Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 15, 2009

TRUST....NOBODY..!!!


TRUST NOBODY...korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan kali ni?xlebih dan xkurang, inila apa yang aku rasa sekarang...hurm...memang rasa macam-macam bila seolah kita dikhianati..he..baguslah, sekurang2nya, aku dah mula sedar, even org tu kawan lama kita pun, kita mmg xleh nak percaya kat dia..

Perangai bermuka2 ni memang dah sinonim dengan bangsa kita gamaknya..kenapa perlu nak bermuka-muka ek?kenapa xnak berterus terang apa yang xpuas hati?kalau terus macam nie, bila masa orang yang selalu wat orang lain terasa hati akan sedar?huh!aku mmg jenis yang simple...kalau aku xpuas hati, aku akan cakap ja kat org tue..kalau dia nak benci aku lepas tu, itu hak dia..aku dah cuba utk betulkan dia dari terus wat silap dan dibenci oleh orang ramai..aku penah pesan pada kawan aku, kalau ada org yang kata kat aku di tempat kerja, tolong bagtau aku..mungkin betul aku wat silap..kalau diorang xtegur aku, sampai kesudah aku akan terus lakukan kesilapan yang sama...still do da same thing again..again..and again..hurm..ada ka orang nak tegur aku kalau aku wat salah di tempat kerja?

Kepada staff MOPD, kalau ada korang terbaca tulisan nie, n u think i have made a some mistake, PLEASE...guide me..im a new person in ur 'family..'

Saturday, September 19, 2009

Hari Raya: Dahulu dan Sekarang....


Hari raya DULU...

Bangun ja pagi2, terus mandi dan pi semayang sunat.. lepas ja semayang (xtunggu khutbah dah...)terus balik umah..sebab dah target banyak rumah nak pegi..yela..nak kutip duit raya...dapat 0.20 sen pun dah kira banyak...paling banyak pun, rm 0.50..he...tapi tu la..tu raya dulu-dulu....

Hari raya SEKARANG..

Hurm..nak bangun pagi2 pun dah liat....sebab letih malam sebelum raya tu..kemas itu, kemas ini...pergi semayang..kali ni kena tunggu dengar khutbah..yela, sebab umur dah makin meningkat..xkkan nak wat peragai mcm dulu2..hehe...

Hari raya DULU...

Bila balik ke rumah nenek dengan tokwan, dapat banyak duit raya..dari wan, dari nek, dari cu, dari pakngah dan dari maklong..time tu, memamg kaya..yela, semua pakat2 hulur..

Hari raya SEKARANG...

Bila balik rumah nenek dengan tokwan, dah xseseronok mcm dulu...sebab wan dah xda...dan nek pun tengah sakit sebab tulang peha patah..bila balik ja sana, sepupu2 yang kecik2 pakat beratur...yela..nak amik duit raya dari kitorang lak...(dulu-dulu, mak n bapak diorang kasi duit raya kat aku...)skang nie, aku lak yang kena bagi duit raya...huhu...tapi xpela..bukan selalu..huuu..

Hari raya DULU....

Aku xpenah lekat di rumah masa raya pertama dgn kedua..aku pi umah kawan-kawan..(yang aku xkenal pun aku pegi gak...)hehe..selalu pegi dgn amin dan bangcik..dari naik gerek (basikal), sampaila nek motor...pusing satu perlis...

Hari raya SEKARANG....

Hurm...aku sorang2 dalam umah...xda kawan nak di ajak kuar..dan xda umah kawan yg luar dari taman aku nak pergi..bukan xda kawan, tpi kawan yang xda masa nak hangout dgn aku..yela..masing2 dah besar panjang...masing2 dah ada buah hati masing2...aku?lepas balik dari umah sedara aku di kg, aku dduk dalam rumah ja..boring...

tula raya aku dulu dan sekarang....banyak juga perubahan yang aku lalui..mungkin tahun depan, aku akan beraya sebagai suami pulak...kalau ada rezeki, mungkin sebagai ayah...hik2!apa2 pun, kepada kekawan yang mengenali diri ni, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI aku ucapkan..maaf sekirannya ada tutur kata atau tingkah laku yang pernah menyinggung perasaan kekawan..yakinlah, aku bukan sengaja nak sakitkan hati orang...semua aku buat tu ada sebab..SALAM...

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA kah kita..?


Hari ni (31 Ogos 2009), genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..dah berkurun lamanya malaysia atau pun suatu ketika dahulu dikenali sebagai tanah melayu dijajah oleh pihak luar. bermula pada 1511 oleh pihak Portugis di melaka, kemudian Belanda, dan selepas Belanda, British, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu dibebaskan..terima kasih pada pejuang bangsa zaman pra kemerdekaan dulu..terumatanya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apakah yang dimaksudkan dengan MERDEKA..?ramai orang akan ckp, merdeka adalah bermaksud KEBEBASAN..memang betul. merdeka = kebebasan. tapi sejauh manakah pemikiran masyarakat kita bebas atau merdeka?apakah fikiran mereka masih lagi dijajah?hurm...budak-budak muda sekarang ni, macam-macam perangai yang diorang buat..tapi, apa yg paling menyedihkan, hampir 99% budak-budak muda yang buat hal adalah dari golongan melayu..hurm...susah sangat diorang nak paham apa yang telah diperjuangkan oleh orang-orang melayu sebelum nie..apa yang diorang tau, keseronokan..tu ja...malam merdeka, disambut dengan acara lumba haram, minum arak, seks luar nikah dan macam-macam lagi..apakah itu yang remaja faham sebagai sebuah KEMERDEKAAN?merdeka utk buat apa saja?

Kepada ramaja di luar sana..bebaskan lah minda anda semua dari dijajah..berjuang lah utk agama, bangsa dan negara..ingat, benda yang dah dimiliki oleh kita, takkan semakin bertambah baik kalau tidak DIJAGA..MERDEKA!!!!!

Monday, August 10, 2009

Selamat Tinggal WATERTECH...

Yer....Selamat tinggal..goodbye...sayonara...dan perkataan yg lain dan sama maksud dengannya...kenapa aku ucapkan selamat tinggal kpd company aku ni?aku dah dapat kerja lain?hurm...aku xdapat kerja lain...ni adalah risiko yg perlu aku tanggung..aku akan benti bila masuk september ni..dah lama aku rasa nak benti..tapi aku tahan ja dulu..mungkin sebab aku takut bila aku benti, aku akan jadi penggangur. hurm..mungkin juga...

