Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 28, 2008

aku dah BEKERJA..???

Aku dah bekerja??ya...aku dah bekerja..hehe..hampir sebulan aku buang masa di perlis..akhirnya, penantian aku membuahkan hasil..xtaula mcm mana aku tergerak hati nak pegi kat kawasan tu..(sebenarnya nak pi tgk barang badminton kat AMR SPORT)..tetiba je terpandang akan iklan jawatan kosong..tanpa pikir panjang, aku terus serbu kedai tu..(pada mulanya aku igtkan tu kedai, tapi rupanya tu opis)..lepas bertanyakan itu ini, tetibe je bos tu ckp, 'kami terima anda, anda tahu apa jawatan anda??'..terkulat2 aku nak jawab..dengan muka xbersalahnya, aku jawabla..'pembantu kedai..?'..berderai gelak tawa diorang..huhu...aku ada wat lawak ker?ke jawapan aku tu jawapan yg agak kurang cerdik??(kat iklan tu, xder tulis jawatan apa, cuma tulis JAWATAN KOSONG).herm..rupa2nya, jawatan yg diofferkan kat aku tu jawatan MANAGER..yer..PENGURUS dalam bahasa melayunya...terkedu aku jap..aku igtkan jawatan biasa2 ja..xsangka lak jawatan tu tinggi sgat..diorang amik aku sb aku ada degree..hehe..walaupun di luar bidang pengajian, tapi diorang yakin, produk uitm bermutu..(bos aku yg ckp, bukan aku)..so, secara rasminya, skang ni aku dah bergelar pengurus kepada sebuah company yang bernama Water Tech Resources Sdn.Bhd..(mcm xcaya ja..kan??)

Herm..tpi bila aku pikir2 balik, mampu ke aku handle semua nie..??xpenah terpikir pun aku nak jadi manager..aku cuma terpikir nak jadi pembantu gerai makan, tukang pam minyak, lap body ketapi dan mcm2 lagi la..ni x, sekali dapat, terus jadi manager...huhu..mcm mana yer kawan2?bolehkah aku?hurm..kenala cuba dulu..kan?kalau xcuba, xtaula aper cerita nanti..betui x?hehe..sebelum dpt keja ni, aku try jugak la cari keja lain..tapi biasala..ayat standard (maaf ye encik, kami perlukan pekerja perempuan..')..huh!ayat standard utk reject aku..apala..mcm mana la org2 laki nak jdi insan berguna..tu yg byk jadi mat rempit tu...hurm..naper ek, majikan lebih gemarkan pekerja wanita..??tpi xperla, nasib bek aku dah dapat keja..berkat dari kesabaran aku..1 januari 2009 ni, bermula hidup aku sebagai seorang manager...ekekek (mcm poyo jer..)sebelum ni dok mengaji ja..(belajaq @ belajar)..alhamdulillah...leh la aku support family aku..(banggannya...!!!)

Tuesday, December 2, 2008

Aku dan Politik...

Im Back!!!!hehe..xsangka kan aku akan kembali..walaupun untuk seketika, tapi aku akan tetap posting topic baru..herm..sebenarnya, aku xsuka nak sentuh isu-isu politik dalam penulisan aku..tapi, keadaan politik di Malaysia sejak akhir-akhir ni watkan aku mula terpikir akan sesuatu..yer..aku dan Sesuatu...'Sesuatu' tu boleh memberi maksud yg pelbagai dan mampu refer kepada apa jua perkara yang terdapat dalam dunia ini. betapa uniknya 'sesuatu' itu..kan?

Ada banyak sebab naper aku xsuka politik..yang pertama, sebab aku xpandai sangat dalam bab-bab politik ni. kalau aku faham dan bijak pandai dalam politik, dah lama aku jadi presiden amerika sb presiden kat sana paling xbetul sekali.hurm...dengan akal yg xseberapa banyak ni, (memori almost full), aku cuba jugak la pikir2 tentang politik ni. betul or tak, itu pendapat masing2..kita kan negara demokrasi..kan?

Mungkin ada di antara kita yang xfaham..mungkin kita mahu cuba memahami segala perbezaan yang terbentuk, mungkin juga kita cuba untuk faham..tapi xpenah nak faham2..(korang paham ker..??)perkara yang selalu kita hadapi sekarang ialah kenaikkan harga minyak (sekarang dah turun..terima kasih kepada pihak kerajaan), harga makanan dah naik dan isu penganguran di kalangan rakyat Malaysia. manakala, perkara yang selalu kita nampak pula ialah janji2 palsu pemimpin, kata-kata yang hanya untuk meraih sokongan padu dari rakyat yang dahagakan perubahan dan juga bantuan demi sesuap nasi dan sesudu air..kadang2, kesilapan yang kecil pun akan dipandang besar di saat harapan tinggi yang di amanahkan kepada pemimpin-pemimpin tidak dapat mereka laksanakan..tanggungjawab memimpin itu amat besar..risiko juga amat tinggi..kerana setiap kesilapan dalam membuat sebarang keputusan, semua orang akan menangung akibatnya..lebih menydihkan, ia memberikan kesan kepada orang yg dah sedia susah. bila keadaan mcm ni terjadi, mereka akan mula marah dan berpaling kepada orang yang nampaknya boleh membantu walaupun mereka tau risiko yang perlu ditanggung adalah terlalu tinggi.

