober 2008). tu je matlamat aku. lepas tu nak kena stadi utk profesional practise 29 oktober 2008.hurm..xtaula ap yg akan aku jawab nanti..huhu..

Friday, October 24, 2008

suatu KEGAGALAN..???


hm..perjumpaan yang pada mulanya untuk membincangkan tentang tesis dengan Dr Mat Zain petang tadi betul-betul buatkan aku resah..tesis aku dikatakan terlalu banyak kesilapannya. di mana silapnya??apakah punca kepada berlakunya kesilapan tu??argh!!!dalam bilik tu, aku tak habis-habis dipersalahkan oleh Dr Rostam (Rakan Sebilik Dr Mat Zain). kalau nak diikutkan, dia tiada HAK untuk masuk campur dalam urusan ini. ini antara aku dengan penyelia aku. tapi, atas dasar hormat, aku tadahkan telingga..lapangkan hati menerima segala tuduhan yang langsung tidak ada asasnya. aku dikatakan oleh Dr Rostam seorang yang PEMALAS, seorang yang datang berjumpa untuk berbincang dengan Dr Mat Zain dengan TANGAN KOSONG..!!!siapa DIA untuk bercakap dan melemparkan tuduhan macam tu kat aku??walaupun dia lecturer di department aku, aku SUMPAH, aku tak pernah kenal dia sebelum ini.watak dr Rostam hanya wujud dalam hidup aku bila Dr Mat Zain berpindah bilik.

Wahidah dan Rosafizah mungkin boleh menjadi saksi yang tuduhan tu tak berasas sama sekali. setiap kali aku buat temu janji dengan peneylia aku, aku sentiasa membawa bahan ataupun kerja aku untuk disemak oleh Dr Mat Zain. tapi, apa yang menghampakan aku, Dr Mat Zain seolah-olah tidak endah akan usaha yang aku buat. Dia langsung tak baca apa yang aku bawa..jdi, suma tu salah aku ke bila tesis aku dikatakan banyak silap??dalam saat-saat yang mcm ni, aku memang panas. kalau diikutkan bisikan Syaitan, mau terbalik meja di bilik dr Mat Zain tadi. lantak la nak jadi apa pun..hm..syukurlah, aku masih mampu mengawal perasaan.

Masa Dr Rostam tuduh aku, Dr Mat zain diam. langsung tidak berbunyi. langsung tidak cuba nak tegakkan kebenaran. walaupun dia tengah repair tesis aku, aku rasa, dia cuma nak tebus balik kesilapan dia sebab tak pernah bagi tumpuan pada kajian aku. dia cuma tak mahu dipersalahkan. herm..saat-saat yang macam ni juga, aku rasa dah giveup..aku rasa down sangat-sangat..herm..Ya Allah Ya Tuhanku..tabahkanlah hati hambamu ini untuk berdepan dengan segala ragam manusia. sesungguhnya, hanya ENGKAU yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam Hatiku ini..Amin..ya rabbal alamin..

Wednesday, October 22, 2008

aku dan DIRIKU..

meminjam kata-kata Umar Al-Khatab, ' tidak akan merasa gundah seseorang itu walau sekalipun jika dia tahu apa yang dia cari..'herm..betul kan?kadang2, kita rasa gundah gulana..kadang2, kita rasa resah..sb kita xtahu ap yag kita cari..dan kita xtahu apa yang kita nak..hurm..manusia...kadang2, manusia xpenah puas dgn ap yg dia ada..sb tu la manusia masih tercari-cari..hm..mcm-mcm yang manusia cari..kekayaan, cinta, kasih sayang..hurm..

aku pun sama..masih lagi tercari-cari akan hala tuju diri..mcm-mcm yang aku cari. bukan sebab aku tamak or xpuas..sb aku masih lagi xder aper yg org lain dah ada..hurm..aper yg aku ada ek??ape ek aku ada???huhuhu!!!