Kejatuhan ekonomi baru-baru ni mmg dah bagi kesan pada kompeni aku. ramai staff production di behentikan..dan kesan dari situ juga, kompeni aku dah pecah kepada 2 anak syarikat dimana, kedua2 anak syarikat ni akan memainkan peranan sebagai pihak marketing..jadi, watertech xperlu lagi wat marketing..dah boleh save cost.kesannya, aku diserap ke Oasistech Resources..xbleh blah betui aku bila jadi mcm nie..semua sistem yg aku perkenalkan dihapuskan..digantikan dengan sistem baru..sistem yang terlalu BERKECAMUK..hurm..dan, perkara yg buatkan aku nekad nak benti kerja, diorang pertikai ttg gaji aku..gaji aku dibayar oleh oasistech dan watertech..ada pihak yg xpuas hati..katanya, gaji aku sepatutnya totally di bayar oleh oasistech..bila dah jadi mcm ni, apa yg korang rasa?last2, aku ckp yg aku akan benti kerja..xtaula kerja apa lak yg aku nak wat lepas nie..tpi xper..rezeki ada di mana2..Tuhan tu dah tulis dah rezeki masing2..aku tawakal jerla....harap2, ada kawan2 kat sini yang bagi aku semangat or nasihat dan apa2 ja...

Friday, July 24, 2009

Bilik Orang bBujang....

Ntah kenapa, tetiba ja aku rasa mcm bersemangat ja nak kemas bilik. mungkin sebab aku rasa bilik aku ni dah semak sgt kot..aku pun xigt la bila last aku kemas bilik..huhu..lagipun, aku jarang ada kat umah..siang keja..malam lak aku dok pi traning..hurm..aku rasa, bilik aku ni dah xlayak diduduki oleh mahkluk yang bernama manusia..huhu...so, aku ubah la apa2 yang patut..pic kat bawah ni hasil aku decoration tadi..(pic sebelum decoration aku xleh tunjuk sebab nanti korang konpius samada tu bilik manusia or sarang tikus..hik2!)


Friday, July 17, 2009

Masyarakt dan KEZALIMANYA...

Hooo....mcm berat jer tajuk kat atas nie,,,tpi sebenarnya aku xtau nak citer apa..cuma rasa mcm nak menaip...hurm...semalam aku ada traning badminton...aku cukup xsuka traning hari khamis malam sebab court sebelah team aku di dalangi oleh org2 tua yang sombong dan angkuh..diorang terlalu cepat menghukum..diorang xpenah bagi peluang pada org2 muda mcam kami ni nak berkembang..mcm post aku yg sebelum nie,aku ada tulis bahawa setiap orang akan berjaya sekiranya di beri PELUANG...

Aku penah jugak la main dengan depa nie..tapi, bila aku masuk court ja, terus depa minta partner aku double dgn partner dia, dan dia double dgn aku..katanya, kekuatan x seimbang!mmg gampang betul la org tua mcm nie..bukan nak tunjuk ajar golongan muda, tapi di kondem lagi adala....bila kami refuse, diorang terus xnak main..sedangkan aku cuma nak tgk sejauh mana kepandaian diorang dan boleh la kami yang muda2 ni belajar corak permainan orang tua...(heh..tau mcm mana org tua main badminton..?).aku geram betul la dgn org tua mcm tu..terlalu cepat jatuh hukum..semalam pun dia kuarkan lagi kata2 dia..dia kata mcm ni..'orang lama jugakla yag boleh main, orang baru xleh harap..'ada ka patut dia kata mcm tu?dah la time tu kami dok dengar taklimat dari coach...bengang dan banggang rasanya...

Kadang-kadang, masyarakat kita ni mmg mcm tu kot..suka menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik dulu apa yg berlaku di sebaliknya..mmg xadil kan kalau org tu diadili tanpa pembelaan yg sewajarnya...tanpa diketahui sebab musabab kenapa dia wat mcm tu dan kenapa dia jadi mcm tu...kan..?dah merepek bebenor dah teman ni ha....

Thursday, July 9, 2009

Peluang

'Setiap orang akan BERJAYA sekiranya diberi PELUANG...'hurm...mungkin ramai org kat luar tu xsedar atau xperasan..sebenarnya, itulah prinsip yang diamalkan oleh UiTM..aku pun baru jer tau sebenarnya..dan, berdasarkan prinsip tu la, orang yang xberapa nak cemerlang dalam SPM mcm aku ni diterima masuk ke UiTM..dalam erti kata yang lain, aku diberi PELUANG dan RUANG untuk berjaya..bayangkanla kalau uitm xberpegang pada prinsip tu, berapa ramai anak melayu yang akan ketinggalan?berapa ramai anak melayu yang belajar hanya cuma pada peringkat SPM..?TERIMA KASIH banyak-banyak kepada UiTM yang terus berjuang mempertahankan hak melayu,,

Dulu, aku pernah tanya kawan2 aku, 'lepas spm, u mana hangpa nak masuk..?'mcm2 jawapan yang aku dengar..tapi nama uitm ni mcm xberapa nak glemer di kalangan kawan-kawan aku..mungkin diorang ni cerdik sgt kot..(hik2).masa isi borang tu, diorang xletak pun uitm...aku ja yang letak uitm..pilihan utama lak tu..last2, aku ja yg masuk U, kawan2 aku yang lain tu, semua xdapat..hurm..kenapa aku pilih uitm?kenapa ek?huhu..aku pun xtau...walaupun ramai org2 luar dok ckp produk uitm ni xbagus la, xberapa nak cerdik la, xmantap la, tapi aku xpenah kisah..aku percaya, setiap manusia dah dijadikan dengan skripnya yg tersendiri..dah ditetapkan rezeki, jodoh serta mautnya sendiri..so, kalau dok u yang terbaik kat Malaysia atau kat dunia sekali pun, kita xkan kemana kalau 'skrip' dah ditulis yang kita xkan berjaya..kan?so, kepada org-org kat luar, jgn SESEKALI berbangga dengan apa yang korang dapat...tapi bersyukurla dgn peluang dan kebijaksanaan yang dipinjamkanNya..

Thursday, June 25, 2009

Hilang Pertimbangan..

Huh!!!finally, aku dah hilang pertimbangan..aku dah hilang sabar..semuanya bermula bila lori company aku accident..aku terkejar2 ke balai polis..wat report, pastu terkejar2 ke syarikat insurans, claim insurans..bila balik opis, ada pulak customer tgah mengamuk.mmg haram jadah betul la..aku try ckp elok2 dengan pempuan tu..tpi bila aku dah bagi muka, dia terus tengking2 aku. dia igt aku ni sapa?balaci dia???mmg bodoh la..aku paling benci bila dia ckp 'Ni la sebabnya aku malas nak berurusan dengan company melayu..'. kalau semua melayu mcm dia, mmg xkan kemana la syarikat melayu. pi la bela bangsa asing!