Aku rasa, kemajuan dan pembangunan malaysia masih lagi tak cukup..kejayaan ahli politik memiliki rumah-rumah besar pun masih tidak cukup (jika semuanya diperolehi dgn cara yang tidak jujur..). sebenarnya, seperti yang aku mula2 tulis tadi, aku xberapa suka nak sentuh isu politik dalam penulisan aku..aku minta maaf kalau ada pembaca-pembaca yang masih belum boleh mengundi xpaham dgn apa yg aku cuba smpaikan..cuma aku berasa sedikit tersentuh dengan keadaan politik sekarang..akan hak2 istimewa yang semakin terhakis atau bakal hilang akibat kesilapan percaturan pemimpin DAHULU, SEKARANG atau bakal pemimpin di MASA HADAPAN..mungkin aku yang silap dalam memberi pendapat..(entahla..)cuma nak pesan, 'KITA PERLU JAGA AGAMA, MARUAH, AMANAH DAN WARISAN..JGN DIGADAI WALAU SETINGGI MANA PUN HARGANYA. BARULAH BANGSA KITA AKAN DIHORMATI..'Hope for the best...

Wednesday, November 26, 2008

Coretan Terakhir..??

Hurm..coretan terakhir..mungkin..sb aku dah nak balik ker perlis..kat sana, aku xder kemudahan internet ni..kalau nak, kena pegi cc..huhu..xpela..lagipun, aku tulis ni pun sebab aku dapat respon dari post aku yg sebelum ni (farewell..). xsangka, penulisan aku kali ni dah watkan seseorang tersinggung..bagi aku, dia xperlu nak rasa tersinggung kalau dia anggap aku sebagai kawan baik dia..kenapa perlu dipertikaikan semua nie?walaumcmanapun, aku tetap nak MINTA MAAF kalau apa yg aku tulis watkan sesetengah pihak tersinggung..tu cuma coretan aku..coretan dari sekeping hati yang SEPI..

Betul la org ckp, KAWAN xkan selamanya jadi KAWAN..dan LAWAN xkan selamanya jadi LAWAN. benda ni terpulang pada diri kita untuk menilai erti sebuah persahabatn..erti sebuah keakraban..herm..aku mmg rasa bersalah pada somebody..aku xkan mention nama dia kat sini..aku xmau keruhkan lagi hubungan yg baru je keruh semalam..xpela..lagipun, lepas ni, kita akan bawak haluan masing-masing..mungkin akan jumpa balik sebagai rakan sekerja, or mungkin sebagai pesaing..semua tu, kita xkan tau dan semuanya juga dah tertulis dalam suratan.pesan aku pada kawan-kawan..TABAHKAN HATI, PASTI MIMPI AKAN DIKECAPI..selamat tinggal...

Tuesday, November 25, 2008

Farewell...?!

Herm..semalam, aku ada farewell party yang dianjurkan oleh budak2 kelas aku..tapi aku tak pegi pun..bukan apa..aku cuma rasa xselesa. bukan aku xhargai kawan..bagi sapa yang kenal lama dengan aku, diorang akan tau mcm mana aku layan kawan2 aku..semangat setia kawan dalam diri aku terlalu menebal. Baktiar, kawan masa diploma aku dulu, masih lagi berkawan dgn aku.aku xpenah pikir tentang diri aku n i never say NO when my friends asked for my help. semuanya aku tolong selagi aku mampu. aku memang xpernah tolak permintaan orang. aku memang dah lama pendam benda ni..tapi, bila aku dituduh sebagai TIDAK HARGAI KAWAN, aku rasa aku perlu bgtau apa yang aku rasa..