Monday, October 20, 2008

aku dan KAMEN RIDER..


hehe..kamen rider..hurm..saper yang xpenah tgk kamen rider tu aku xtaula. tpi aku rasa, mesti semua org penah tgk kamen rider. kuat betul pengaruh dia kat malaysia dalam era 90 an.time tu aku kat sekolah rendah. darjah 2 rasanya. kamen rider yg 1st sekali aku tgk, kamen rider BLACK. kat Malaysia nama dia dah tukar..jadi SURIA PERKASA HITAM.hm..tpi menda yg sama la jugak.nama ja lain2. dalam banyak2 kamen rider ni, aku suka 3 ja kamen rider. ,


1. kamen rider Black
2. kamen rider Den - O
3. kamen rider KIVA

ketiga2 kamen rider tu mmg best. dari segi logik, mmg la xleh pakai . tpi aku suka tgk org jepun ni gubah jalan cerita. teknologi yang diorang pakai, huuu..kagum aku. bila la Malaysia leh wat mcm tu ek?kalau nak diikutkan sejarah, Jepun dah lumpuh masa perang dunia ke-2 tu lepas nagasaki dgn hiroshima kena bom. cepat betul diorang develop negara diorang. kamen rider BLACK, ditayangkan di jepun pada tahun 1980-an. Malaysia time tu baru dok kalut nak wat keta nasional.hehe..budaya kerja jepun yang MANTAP. xheranla mantan PM kita pernah lancarkan dasar pandang ke timur..sebenarnya, aku saje je letak topik kamen rider ni. topik yang simple. tpi org lain xpenah pun terpikir ttg teknologi yang jepun pakai utk wat citer ni. yang diorang tau, cuma ckp kamen rider hanya utk KANAK-KANAK.huh!primitifnya pikiran..fikirlah secara meluas skit. kita tgk citer2 mcm tu, bukan hanya utk hiburan semata2. tpi utk kita kaji dan selidik dan bandingkan dengan pencapaian negara kita ni.

Thursday, October 16, 2008

aku dan KECELARUAN..!!!

herm..kecelaruan atau kata dasarnya CELARU..mmg susah bila dah timbul perkataan tu kat dalam hati..byk menda yg bermain dalam pikiran aku skang ni..tesis, apa yg aku nak keja nanti, bila nak kawin (sempat lagi tu..), hutang ptptn bila nak bayar dan mcm2 lagila..tpi yg paling wat aku kusut skang ni ialah pasal kerjaya..ya..aku ulang KERJAYA…

dulu masa kecik2, aku nak jadi power rangers je..senang nak tolong org..(mulia gila niat). tpi bila dah besar skit nie, aku baru sedar yg power rangers tu bukan satu kerjaya..tpi cuma khayalan..trus aku tukar aku punya cita2..herm,,pemandu pesawat pejuang..perkataan tu watkan aku igt balik kenangan 2002..kalau pilatus pc 7 tu x selalu terhempas, skang ni mungkin aku dah jadi Kapten saiful rizam. mungkin juga jadi pilot kepada pesawat serba guna Sukhoi yg Malaysia baru beli tu. ayah aku koyakkan surat tawaran dari KTU (Kolej Tentera Udara). time tu aku diminta lapor diri ke KTU kepala Batas. Alor setar. herm..dah xder rezeki kot..atau ada hikmah..laslty aku masuk bidang nie..Town Planning..herm..

aku pun xtau la bila aku abis belajar ni aku leh jadi town planner ke x..persaingan cukup byk..isu2 politik (10% kouta) dah watkan peluang yg cuma ada sedikit semakin dihimpit..saper yg nak amik kami nanti?pemaju kbyakkannya CINA..company melayu?baper kerat sgt la yg ada..umur dah makin lanjut..dah 24..tahun depan dah 25..kawan2 yg seusia dgn aku dah ada keja tetap..tpi aku?masih xtau hala tuju diri..masih tercari2 akan sesuatu yang belum lagi pasti..hurm..rasanya, aku kena tukar bidang nanti..mungkin aku akan apply utk jadi pegawai tentera..or mungkin juga jadi pegawai polis..herm..tgkla..yg mana satu. tpi skang ni aku lebih berminat nak jadi polis..bahagian JSJ (jabatan siasatan jenayah).leh tolong ramai org (mcm power rangers..heheh)..tpi mak aku xbagi..dia kata dah 5 tahun aku belajar (termasuk diploma), last2 jadi polis..huhuuh..