Semuanya bermula bila dia datang utk menjadi pelanggan syarikat ni kira-kira 2 bulan lepas. aku rasa, penerangan yag diberikan cukup clear. penerangan yang berbunyi 'kalau mesin yg dibeli rosak dalam tempoh seminggu, kami akan gantikan dengan baru..'.aku rasa cukup clear n dialog tu xpenah berubah walau dengan sapa pun kami berurusan. dia dtg opis semalam, mengamuk nak tukar mesin yg baru, katanya dia beli baru seminggu. he..mmg banggang..kat bawah mesin tu dah ada stiker yg bgtau bila mesin tu dikeluarkan dari kilang aku..dah 2 bulan!!!so, perjanjian utk tukar baru tu dah terbatal. kami dah bermurah hati utk tolong repair tnpa sebarang bayaran pun dah cukup bagus..ni x, xabis2 nak kondem org melayu. last2 aku ckp, 'tolong jgn bagi saya hilang sabar..'.boleh lak dia tnya aku, 'kenapa awk marah saya..??'banggangya!sapa yg marah sapa??aku ke dia??setahu aku, aku xpenah lagi nak marah org yg berurusan dgn aku..tpi ni dah mencabar kesabaran aku..aku pun ada had sabar..so, lantak dia la..dia ada pilihan utk berurusan dgn kami atau dgn bangsa asing..terpulang..agak2 la, kalau berurusan dgn bangsa asing, mau ke bangsa asing tu repaired secara percuma?mau ker bangsa asing tu tukarkan barangan yg kita dah pakai 2 bulan dengan barangan baru?mau ker???!!!

Kalau semua melayu mcm dia, aku xtau la..mau lingkup company melayu..aku xnafikan la, ada jugak la company melayu yg mcm hampeh..tpi jgn nak samakan semua company melayu tu sama..aku pun penah je kena dengan mekanik melayu yg repaired motor aku..hampir Rm 1k aku habiskan utk repaired, tpi masih sama jugak..aku xsalahkan dia..mungkin dia xda kepakaran dlm enjin aku ni. aku anggap je duit yg aku bayar tu sebagai sedekah..ape nak kisah..sesama melayu..huh!

Tuesday, June 23, 2009

Miss and Missing.....

Diam tak diam, dah hampir 7 bulan aku berkhidmat kat Watertech Resources Sdn Bhd nie..xtaula nak kata happy ke x, tapi aku bersyukur sebab lepas jer aku abis belajar, aku terus dapat kerja. xperlu menganggur.walaupun ni bukan bidang aku, tapi aku dah makin serasi dengan kerja-kerja mcm nie..town planning ttp dalam hati..maybe one day, aku akan ke bidang tu balik. yang xpastinya, BILA...sabar je la..ramai kawan-kawan aku bagi pendapat suh stay kat company nie..katanya, kalau kerja planning, xdapat gaji banyak mcm ni..hurm..betul jugak la kata kawan-kawan aku tu..tapi hati aku sendiri yg xheppy..huhu..xperla..DIA lebih tau mana yang lebih elok utk aku..aku ikut jerla..kita ni kan cuma 'pelakon' di atas pentas dunia nie..skrip suma dah diatur sejak kita belum lahir lagi..so, kita berserah jela...

Dah hampir 7 bulan jugak la aku tinggalkan uitm..tinggalkan shah alam..n tinggalkan rumah sewa aku di sek 7..apa khabarla agak2 nya kenalan-kenalan aku kat sana..dengar cerita, Mas Aini dengan Aloyah dah berbadan dua..he..rezeki tuhan..yang lain-lain tu xtau la..secara jujurnya, aku rindukan diorang semua..walaupun diorang xberapa rapat dengan aku, tapi kadang-kadang, telatah diorang watkan aku tergelak sorang2 sampai la saat ni..hurm...budak rumah aku pun okay2 jer..cuma bulan 3 aitu ja, si akram masud wad sebab denggi..he..xserik2 budak2 nie..si akram ni jenis rajin mengemas rumah. tapi dia lak yg jadi mangsa denggi..rumah tu dulu penah kena saman sb jadi pusat pembiakkan jentik2..hehe..kenangan semua tu..Mat kelate pun mcm tengah angau bercinta skang..he..nanti aku pi shah alam, kita jumpa n hang out sama2..tupun kalau korang xkuar dating la..huhu..

Friday, June 5, 2009

Aku dan ADAT....

Yahooo..!!!!cuti sekolah kembali lagi..walaupun aku bukan budak sekolah, tapi cuti mcm ni mmg cukup seronok bagi budak sekolah..hehe..time cuti mcm nie, banyak la kenduri kendaranya..kenduri kahwin la yg paling byknyer..hurm..aku pun dah terasa dah bahang perkahwinan nie..aku dah nak kawin..?he..tunggu je la pengumuman ttg tu..tapi skang ni, dah ramai yang bertanya ' hang bila lagi nak kawin...?'..argh!!cukup nyampah aku dgn soalan mcm tu..aitu, masa aku berpacaran, org selalu tnya 'hang bila nak bertunang...?'..ni dah bertunang, dok tanya bila nak kawin lak..nanti bila dah kawin, soalan lain lak dia kuar..nak tau soalan apa..?soalannya akan berbunyi mcm ni..'bila lagi hang nak dapat anak..?'huh!aku dah leh agak dah..soalan2 lazim manusia ni xkan terhenti. yela..dah Tuhan bagi kita mulut, kenala gunakannya..ye x?bertanya itu dan ini pun salah satu kegunaan mulut..huhu..
Bla pikir2 balik ttg kahwin nie, aku rasa rimas dgn satu perkara lagi..A.D.A.T = ADAT..yer..adat..adat dan kawin ni cukup sinonim...org melayu mmg berpegang teguh pada adat...sampai boleh tercipta bidalan ' biar mati anak, jangan mati adat..'tgk..betapa adat tu lagi penting dari anak..agaknya, org yg wat bidalan tu dulu xsedar kot, kalau mati anak, sapa nak sambung adat..?kan?adat melayu dalam perkawhinan ni aku rasa cukup merimaskan (bagi org mcm aku la..)aku paling rimas dgn adat bersanding..xtau kenaper, dari kecik lagi aku mmg dah pasang niat xmau bersanding...nak wat apa yg wajib dalam islam jer..tu pun aku rasa dah cukup..nak dijadikan satu citer, kawan aku ni dah kawin..tapi nikah gantung. dalam syarat nikah tu, dia xleh bersama dgn isteri dia selagi dia xwat kenduri..ada ker adat mcm tue?dalam islam ada ker garispanduan ttg tu?kalau nak diikutkan dari pembacaan aku dalam blog dr asri (bekas mufti perlis), dia ckp, adat nikah gantung ni pernah dibuat oleh junjungan kita..TAPI...masa Rasulullah S.A.W bernikah dgn Aishah, masa tu umur dia baru 7 tahun. maknanya masih belum baligh. keadaan mcm tu la yg baru boleh digunakan istilah nikah gantung..kat malaysia sekarang ni mana ada kawin dgn budak2..syarat kawin kat malaysia ialah seseorang itu mestilah berumur 16 tahun keatas...time tu, kedua-dua pasangan dah baligh...kan?so, xda istilah nikah gantung..yang gantungnya cuma kenduri...
Ak xtaula aku ni jenis org yg ikut adat ke x..tapi bagi aku, selagi adat tu xnyusahkan aku, aku ikut jer..kalau dah wat aku rasa terbeban, susah dan meyusahkan, aku xkan ikut.Islam xmelarang kita mengikut adat dengan syarat adat itu x membebankan dan menyusahkan..kalau kita rasa tersusah dgn adat itu, hukumnya haram kalau kita ikut..(kalau aku salah, tolong betulkan..)