Sejak dari aku mula masuk sini (sekitar tahun 2007), aku cuba make friends dengan budak2 kelas aku. tapi, aku tetap alone..life aku kat sini cuma keluar rumah, pegi kelas..keluar kelas, balik rumah. aku xpenah pun diajak untuk lepak2 dengan diorang..xpenah pun diajak untuk makan-makan dengan diorang..sebab tu aku suka pegi site. kalau pegi site, aku leh lepak dengan diorang..cuba mengenali diorang seadanya..bila balik dari site, kehidupan aku kembali seperti sedia kala..mmgla xdinafikan, diorang pun ada cari aku. tupun bila diorang ada prob dalam komputer..aku mcm biasa, aku xpenah tolak permintaan diorang. sesiapa yang cari aku, aku akan layan sebaik mungkin sebab aku dah anggap diorang sebagai kawan aku.bukan KAWAN SEKELAS.tapi biasala..lepas je settle masalah diorang, diorang lepak dgn geng2 diorang.aku?mcm tu jela..lepak dalam bilik..mengadap pc..aku memang xda xtvt luar dgn budak-budak kelas aku.semua xtvt yg aku wat dgn budak kelas, cuma xtvt akademik. mungkin betul ckp ayu, tujuan kita dtg cni utk dptkan defree je..bukan nak dptkan persahabatan.

Sepanjang 2 tahun ni jugak, aku rasa mcm aku xwujud pun dalam komuniti diorang..mana ada diorang nak hargai aku..orang mcm aku nie, cuma boleh dipergunakan jer.yela...salah aku gak sb xpenah belajar untuk mengatakan TIDAK..kat shah alam nie, aku leh kategorikan kawan2 aku kepada 2 kategori.

1. Kawan Sekelas
2. Kawan Sepasukan (Badminton)

Aku xder kawan yang boleh dianggap sebagai SAHABAT disini. kecuali kawan yang aku kenal sejak dari Seri Iskandar. tupun, aku xpenah diajak lepak sesama..yela..diorang semua ada komitmen dgn insan tersayang..he..alone lagi la aku kat rumah. kepada rakan2 sekelas, aku xpegi farewell party semalam bukan sb aku xhargai korang..tapi sb aku xselesa nak berhadapan dengan korang. aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati korang sepanjang 2 tahun aku kat sini. halalkan makan minum aku. FAREWELL BUDDY..!!

Monday, November 24, 2008

My Black ..

'Black..'itula nama yg aku bagi kat motor aku tu..budak-budak ni pun dah biasa dengan panggilan nie..diorang bukan lagi sebut 'motor' or '125z ' lagi dah..tapi dah panggil Black..jgn panggil hitam lak..xgelemer..hik2.. dulu masa aku amik, motor ni warna merah putih..merah tu dah ok..tapi tang putih tu yg xberapa nak berkenan sgt tu..suci sgt..huhu..leceh n cepat kotor bak kata kawan2 aku..lama jugak la aku pakai merah putih nie..dah dekat 1 tahun setengah. sem ni je aku tukar pakai warna hitam..ada gak budak2 ni menentang..diorang ckp, xpenah dibuat dek orang 125z kaler merah hitam. diorang syorkan aku pakai all black..hah..elok la tu..dah la tuan dia pun agak2 'black', ni nak suh aku pakaikan suite all black kat motor aku. ada ka patut?xpatut kan?aku nekad, tanpa sokongan kawan2 (sebnarnya, aku xperlukan sgt pun pendapat diorang), aku tukar gak merah n hitam. bila aku bawak balik ke rumah, baru member2 aku tau yg merah + hitam akan menhasilkan satu kombinasi yang cukup menawan..anggun..dan agak 'ganas'.hehe..orang ada ckp, kalau nak kenal mcm mana peragai dan tingkah laku seseorang itu, tengokla pada motornya (sapa yg ada keta, tgk keta la..). dari situ kita akan tau org tu pembersih or tak, jenis sopan or tak dan lain-lain lagi la..benda2 ni, ada relevantnyer..korang pikirla sendiri..aku dah malas nak pikir..hahah..

Berbalik pada kawan aku tadi, lepas je dia tgk motor aku, dia pun nak tukar jugak suite 125z dia.huh!aku awal2 dah warning..'jangan sesekali ikut warna motor aku'.aku mmg xsebulu dgn mamat ni..bukan apa, kerek semacam jer. aku pakai 125z, dia pun beli 125z. dahla amik warna merah. pastu cakap aku yang tiru warna motor dia..(sepatutnya, tu dialog aku utk dia).huhu..gila apa..aku yg beli dulu, pastu ckp aku yg tiru dia.memang xpatutla kan?si Black ni pun, xla byk sangat ragam dia..ok jer..xmenyusahkan aku langsung. kalau ttg bahan bakar tu, memang terasa gak la jika nak dibandingkan dgn kriss..tapi dah aku minat yang ni, jadi aku hadap je la..hahaha..