aku mmg celaru skang ni..kerajaan pun dah stop amik org baru..abis?kat mana kami nak merempat?hmmm…sesapa yg ada keja kosong, leh contact aku..huhu

aku dan DUIT...


duit..??ye..inilah duit. duit yang jadi kegilaan semua org kat atas dunia ni. termasuk la aku. dengan duit, mcm2 kita boleh beli. kasih sayang, cinta dan kawan..sumanya boleh dibeli dengan DUIT. berkuasanya sekeping kertas yang dicop dgn pelbagai nilai..kan?dulu, aku xla rasa duit ni penting sangat..yang penting budi bahasa.he..tpi, kalau bawak budi bahasa pegi Plaza Alam Sentral, kita xboleh beli apa2 pun sebenarnya.

skang ni dah last sem..seperti biasa, kebanyakkan student akan habis duit time2 mcm ni la..termasuk la aku. bagi yg ada famili kaya-raya, xla tertekan sangat..tpi yg xberapa nak kaya mcm aku ni??hoooo...berat oo penangan Mr Money ni..mana nak belajar n at da same time, nak kena pikir how to earn da money..2 benda dalam satu masa..minta kat mak bapak??hooo..cukup2la nyusahkan diorang kat sana..aku anak sulung..so, kenala berdikari. nasib baikla Allah bagi aku pinjam ilmu Dia. dengan ilmu yg ada kat aku ni, leh la aku cari duit utk makan kat sini. repaired komputer dan amik upah lukis layout town planning..hm..merana gak badan. dengan nak wat asement, n cari duit utk belanja..gila..mmg gila..tpi im forced to do that..kalau x, soru leh miss..nak ckp kaya wat benda2 di atas tdi tu, xla..tpi, leh la bgi aku makan dalam masa 2 minggu..tu pun makan sari sekali je tu. susah gak ek nak cari duit ni..hm..kesian kat mak bapak kita yg kat kg tu. keja keras utk anak-anak.herm..

lepas ja abis projek ni, aku kenala cari projek lain lak..herm..kalau x, xmakan la aku kat cni..hurm..kalau susah2 sgt, kutip jela sampah sarap yg boleh dijual..janji halal..kan?cuma segan dgn tidak je la nak wat benda tu..Mr Money ni mmg wat aku xsenang duduk. duit kuar macam air paip yg dah rosak kepala paip. laju bebenor..tpi kan, bila pikir2 balik, aku bersyukur sgt sb dok jauh dari famili. dengan apa yg aku alami skang ni, dah cukup untuk watkan aku bersedia tempuh aper je halangan nanti..herm..sediakah aku??huuuu....

Monday, October 6, 2008

aku dan KAWAN-KAWAN

1 Oktober 2008..pertemuan semula ataupun reunion telah berjaya dilakukan..he..terima kasih kepada NINI atas usaha yang dilakukan oleh beliau dalam mengumpulkan kami semua. walaupun cuma 13 org yg dtg, tpi pertemuan tu cukup bermakna. sejak tamat SPM 2001, ni la pertemuan yg pertama. he..dah ramai kawan2 aku yg dah kerja. yang dah kawin pun ada. bestnyer diorang..aku??belajar lagi la..xtaula bila nak abis..kalau xder aper2 hal, bulan 11 ni aku abis. dalam masa yg singkat tu, aku tgk, ramai budak2 kelas aku masuk polis (bagi yg lelaki) dan yg pempuan lak ramai masuk nurse. xpela..aper2 pun, tu rezeki diorang..kerja tetap lak tu..di bawah ni gambar masa reunion. hehe...chek it out!!

!