Wednesday, May 13, 2009

Aku dan FIZIKAL..



Mesti korang pelik kan kenapa aku letak pic ni?apa kena mengena tempat ni dengan fizikal?hehe..sebenarnya, ni pic tasik melati.salah satu tempat peranginan di perlis nie...tempat ni juga dah jadi tempat aku untuk wat latihan fizikal tau dalam erti kata yg mudah, mengempiskan segala lebihan yg dah mula timbul kat fizikal aku..huhu..aku igtkan, dengan traning badminton jer, leh la kekalkan bentuk badan..tpi xleh rupanya..kena jogging juga..ni la akibatnya kalau dok umah famili n kampung sendiri..asyik nak makan jer...xkira masa..bleh dikatakan, gaji aku byk dibelanjakan utk menikmati makanan..yela..dulu time student, tingin bebenor makan makanan yg best2.mcm pizza, kennyrogers, ayamas,big aple n lain-lain la..tpi time tu aku student..mana mampu nak makan benda2 tu suma..harapkan kekawan serumah la bawak balik yg belen2 diorang makan masa dating jer..dpt la merasa skit..thanks to zul, topek n mat kelate yg selalu bawak balik benda makan best2 utk dikongsi dgn budak yg x berduit mcm aku nie...

Wednesday, May 6, 2009

Rempit...revenge is COMING...!!


Dalam media sekarang ni, heboh org berckp ttg rempit..atau lebih tepat lagi Mat Rempit. Siapa mat rempit ni sebenarnya?definisi awal mat rempit ada menyatakan bahawa mat rempit boleh didefinasikan sebagai penunggang motorsikal. betul ker?abis tu, pakcik2, makcik yg naik motor ke pasar malam tu pun, dah dikira mat rempit la?huhu..

Definisi ni xpenting pun sebenarnya, tpi apa yang lebih penting, kenapa mereka dibenci oleh masyarakat?memang aku x nafikan, ada segelintir dari diorang ni wat hal dengan masyarakat luar. tapi, cuba kita tgk balik, cuba masyarakat kaji balik, kenapa diorang bertindak seganas tu?masyarakat kita cukup gemar menunding jari kepada org lain untuk dipersalahkan..aku bukan nak bela mat rempit ni..tapi aku cuma ingin ajak korang yg baca post ni untuk sama-sama memberikan pendapat ttg isu ni. isu ni dah ada sejak dulu lagi..bezanya, dulu isu ni xdiberi penekanan oleh pihak media..sb tu kes ni dianggap sebagai kes yg terpencil. tgk jer cerita AZURA dan GILA-GILA REMAJA, ada jugak kan kumpulan motor?maknanya, isu ni mmg dah ada. kadang-kadang, aku rasa mcm masyarakat ni x berapa nak adil sangat. kenapa diorang begitu cepat membenci dan mensisihkan golongan ni?kenapa budak-budak yang berlumba kereta di jalan raya yg sama x dibenci dan dipandang hina?sebab diorang naik kereta dan mat rempit ni naik motor?he..mmg tu la jawapanya walaupun berdozen-dozen alasan utk menafikan kebenaran tersebut..masyarakat terlalu cepat menghukum dan melabel..mmg mat rempit ni kebanyakkannya dari golongan sederhana dan susah, tapi jgn igt yang org-org berada tu mulia sangat..hurm..sama-samala kita renung2kan...


Thursday, April 30, 2009

Aku dan ?????

Dah lama aku xupdate blog..bukan aper..xder menda sgt nak diceritakan..ni pun sb aku keboringan..yela, esk kan cuti pekerja..(1 mei), kpd pekerja yg mcm aku ni, selamat bercuti la esk..tapi ari sabtu ni aku kena masuk opis balik...huwaaa!!!!xpela..dok umah pun bowink gak.
Dalam minggu ni jugak, aku dah ada lesen kereta..aku xberminat sangat dgn kereta ni..tapi kerja aku mendesak aku untuk mendapatkan lesen keta..senang nak bawak kereta company nanti..igt nak minta driver jer..tapi mcm melampau lak..hoho..terpaksa la aku amik lesen. walaupun aku dah ada lesen kereta, aku ttp pi keja dgn motor gak..lebih selesa skit dgn motor..berangin jer rasa..kalau hujan, basah satu badan.tu yg best tu..orang yg selalu berkereta tu xrasa mcm yg org bermotorsikal rasa.kan?mujurla aku lulus lesen keta dengan sekali amik. kesian jugak aku tgk org2 yg amik lesen keta dgn aku, tapi xlulus..menangis2 ha..punyala frust..xpela..adala hikmahnya tu..kan?

Wednesday, April 22, 2009

aku dan 22 april..

22 april kembali lagi...,masih mcm dulu..masih macam tahun-tahun sebelum ni, xda apa keistimewaan..xda ap yg serinya dengan 22 april ni..ada apa dengan 22 april?hurm..sebenarnya, 22 april ni besday aku..hik..hik..tapi tu la..mcm biasa jer aku rasa..xda apa yg lainnya dengan hari2 lain.hurm...yg kat luar tu mesti best je kan bila time besday?apa yg korang dpt masa besday ni?aku xder idea la nak hadiahkan diri aku ni aper..korang ada idea x?jgn korang cadangkan yg bukan2 lak..huhu..tkut x mampu teman nk bayornyer nanti..
kepada teman2 aku yg sambut besday semalam (2104), iaitu Ady Said dari sabah dan juga Rohaidah (makwe jitegha blogger), selamat ulang tahun kelahiran..semoga hidup anda semua sentiasa dilindungi olehNya dan dimurahkan rezeki..Amin..

Thursday, April 16, 2009

Tanpa Tajuk..