Kenapa aku minat dengan motor ni?herm..aku terpaksa la mengaku, aku minat motor ni sebab design dia..keluaran pertama 125z sekitar tahun 2000 tu cukup cantik. Selain tu, aku sukakan kelajuan. dan pada masa tu darah masih panas. motor ni mmg laju la time tu..mana ada motor kapcai yang ber CC 125 time tu.Suzuki RGV pun 120 ja CC dia. tapi, 125z yg keluaran selepas keluaran pertama ni dah dikurangkan kelajuan dia. nama jer 125z, tapi CC dia xsmpai 125 pun. (motor aku keluaran pertama, jadi CC dia mmg 125..hehe). ni semua seba budak2 salah guna motor la..wat pegi berlumba..aku?uish!mana ada..aku baik jer..paling slow pun aku bawak 150km/h. tu paling slow la..hohoho..tapi tu dulu la..skang ni dah tua, kena la perlahan2 bawak motor..ala..xlaju mana pun..dalam 40km/h jer..huhu..sopan kan aku d jalan raya?(contohilah saya..)

Tapi, Black ni bukan motor pertama aku..sebelum aku pakai Black ni, aku pakai Suzuki RGV 120. aku beli 2nd hand jer..xmampu nak beli baru (Black pun motor 2nd hand). tapi aku pakai RGV tu xlama..kejap ja..dalam 5 bulan..bapak aku jual kat kedai dan amik motor kriss untuk mak aku..huhu..yela..mak aku lebih pentingkan motor time tu..xkan nak suh mak aku nak RGV tu lak..uish!xsesuai langsung makcik Azizah ampa naik motor tu..lepas dari tu, aku dah xder motor..pegi mana2 je, tumpang kawan..xpun tumpang Raju (nama drebar bas sekolah kat tmpat aku).huhu..sedey la..jiwa muda..tapi naik bas..jalan kaki, naik basikal..huhu..nak wat mcm mana, nak beli lain, xmampu..sampaila aku dapat tawaran masuk uitm shah alam (selepas aku tamat di Uitm Perak), barula aku dapat Black..xsia2 aku bersabar..akhirnya, motor idaman menjadi milikku..hehe..i love u bBack!

Wednesday, November 19, 2008

menghitung hari...

Mengitung hari...detik demi detik...lalalala...(lagu kris dayanti, tapi aku xigt lak lirik lagu dia,,).xpala..bukan nak citer pasal lagu tu pun..herm..aku skang ni dah abis final exam..exam terakhir aku sebagai pelajar (harap2, lepas la semua). so, skang ni, aku cuma menghabiskan masa-masa terakhir aku sebagai seorang pelajar. bukan tidoq jer..kena repair tesis la..huhu..27 hb ni hantar..lepas tu, aku akan balik ke perlis..tak sabar pun ada..lagipun, aku ada friendly game kat sana..(badminton). xtaula mcm mana..main je la..hahah..aku xder idea nak menulis ni sebenarnya..aku cuma kebosanan.rumah aku tinggal berdua ja nie..huhu..yg sorang tu lak, kerja kat 7e. so, tinggal la aku keseorangan..huhu..nak wat mcm mana..dok jela sorang2..

Sekarang ni, aku rasa mcm aku dah dapt sesuaikan diri dok sorang2..mmg susah nak sesuaikan diri dengan kesunyian nie..tpi, satu jer prob aku..aku ni jenis suka bercakap..tpi tula..nak ckp dgn sapa ek..hurm..nak ckp dgn kucing, kang org ckp aku ni gila lak..nasib baikla budak2 kelas aku selalu online..tu yg aku kacau diorang tu..antara mangsa2 yg selalu aku ajak bersembang dalam ym adalah Ayu, Kak Ruzi, Jitegha Blogger, Suria (bukan suria perkasa hitam, tpi Suria Erwin) dan x ketinggalan, ct aishah. tpi, kdg2 diorang pun lyn aku.huhu...time tu aku mula la xsenang duduk..nak keluar merayap, xder member lak nk diajak kuar..aduyai..last2, terpaksa la aku ddk juga kat umah..wat la apa2 yg patut..dah xlama dah nie..aku dok hitung2, ada lagi dalam 5 hari sebelum kedatangan 27 hb..yezza!xsabarnya..hehe..


Wednesday, November 12, 2008

Reverse Story...

Semalam, sebelum aku tido, aku mencongak2 hari..dah dekat dua tahun aku kat shah alam ni..hurm..lama jugak aku kat sini. tapi tak pernah rasa pun..rasa macam baru semalam jer aku jejakkan kaki aku kat shah alam ni..ni pun sebab aku sambung belajar.kalau tak, xder nyer aku nak duduk sini. bila dah pikir-pikir macam nie, aku teringat lak peristiwa-peristiwa yang buatkan aku sambung belajar..hm...

Sekitar pertengahan Tahun 2006

Dalam pertengahan tahun 2006, aku dah selamat menamatkan pengajian aku di peringkat diploma. masa tu, aku belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. memang aku xder niat lgsung nak lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. apa yang aku terpikir masa tu, balik kampung, cari keja. tu je.setibanya aku di kampung (kg aku di Perlis), aku terus ajak kawan aku untuk temankan aku cari kerja. memang banyak kerja time tu. tapi yang malangnya, kerja tu dikhususkan untuk PEREMPUAN..hurm..mcm mana la jejaka yang mcm aku ni nak cari keja..jalan punya jalan, last2, aku terpandang iklan TECHNICIAN COMPUTER diperlukan. aku pun, tnpa memikirkan masa depan, aku terus je pegi walk in interview tu. tu kedai melayu..kalau org perlis, tau la kedai ni. sebab ni kedai melayu yg ada di kangar time tu. aku diinterview oleh c.e.o expert millenium engeneering computer berhad.EN AZIZAN. dia tanya aku macam2.yela..aku ni kan pemegang diploma dalam perancangan bandar dan wilayah. xda kena mengena langsung dengan bidang komputer. tapi aku leh wat kerja tu. lepas je interview tu, dia bagi peluang kat aku 7 hari utk tempoh percubaan.sepanjang tempoh tu, aku mmg xpunya masalah. aku ok jer..smpaila bila aku dah kerja kat situ.baru aku tau something..rupanya, bos aku ni kaki klepet..ditipunya pakcik tu.aku mmg marah.sebab aku yang periksa komputer tu dan tiada apa2 masalah. cuma windows jer yang prob. tpi boss aku arahkan aku tukar motherboard yang berharga rm 450. gila punya orang..sesama melayu pun mau tipu. bila aku xnak wat apa yang dia suruh, dia tnya aku, 'aku bos ke hang bos..??!!!'.hurm..ni la akibatnya bila dah byk sgt makan duit haram..aku xmenjawab..aku masuk ke opis aku,aku wat notis berhenti kerja serta merta.

lepas je aku berenti keja tu, hidup aku memamg dah xda punca lagi dah..aku dah try minta kerja kat tempat lain (termasuk kedai makan, kedai runcit dll).tapi aku xdapat. aku ada gak apply kerja yang sesuai dengan kelayakkan aku. tapi aku xdapat juga.last2, aku cuma jadi petani. tolong arwah tokwan aku..menoreh getah di sebelah pagi, menabur baja di sawah di sebelah tengahari. n malam, aku turun traning badminton (yang ni mmg xleh nak elak dah..hehe). lama jugak aku mcm tu. smpai la satu hari tu, aku rasa, dari aku buang masa, baik aku smbung belajar..n aku pun apply untuk smbung belajar di uitm. sebulan selepas itu, aku dapat surat temuduga dari uitm. minta aku hadir ke temuduga seblum aku layak smbung pengajian. masa tu bulan puasa. aku dah nekad, aku nak sambung belajar. berbekalkan duit yang ada, aku pun bertolak la ke shah alam. ni adalah 1st time aku datang shah alam. aku pun xtau kat mana aku nak turun. aku xleh bayangkan yg sek 17 tu mcm mana (sb bas dari kangar akan masuk klang dan shah alam). kang kalau turun kat klang mampus aku..bila sampai jer, aku pun tanya la drebar bas tu, 'pakcik, ni seksyen 17 ker?'. drebar tu dgn bengisnya ckp 'hang nak pi mana?!kalau nak pi shah alam, ang turun kat sini..!'. adab sopan yang cuba ditunjukan oleh golongan remaja yang mcm aku ni, dibalas dgn kata2 mcm tu?mcm mana la golongan muda nak hormatkan golongan tua?aku pun turun la..n aku try call kawan2 aku yang ada kat sini. tpi biasala, semuanya buat sibuk. suruh aku pegi PAS. manala aku tau PAS tu kat mana..aku try call kawan2 aku yg dpt inview sama dengan aku. Siti Aishah dan Kak Yah..diorang suruh aku tgu kat situ.nasib baik ada kawan.pempuan pun pempuan la..huhu.bila diorang smpai jer, terus kitorang berbuka puasa kat medan sek 17 tu. pastu, kami naik teksi pegi PAS.kat ctu, kawan2 yang sama buat diploma dengan aku di Perak dulu dah sedia menanti. tapi aku rasa xselesa lak. last2, aku xjadi tumpamg tido rumah diorang.aku tido di rumah nasir ramli (member aku yg lagi sorang).