Hari isnin aitu, (130409), pengarah urusan aku ada ajak aku lunch sesama dia..katanya ada hal penting nak bincang dengan aku..terbagak2 jugak la aku sebab kali ni firstime aku naik keta mewah..tapi bukan aku drive la..aku dok sebelah jer..huhu..sampai ke tempat makan, dia pun citer la yang dia ada projek baru.aku pun heran gak, naper dia bincang dengan aku?kenapa xbincang dgn board of director yg lain?hurm..aku pun tnya la sepatah dua..di bawah ni dialog aku dgn dia..chech it out!
Boss: saya ada projek baru nie..tapi saya perlukan persetujuan awak dulu..
Kuli: ala tn haji, naper lak nak minta persetujuan syer?syer bukan pemengang saham pun.bukan juga sedara tn haji.saya ni cuma pekerja tn haji jer..
Boss:ye, itu saya tau, awak mmg pekerja saya.bukan adik saya or anak sya..apatah lagi menantu saya...tapi..
Kuli:(directnyer boss aku ni ckp, kotla nak jaga hati aku..huhu(dalam hati))tapi apa tn haji?
Boss: saya cuma akan jalankan projek ni kalau awak yg handle. tapi saya xtau berapa lama awk akan kerja dengan company saya.
kuli:tu syer xberani nak jamin la..tapi kan ke ada lagi pengarah2 yg lain..
Boss: sebenarnya, i want to setup a new company...n syer nak tarik diri dari syarikat ni,awk fikirkanla ttg ni..i trust u n u have a good potential to become a great bussinesman..
Huh?!Great bussniseman??aku xpenah terpikir pun nak jadi peniaga..apatah lagi nak jadi usahawan..hurm..aku tau, tn haji ni nak tarik diri sb xtahan dengan karenah pengarah-pengarah lain (adik-adik dia..). tu la payahnya kalau dok bergaduh ja kerja..xprofesional lgsung..hurm..korang rasa mcm mana?perlu ke aku setuju dgn projek tn haji nie?kalau aku setuju, maknanya aku akan terikat dengan dia. aku xleh masuk bidang aku (town n regional planning)..aduyai..poning2..lepas satu, satu dilema aku hadapi..betula kata member blogger aku, kerja pun ada politiknya..hurm...

Thursday, April 9, 2009

Being Positive or Negative..?

'....kalau aku tau la dia tu peragai mcm setan, sumpah aku xkan kawan dengan dia..', '...kalau aku tau la dia akan wat mcm tu kat aku, aku xkan dekati dia..'.ayat-ayat tersebut seringkali kita dengar..mungkin setiap hari..tapi ada di kalangan kita yg wat endah xendah je ttg perkara tersebut..(bukan kena kat batang hidung dia, leh la dia wat xtau jer..).hurm..orang melayu kita ni cukup sinonim dengan perkataan KALAU..bagi aku la kan, perkara mcm di atas tu bleh jer kita elakkan..ada caranya dan perkataan KALAU ni mungkin kita xkan gunakan lagi dah..mungkin juga boleh elakkan diri dari bergaduh dengan somebody..korang nak tau ker caranya?aku selalu guna cara ni bila aku kenal seseorang..lets check it out..!
Mudah jer caranya..korang kena pikir NEGATIF ttg kawan yg baru korang kenal..jgn pikir positif..he..mcm zionis je cara ni..tpi cara ni la paling berkesan..korang nak tau x, dengan berpikiran negatif ttg somebody tu, korang xkan rasa 'terkejut' kalau dia wat hal atau sakitkan hati korang nanti.aku selalu menegatifkan kawan2 baru aku..bukan apa, tu cara aku menilai mereka..so, bila diorang baik je n xlakukan perkara2 yg menyakitkan hati kita, secara otomatiknya, pemikiran negatif kita akan hilang mcm tu jer n kita akan sedar yg dia tu mmg kawan yang baik. korang bayangkan kalau korang pandang positive pada kwan baru tu, n korang pun rapatla dgn dia..pi mana2 pun dgn dia..and one day, dia tunjukkan diri dia yg sebenar..ha..sapa yg kecewa?korang jugak kan..pastu mulala kuar ayat2 yg aku taip di atas tdi tu..ni cuma cara aku..no wonder la org selalu ckp yg aku ni mcm sombong..peduli apa aku..aslkan aku xsakit hati. semangat kekawanan aku mmg tinggi..sekali dia kawan aku, selamanya dia tetap kawan aku..to all my friends, thanks to be my friend..


P/s: kalau korang ada pandangan, sila komen pada aku...

U are BACK..!!!


Finally, my black has arrived...hurm..rindunya nak merempit dgn motor nie..semua dah baru dalam enjin..secara xlangsungnya, aku dah mampu save minyak motor n minyak 2T. motor aku sebelum ni bukan motor standard..ni dah standard dah..kalau speed test dgn kriss pakcik sebelah rumah aku ni, mau aku yg kena tinggal...huhu..xpala..aku bukan nak merempit pun..aku nak jadi warganegara malaysia yang baik..hah..sebut pasal malaysia ni, aku nak amik kesempatan ni utk ucpkan TAHNIAH ke atas kabinet kerajaan Malaysia yang baru..harap2, menteri-menteri semua tu amanah dan x mempermainkan perasaan rakyat kebanyakkan mcm aku ni hendahknya...Tahniah sekali lagi.

Tuesday, April 7, 2009

Di Persimpangan DILEMA..

Aku mmg dalam persimpangan dilema skang ni..persimpangan antara reality dan juga fantasi (mungkin..). hurm...xtau la mcm mana aku nak mulakan cerita..tapi yg aku tau, aku mmg dalam dilema. bagi yg kat luar tu dan yg xkenal dengan aku, aku ni graduan dari uitm dalam bidang perancangan bandar dan wilayah (diploma dan ijazah). apa yg aku cuba nak smpaikan, aku rasa mcm terkilan lak sb aku xkerja dalam bidang tu..aku kerja dalam sektor pembuatan atau dalam erti kata yang lain, aku kerja kilang..bukan sebab gaji yang jadi masalah aku..tapi sebab kepuasan bekerja..kerja aku skang ni, kalau duduk kat perlis ni boleh dikategorikan sebagai 'orang senang' la..gaji aku lebih dari cukup. tapi aku xpuas kerja ni..aku mmg minat bidang yang aku belajar dulu..apa yg watkan aku dalam dilema skang nie, perlukah aku tinggalkan kerja skang ni semata-mata mengejar minat aku yang pastinya aku xkan hidup senang mcm sekarang ni?perlukah aku jadi realistik ataupun materialistik dalam dunia yang serba serbi kena bayar ni?hurm...
p/s: Terima kasih pada amir sebab sudi dengar ttg ni semalam (6042009). walaupun dalam ym, tpi terasa kejujuran yang terbit dari hati amir.thanks buddy..

Monday, March 23, 2009

I Misz U....BLACK!!!!!