Keesokkan harinya, dah smpai masa untuk pergi interview.huhu..agak menakutkan..aku check nama aku kat list inview di FSPU, aku di interview oleh Dr Dashimah dgn Prof Hanafi.aku orang no 2. sebab org no 1 tu budak diploma shah alam..dia la budak shah alam pertama yang aku tegur (juz tnya ok ke x n bahasa apa yg digunakan dalam inview..hehe). budak ni pun sama kelas dengan aku skang ni. Ayu nama dia (xpayah letak nama penuh). masa interiview tu pun, dah ada hint dari dr dashimah yang aku dah dapat smbung. juz tgu surat rasmi dari FSPU jer..lepas je inview, aku balik ker perlis keesokkan harinya. maka, bermula la kembali rutin harian aku..(seperti yang diceritakan di atas).aku xigt baper haribulan, siti aisyah call aku ckp result untuk masuk ke UiTM dah keluar. dia dah berjaya dapat masuk. aku??huhu..time tu aku tngah tido.aku minta dia yg checkan..dan, seperti yang dihintkan oleh Dr Dashimah, aku layak untuk smbung belajar. mana nak cari duit untuk smbung belajar nie??huhu..tu la soalan yang keluar dari otak aku..kena kerja keras lagi la nie..

Alhamdulillah, berkat dari keja kuat aku (disamping bantuan dari famili aku), aku pun dah jejakan kaki aku kat shah alam wat kali kedua. kali ni sebagai pelajar UiTM Shah Alam lak..hehe..maka, bermula la rutin aku sebagai young planner...

sekitar Tahun 2007

Igtkan smbung degree ni xla susah sangat..rupa2nya, degree ni lagi susah.. huhu..projek mixed development di melaka yang ketika itu diterajui oleh Tn Syed, Prof Wan dan Prof Zack cukup menyiksakan diri aku ni. terkial2 jugak aku time tu. yela..aku xbiasa dengan persekitaran disini. masa kat sini, kami hidup berpuak2..puak seri iskandar, puak shah alam dan satu puak minor iaitu puak stpm. biasala, baru kenal, so malu2 la nak tgur menegur nie.hehe..hidup aku pun dah terurus kat sini. kerja berlambak2. xder ruang dan peluang untuk dada berasa lapang. aku rasa mcm dah giveup pun ada time tu. nasib baik aku ni orang yang tabah. aku teruskan jer apa yang dah bermula..

nasib baik la aku lulus sem 1st tu. naik jer sem baru, projek RSN Pahang..aku satu sektor dengan ieja dan erwin. sektor perumahan dan perindustrian. Projek ni agak2 relaks..hehe..xtaula kot2 aku yang wat relaks.huhu..senang kerja dengan budak dua orang ini. boleh bertolak ansur dan bertoleransi..tahun 2007 ni xbanyak sangat perkara yang berlaku. biasa jer dan dah jadi adat resam kerja berkumpulan, mestila ada gaduh2 skit kan.tpi, semua tu la yang buatkan kami semakin rapat dan mula mengenali antara satu sama lain.

sekitar Tahun 2008

Tahun ni mmang banyak kenangan nya..arwah tokwan aku kembali kepada Dia pada Februari 2008. herm..aku memang sedih. tapi aku langsung xmengeluarkan air mata. aku berbangga dapat tokwan macam dia. tokwan yang pemurah, xpenah nak berkira. projek studio time tu projek RTD Kuala Lipis. kali ni aku budak landuse. sektor yang paling utama dalam sebuah projek RTD. huhu..memang berat kerja ni. semua orang xnak sektor ni. tapi aku terima sebab aku nak rasa mcm mana keperitan dia..(MEMANG PERIT..!!). tapi, nasib baik la kawan2 aku semua handal2. leh la belajar dari diorang..

so, skang ni sem last aku..aku wat tesis..banyak aku post tentang tesis disini. jdi, xperlu la aku citer lagi. hurm..xsangka sungguh aku, kejap je masa berlalu. kepada kawan2 aku, xtaula lepas ni kita akan berjumpa lagi or x. tpi, kalau ada rezeki, kita ttp akan jumpa lagi kan?he...

Monday, November 10, 2008

V.I.V.A Part 2

Pertama sekali, aku nak panjatkan kesyukuran kepada Illahi..kerna dengan limpah kurniaNya, aku dah LULUS tesis...hehe..Alhamdulillah..aku baru balik dari viva ni.ketaq kepala jugak la tadi. macam-macam soalan yang ditanya..dan macam-macam jawapan yang keluar dari kepala otak aku. yela..in order to defend my self and my thesis..hehe..last2, Tuan Syed wat pengumuman yang tesis aku diterima oleh jabatan.pergh!!!time tu rasa mcm nak melompat jer..nasib baik aku ni sopan santun..so, kenala jaga adab..hehe..

Bila aku lulus jer tadi, wajah pertama yang aku nampak, wajah emak aku..jap lagi nak call dia. nak bagitau khabar gembira nie..he..akhirnya, anak bujang dia dah abis belajar (harap2, exam lulus semua la). lepas ni, kalau org tanya dia apa aku wat skang, xla jawapan yang sama sejak 5 tahun lepas je dia jawab. asyik2 jawab 'anak aku yg tu do belajaq lagi..'.lepas ni dah kena tukaq statement la..tapi, kena cari keja dulu.baru leh mak aku wat statement..kang nanti dia ckp 'anak aku dok tidoq kat umah, menghabisnkan beras ja'..ekekeke..harap2 aku xlah mcm tu kot..aku nak kena keja ni..banyak benda yang tunggu aku. nak sara famili..nak sara adik perempuan aku yg comel-comel tu. nasib baik adik laki aku dah keja (polis),so xla rasa beban sangat.

okla..aku rasa, setakat ni je kot dulu..aku nak pegi makan la..lapaq gila nie..dari siang semalam aku xmakan..xder selera.penangan ViVa la katakan..hehe..

Sunday, November 9, 2008

V.I.V.A Part 1

Viva..apa itu viva..?huhu..aku pun xberapa pasti viva tu dtg dari mana perkataan dia.tpi yang aku faham, viva tu mcm presentation atau boleh dikatakan sebagai temuduga. herm..sekarang ni, budak planning tengah 'ketaq kepala' dok pikir pasal viva. termasuk la aku. arini jer, lebih kurang 25 org rakan2 seperjuangan aku yg viva. aku?aku esk..111108.aku pun ketaq kepala gak nie. tadi aku pi la fspu tu. saja nak jenguk kekawan yg viva.sepanjang aku dok situ, muka kawan2 aku sumanya ketat jer.serius bebenor..serio teman nak bergurau senda (Bahasa Perak..ekeke). tpi, muka ketat tu masa sebelum viva la. lepas ja keluar dari bilik viva, muka masing2 mcm dikurniakan Nur. bercahaya..senyum memanjang..tu tandanya dah lulus tesis la tu..Tahniah la kepada kawan-kawan aku tu. mknanya, diorang ada masa lebih kurang 7 hari saja lagi untuk bergelar PELAJAR. lepas ni, mungkin akan bergelar Pegawai Perancang..xpun bergelar penganggur..(minta dijauhkan la status yg satu ni).

Sebenarnya, aku tgah risau pasai viva ni. tpi aku pun xtau nak buat aper2 dah..dah print tesis utnuk salinan diri sendiri, dah hafal kepentingan kajian, kaedah kajian dan findings..hurm..apa lagi ek nak wat..tawakal je la.semoga, dipermudahkan segala urusan aku esk..amin yarabbal alamin..

Saturday, November 8, 2008

Syarat-syarat untuk belajar di Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah..

Tadi aku dok belek2 syarat kemasukkan uitm. aku cuma tumpukan perhatian kat syarat untuk masuk ke Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (department tempat aku belajar). kalau diikutkan syarat tu (untuk diploma), calon dikehendaki memperoleh kredit dalam bahasa melayu dan matematik..dan dikehendaki untuk hadir ke ujian melukis dan temuduga..herm..mudah jer kan syarat nak masuk belajar ke department ni..tapi, korang mesti xtahu, disebalik syarat2 am tu, ada syarat2 yang tersendiri yang sengaja disembunyikan..nak tahu syarat2 tersirat tersebut..?lets check it out!!!

1. Calon mestilah seorang yang TABAH (hurm..syarat yg xramai org ada..kebanyakanya akan give up di pertengahan jalan)

2. Calon mestilah seorang yang TAHAN MAKI (bukan nak cakap lecturer kat sini kuat maki, tpi mungkin tu kaedah yg sesuai kot nak ngajar..huhu)

3. Calon mestilah seorang yang KUAT FIZIKAL (syarat yg ni memang teruji, sebagai planner, byk tempat yg nak kena pegi..dan xda masa nak tido.letih-letih..)

4. Calon mestilah berkebolehan untuk wat keja LAST MINUTE (haha..syarat yg ni mmg kelakar..tpi tu la hakikatnya, budak2 planner mampu wat keja lastminute atau dalam bahasa yg agak sopan, mampu bekerja DIBAWAH TEKANAN..)

5. Calon mestilah seorang yang BERKEBOLEHAN (huh!jgn igt nak jadi planner ni cuma tau wat keja planner jer, korang kena pandai serba serbi. cthnya, menari, berlakon, menipu, tikam belakang kawan, pasang skandal, mengorat,dan yang paling penting sekali, DAN LAIN-LAIN LAGI)

aku letak lima jer syarat2 yang tersembunyi tu..bukan aper, syarat2 ni sering berubah2 mengikut MASA, MANUSIA dan DIRI kita sendiri. so, prepare urself if u want to join us..!!!

Wednesday, November 5, 2008

Ayuh BANGUN..!!