Huhu..rindunya aku kat motor aku (a.k.a Black)..bukan apa, masuk ni, dah 2 minggu motor aku dimasukkan ke bengkel..aku wat perubahan yg agak besar kat enjin motor tu..hurm..bukan nak wat racing..tapi aku cuba nak bikin motor tu jadi standard kilang..tukar blok, pinston,kaburetor n lain2 la..aku pun xtau sgt pasal menatang dalam enjin nie.kos dia mmg tinggi la..huhu..tapi nak wat mcm mana, aku sayang motor.

Pernah jugak aku terpikir nak tolak motor ni kat kedai n tukar ke Yamaha 135LC. tapi bila dipikir2 balik betapa susahnya aku nak dapatkan motor idaman aku ni dulu, terus aku campak jauh2 niat tu..lagipun, motor ni ada sentimental Value..hehe..arwah tokwan aku yg usaha pujuk mak n bapak aku untuk benarkan aku beli motor ni..hoho..mesti korang igt aku pakai duit mak bapak kan?korang silap la kalau korang pikir mcm tu..duit muka motor ni duit aku sendiri dan juga sumbangan daripada tokwan aku..n bulan2, aku yg bayar sendiri..aku cuma perlukan persetujuan mak bapak aku jer..bukan ap, kang kalau jadi apa2 kat aku nanti, xla mak aku ckp, 'tula, ckp org2 tua xmau nak dengaq..'.huhu..bapak aku plak ada alasan yg ortodoks..dia ckp, dia xmau aku jadi matrempit..huhu..tula..asal 125z ja, mat rempit..asal mat rempit ja,125z..xpaham aku..aku tgk budak2 yg merempit kat sini pakai kriss n ex5 ja..nak canggih sikit, wave 125..hurm..

Tadi aku pi bengkel..saja jenguk2 black kat ctu..mcm nazak jer..huhu..operation masih belum selesai bak kata pomen tu..esk pagi nak bawak turun enjin..nak servis kat dalam tu lak..nak cari apa komponen yg dah haus (haus kasih sayang la tu..ekeke). aku serahkan jer la kat pomen tu..dia lagi arif dari aku..aku ni tau naik jer..yela..Rider la katakan..kat bawah ni ada beberapa keping pic black yg dalam 'bilik pembedahan'..korang tengok2 la yer..kpd Black, cepat2la keluar dari bengkel..tanpamu, saham aku jatuh..xdpt nak ngorat awek..hahah!!!


Thursday, March 5, 2009

Aku dan Kebahagiaan....


Kebahagiaan..atau kata dasarnya BAHAGIA...satu perkataan yang digabungkan dari 7 huruf. perkataan yang menjadi kegilaan ramai orang dan aku yakin semua orang ingin rasa bahagia..tapi, mampukah semua orang tu bahagia?apa indikator yang digunakan untuk menentukan seseorang tu bahagia atau tak..?mcm mana korang tau yang korang bahagia?he...rata-rata jawapan yang aku dpt ialah berbunyi begini..'bila kita akan sentiasa gembira bila kita bahagia..' . mudah betul tutur di atur..sebenarnya, jawapan yg diberikan tu masih lagi byk persoalan yang boleh dipersoalkan..contohnya, apa yang buat kita rasa gembira?duit?kasih sayang?kawan-kawan?kalau jawapan dia duit, mcm mana pulak dengan orang yang xberduit?diorang xder 'duit' ke untuk mengecapi erti sebenar kebahagiaan?mcm tu jugak kalau jawapan diorang 'kawan-kawan' or 'kasih sayang'..

Naper aku membebel mcm nie??hehe..bukan aper, aku tertarik dgn citer sorang kawan aku..dia ngadu yg dia xberapa bahagia sejak akhir2 nie..org tersayang xbagi perhatian kat dia..ada gak org lain ckp kawan aku ni peragai mcm budak2..mengalahkan pempuan..tapi bagi aku x..setiap manusia ada perasaan..setiap manusia perlukan perhatian dari pasangan masing2..xkisah la laki or pempuan..semua orang nakkan perhatian..mungkin dgn cara tu, diorang akan rasa bahagia..kan?korang rasa mcm mana?salah ker kalau laki tu minta perhatian dari tunang dia sendiri?ni tunang dia mcm lebih pentingkan kekawan dia...xpenah pun nak pikirkan apa yang kawan aku ni rasa...aku bukan nak backup lelaki..tapi korang tgk la sendiri..buka mata..buka minda dan celikkan hati..korang tgk disekeliling korang..betul or x apa yang aku ckp ni...kawan aku ni xkisah sgt ttg duit...jadi duit bukan faktor yg buatkan dia bahagia..faktor yg buatkan dia bahagia adalah tunang dia...tu je yg dia harapkan..harap-harap, tunang dia tu sedarla apa yg dia buat nie...

Monday, March 2, 2009

aku dan EXHAUSTED...


Hurm...aku mmg penat..xtaula kenapa..terlalu letih..kerja cara kerja..kawan-kawan cara kawan-kawan..kadang-kadang tu, aku rasa mcm aku xda masa utk diri aku sendiri..kat tempat keja, aku nak kena ngadap karenah kedua-dua bos aku..diorang ni adik beradik. tapi aku xtaula apa puncanya, diorang ni perang dingin..yang jadi mangsanya, aku..yer...A.K.U..aku!contohnya mcm tadi, mesin kat kilang x beroperasi..pastu bos kedua call aku suh aku bgtau bos besar..pastu, xsampai berapa minit, bos besar suh aku bgtau lak bos no 2.lepas ja aku bgtau kat bos no 2, bos no 2 suh aku bgtau balik kat bos besar..arghhhhh!!!!!fedup nya!!nak je aku jerit 'Tolong jadi profesional skit...!!!'tapi aku sedar la yg kedua-dua diorang ni bos aku...kekadang tu, aku tepikir lak, aku ni pengurus syarikat atau pengurus peribadi diorang?bukanya diorang xleh call direct jer..kenapa mesti melalui aku?dah la aku ni byk lagi keja yg nk kena wat..akaun nak kena semak, gaji staf nak kena cek, penyata pendapatan nak kena semak, mcm2 lagi la..hal gaduh2 ni bila dibawak ke tempat kerja, susah bykla...susah dari segi komunikasi..hurm...xtaula smpai bila diorang nak perang mcm nie...

Hari ni hujan lagi kat perlis..tetiba je sayu je hati nie..aku ni mmg lain mcm skit kalau hujan..rasa sayu n rasa tenang tu dtg silih berganti..aku suka tgk air hujan yg turun renyai2..mcm ada satu keindahan kat situ..korang penah rasa?dan satu lagi kesukaan aku time hujan nie, keluar bersiar2 lepas hujan berhenti..best oo...blues jer rasa...dulu masa kecik2, aku suka kayuh gerek (basikal) ke sungai kat kg sebelah.lepak situ sambil tengok sawah padi..tenang gila...skang ni, aku dah xda masa nak pi tempat2 mcm tu..sibuk sgt...sb tu la kot yg wat aku penat..kan?

Monday, February 23, 2009

aku dan INFINITY...!!


Yehaa!!!finally, hujan dah turun kat bumi kayangan nie..dah lama aku xtengok air hujan kat negeri perlis ni..kira bestla bila hujan dah turun ni. rasa nyaman jer..hujan yg pertama turun kat perlis ni jugak telah buatkan aku basah kuyup..bukan sebab aku main hujan..tapi aku atas motor time hujan turun..huhu..lagipun aku dah basah peluh time tu..(sb baru lepas traning badminton..)so, aku xkisah sgt ttg basah tu. yg penting, aku smpai umah..hehe..

Aku ada sebut pasal traning badminton kan tadi..?lately, aku mmg bz skit..bz dgn kerja n bz dgn traning badminton..bukan apa, 08032009 nanti, aku ada friendly match dgn Naza Motor di gurun Kedah. so, kenala traning betul2..mmgla ni friendly match tapi match ni penting utk team baru mcm team ni untuk memulakan langkah..mesti korang (terutamanya jitegha blogger) tertanya2 team apa aku join kali ni..kan?ala...kalau korang xtanya pun, aku nak citer gak..hoho!sebenarnya, ni team BAKEP perpustakaan Awam Negeri Perlis. tpi disebabkan 'ketidakprofesionalan' BAKEP, maka kebanyakkan ahli pasukan yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Awam Negeri wat keputusan untuk bergerak sendiri. maknanya, BAKEP BADMINTON TEAM dah dibuka penyertaannya kepada orang luar.bila dah keluar dari BAKEP, maka nama team pun dah ditukar..dah xguna nama lama..nama baru team ni ialah INFINITY BADMINTON TEAM yang dikelolakan oleh En Azham Arrif selaku Manager Pasukan, Jurulatih Pasukan dan juga pemain perseorangan utama pasukan..gambar baju tu adalah jersi rasmi pasukan (aku yang design tu...huhu)...selaku team baru, mmg byk menda yg nak kena belajar. terutamanya belajar bermain dalam satu pasukan..mencabar mental oo main berpasukan ni..kalau team tengah seri dan harapkan kita utk dptkan mata kemenangan, mau ketaq (ketar) kepala dalam gelanggang orang yg main tu..dasyat kan penangan jadi org harapan ni..huhu..

Team ni terdiri daripada beberapa pemain yg mempunyai latar belakang yang berbeza..ada yang pernah wakil Unimap, UiTM, wakil kelab lain dan ada yang xpenah beraksi utk mana2 pasukan sebelum ni..jadi, tindakan pertama En Azham adalah mendedahkan semua pemain dengan situasi pertandingan..bila dah terdiri daripada pelbagai latar belakang ni, maka akan wujudla pemain yang akan menjadi pemain utama. untuk pemain utama pasukan ni (lelaki) ialah Azham, Nazri, Husainy, Fariq, Rizam (aku la tu..hik2!), Kamarul, Rahman dan juga Hafiz @ Matnouq. matnouq ni partner aku dlm regu..tapi sekarang ni dia kat pasir gudang..so, terpaksala aku digadingkan dengan kamarul lak..ok, tu pemain utama. pemain-pemain lain mcm Taufiq, Faris, Haizy dan Jan pula merupakan pemain yg boleh dianggap sebagai pemain yg sedang meningkat naik dan boleh dijadikan pelapis utk team ni. team ni pun ada gak penglibatan dari golongan pempuan..untuk yang pempuan ni xder pemain utama. kirannya semua adalah pemain utama la senang kira..huhu..antara pemain perempuan adalah seperti Eton (aku xtau nama betui dia apa..hik2), Kak Ti, Mar, Fariza, Ieja, Ieta, Mai dan Zura.

Disebabkan ni team yang baru nak menapak, jadi kami ni xdala di taja oleh sesapa...yela..awal lagi kalau nak minta ditaja pun..xpenah join mna2 game lagi setakat ni..(sebab xda game yang boleh dijoin..)mungkin nanti bila kami dah maju n dah kuar paper, barula kot ada penaja..huhu..team ni boleh juga dikatakan sebagai team alternatif untuk anak muda Melayu khasnya untuk kembangkan sayap dalam arena badminton nie..budak melayu bukan xhebat..tapi diorang xder cabang untuk membolehkan diorang melangkah lebih jauh..nanti aku akan add lagi post ttg team nie...hehe..tungguuu...!!!!

GO....INFINITY!!!!!!

Friday, February 13, 2009

Hai...dah lama aku xtulis kat blog ni..bukan apa, mcm xda org baca pun.tu yang aku rasa malas nak tulis tu..hehe..tapi, aku tulis kali ni sebab aku rasa rindu lak menulis..biarla org xbaca pun..aku xkisah..asalkan hati aku senang..kan?

Bagi korang2 yang berada di luar Negeri Perlis, aku cuma nak bgtau korang yang sekarang ni, tempat aku ni tengah kemarau..panas tu xpayah cerita la..mau merelit (Berkilat) kulit ni kalau dok berjemur tengah panas..time2 mcm ni, penoreh getah pun dok rumah jela..xleh nak wat apa2 sebab musim kemarau, susu getah dah xder..mcm manala diorang nak cari makan..kan?ok2..berbalik pada musim kemarau ni, apa yang uniknya dengan musim kemarau kat perlis?ha...kalau nak tau, bila kemarau ja, angin akan bertiup dengan kencang..orang-orang tua ckp, ni ANGIN TIMUR.aku pun xtaula angin ni mai dari mana..timur ka barat ka...aku iyakan jela bila orang-orang tua ckp. selalunya jugak, musim kemarau mcm ni jugak adalah musim menuai padi.huish!time-time mcm ni, petani-petani padi mau kerenyih (senyum @ sengih). yela, sb depa akan dapat duit hasil tuaian padi. ni kalau arwah tok aku dok ada lagi, mesti dia akan hulur seratus dua kat cucu dia nie..hurm..

Kalau ampa nak tau jugak, lepas ja sawah padi tu dituai, budak2 muda dan juga org2 tua akan bermain wau dalam sawah tu..sekali tgk, mcm dok kat kelantan dah. selalu time aku balik dari opis, mesti bersepah orang kat sawah..tengah main wau..best ke main wau?aku xtau la..jgn tnya aku..penah juga driver tempat keja aku ajak pegi main wau..orang2 mcm aku ni (konon2 moden la..) bukan xmau main wau..tapi aku xreti mcm mana nak main..dan yang paling penting sekali, apa faedahnya main wau nie?kalau main badminton, aku sanggup ja..xkira mana tempat dan bila masa, aku akan redah..hehe..sb badminton ni ada matlamat. kalau main wau ni apa matlamatnya ek?ampa tau dak?kalau tau, bgtau la aku...huhu..tapi serius la ckp,kalau ampa mai perlis, ampa akan tgk byk wau berpeleseran di langit biru..bagi yang minat dgn benda2 mcm ni, mungkin dia tau akan sesuatu yang kita semua xpenah nak tau atau nak amik tau selama nie..he...

Sunday, February 1, 2009

Sesuka hati...

Diam tak diam, dah sebulan aku jadi manager...company tu ada macam-macam masalah semasa di bawah pengurusan manager lama..so, keja aku dalam sebulan lepas adalah mencuci 'jamban' si manager lama..hurm..agak kasar perumpamaan yg diberikan. tapi, itulah hakikatnya. dengar-dengar cerita, ex-manager tu anak sedara pengarah..he..nak tergelak pun ada aku..masa interview dulu, pengarah ni beria-ia cakap dia percayakan anak sedara dia tu..he..kesimpulannya, dont trust anyone..just trust ur heart..petua yg selalu aku guna..sebab tu ramai org yg xkenal betul dengan aku akan cakap aku ni garang dan sombong..tapi aku ni xsombong pun..ramah jer..huhu..

sepanjang aku uruskan syarikat ni, pendapatan syarikat dah meningkat..dah cecah Rm 10k sebulan..2nd bos aku selaku ckp ni mungkin rezeki aku..(dia kata aku ni pembawa rezeki...huhu). tapi, aku dah biasa dengan keadaan mcm tu. penah ker korang alami peristiwa ni, pegi kedai yang xder orang, bila korang masuk jer, tetiba ja kedai tu jadi ramai..penah ker?mungkin ada yg penah..aku dah selalu sgt alami peristiwa ni. aitu, aku penah pegi kedai makan kat kangar ni, sebelum aku duduk, xda orang lgsung kedai tu..tukang masak n pelayan cuma tgk tv ja..bila aku duduk n order dah dipesan, tetiba ja kedai tu penuh dgn orang..bila tiba time aku nak bayar makan, makcik kedai tu xnak amik bayaran aku. dia ckp, aku bawak rezeki kat dia..huhu..makan free aku malam tu..aku ada gak keja kat kedai makan ni, tokey tu ckp, lepas ja aku berenti, org dah xramai mcm masa aku kerja dengan dia..hurm..betul ke aku ni pembawa rezeki?tpi, aku dok rasa mcm aku ni xmurah rezeki pun...huhu..xtaula..mungkin semua tu dah ditakdirkan kan kot...kan?

Thursday, January 15, 2009

Salah Siapa..??

Dewasa ini, media massa samada media eletronik atau media cetak seringkali ceritakan tentang keganasan puak yahudi di Semanjung Gaza. memang xdinafikan, hati aku tersentuh dengan penderitaan saudara kita di sana. Tapi, apakan daya..aku ni cuma manusia biasa. cakap2 aku ni, sapala nak dengar..len la kalau aku ni presiden OIC ker, apa ka..tpi, pertubuhan-pertubuhan tu pun xleh wat apa2 juga..hurm..ni la masalahnya bila kebanyakkan negara terlalu bergantung pada Negara sekutu israel..yer..Amerika..sapa lagi..kan?

Tapi, dalam dok nak salahkan amerika n pertubuhan2 lain yang 'xmampu' nak wat apa-apa tu, meh kita tgk sapa yang salah sebenarnya..bagi aku la, pemimpin di palestin pun sama juga. diorang gagal menyatu padukan penduduk palestin. bila dah sesama sendiri pun asyik nak bertelagah, musuh islam pun dengan mudah akan masuk menyerang. cuba bayangkan kalau semua penduduk palestin bersatu, mesti diorang jadi kuat.kan?pastu, negara-negara Arab pun bersatu membantu..mesti palestin dan rakyatnya akan dapat diselamatkan..hurm..aku xtau la pendapat aku ni betul or x..ni cuma pendapat dari seorang rakyat yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat negara..huhu..sama-samala kita pikir..TAKBIR..!!!!!

Saturday, January 10, 2009

Malas.....

Malas..satu sifat yang aku rasa ada pada semua manusia..cuma mungkin tahap malas tu berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain..kan?tak dinafikan, setiap manusia yang dilahirkan ke atas dunia ni telah pun ditetapkan takdir masing-masing. bergantung pada manusia itu sendiri macam mana nak ubah kehidupanya..rajinkah manusia itu mengubah hidupnya? atau hanya menyerahkan segalanya pada takdir..?jika manusia itu hanya menyerahkan segalanya pada takdir, adakah manusia itu dikatakan sebagai malas?bolehkah manusia itu melawan takdir?hurm..pelik kan?

Kadang-kadang, aku tertanya sendiri, macam mana nak ubah nasib kita..dari yang miskin jadi kaya, dari yang jahil ke orang yang mempunyai ilmu dan macam-macam lagila...dari yang aku perhatikan, orang miskin bukan sebab malas. aku xpenah lagi tengok orang miskin duduk rumah sambil goyang kaki (kalau ada, aku taktaula nak ckp mcm mana..huhu).diorang tetap rajin berusaha. memerah keringat demi sesuap nasi dan sesudu air..tapi kenapa diorang tetap miskin?pelik kan?yang kaya semakin kaya..yang miskin semakin miskin..sebab oran tu MALAS ke dia jadi miskin?dan orang-orang kaya tu RAJIN sangat ker??

Thursday, January 8, 2009

Streamyx in da house..!!!

Hehehe..finally, rumah aku kat kg dah ada internet...leh la update blog selalu..hurm..tpi tula..bertugas sebagai manager ni mmg memenatkan..terkejar sana..terkejar sini..bila uruskan company yang berorientasikan MONEY, apa yang paling penting untuk dijaga adalah CLIENT..mcm2 peragai diorang nie..kadang2, call aku tengah2 malam..bukan diorang xtau time tu bukan time keja..mcm nak je aku offkan kedua2 hp company nie..baru pueh hati..tapi, layan peragai orang2 mcm ni, best jugak..hehe..dapat belajar bahasa perlis (bukan aku xpandai, cuma xberapa mahir)..sejak keja ni, aku dah tdo awal..cuma malam ni jer aku xleh tido..(teruja sb dah ada internet kat umah..)hehe...okla..so, sesapa yang nak berbual secara direct dgn aku, leh add aku di ym..ni id aku..(inkaysrider84@yahoo.com.my)..nanti aku tulis lain..dah ngantuk nie..