Cuba renungkan hari kehari..Malapetaka disana sini..Bencana dan dendam juga pergi..Tapi pastikan kembali lagi. kita masih diawang-awangan, merayau dengan kemewahan, hasil usaha peninggalan, Mereka yang telah kita lupakan..!!

Kita abaikan apa yang terjadi..Bila bencana meranap nanti,tiada siapa yang peduli dalam hidup kita hari ini. Janganlah disuatu hari, Menyalahkan sesama sendiri.Bila mendekati ada erti..kesalahan tiada berguna lagi.

Jangan mudah kau berkata dunia hanya sementara..engkau mudah leka buat selama-lamanya..
Jangan nanti suatu hari menyesali apa yang terjadi, kerana engkau masih bermimpi disiang hari..

Bangunlah dari tidur..bagunlah..

Monday, November 3, 2008

K.A.W.A.N


Lihatlah di sekeliling, wajah-wajah yang berpaling
Dahulunya sekutu, saling berjanji berjuang sehidup semati
Kerana hasutan juga hasad dengki
Sanggup menjatuhkan sesama sendiri..


Haruskah kita biarkan kemewahan dihakiskan?
Terus menerus menyaksikan, si petualang menghancurkan
Hanya kita dapat membina semula
Apa yang telah dihancurkan olehnya


Kita datang dari arah yang sama
Kini kau enggan bertentang mata
Hanya kita berhak untuk menentukan
Kita punya masa hadapan..


Berganding tangan, kita jayakan
Kita kembalikan zaman-zaman kegemilangan
Berganding tangan, kita saksikan
Segala impian, kita jadikan kenyataan..

Wednesday, October 29, 2008

kl...oh..kl..

aku baru balik dari kl masa aku tulis blog ni. pegi kl pun atas urusan keja..bukan nyer pegi bersiar-siar..atas arahan en Puzi (my law lecturer), kami semua ditugaskan untuk pergi bergambar dengan mekanikal parking..ala..parking mcm dalam citer tokyo drift tu..bagus juga tugasa ni. baru la aku tau, rupanya teknologi jepun tu dah ada kat malaysia. ada dua kat malaysia ni..(yg aku tau la). dekat Petaling Street (Hotel Malaya) dan satu lagi kat menara GM..(aku pun xtau menara ni kat mana).

dalam tempoh dua jam tu aku kat sana, mcm2 ragam manusia aku tgk..tpi aku pun dah xpasti yg tu rakyat Malaysia or warga asing. dah sama banyak dengan warga kota dah diorang ni. seram betui..sistem pengangkutan awam di Malaysia, kebanyakkan nya digunakan oleh warga asing. warga tempatan ni aku tgk mcm kurang je naik pengangkutan awam. mungkin diorang xselesa kot. tpi org mcm aku ni, redah jer..selesa or x, belakang kira..cepat betul kl membangun..baru 4 bulan aku xpegi sana..(utk sem ni, harini 301008 adalah 1stime aku turun kl)mcm2 yang dah berubah. bangunan itu naik, bagunan ini naik..kereta semakin bertambah...adab manusia semakin menipis..budi bicara, kesabaran yang dah makin menghilang..hurm..penat otak la dduk kat bandar-bandar besar mcm tu..kat kl ni pun, mcm2 barang leh niaga..halal haram dah xkira dah. asalkan leh dpt duit..hurm..ranjau kehidupan di sebuah Kota..memang perit..mmg sakit..saper yg xkuat iman, mcm2 leh jadi.kesian kat anak bangsa kita semua..ada yg merempat minta sedekah..ada yg xsiuman..hurm..kl...

Tuesday, October 28, 2008

Siapa AKU..?

aku baru balik dari amik exam ni..rasa lapang sgt..lapang selapang kawasan lapang..hehe..mana xnya, sebelum ni pulun wat tesis, lepas wat tesis pulun stadi utk paper arini (291008). so, arini aku nak santai jer..dalam dok santai2 ni, aku terpikir lak, sapa AKU sebenarnya..so, aku pun try la cari benda-benda yang leh jadi rujukan.lastly, aku dapat ni dari kajian dr. fadhilah kamsah..dia buat kenali diri berdasarkan bulan kelahiran..thanks to ctikus comel..dia yg suggest aku wat benda ni berdasarkan pandangan pakar..barula x bias..hehe..lets check it out!!

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

ni je ker??ke ada lagi..?aku pun xtau..huhu.lgpun, benda ni bukan nak ckp yg aku ni bagus ke ap..tpi aku cuba utk jadi ORANG..cuba untuk jadi kawan dalam erti kata KAWAN yang sebenar..kepada kawan-kawan aku, aku minta maaf sekiranya penah wat salah silap sepanjang kita kenal. untuk budak TRP, maafkan aku kalau penah menguris perasaan korang semua sepanjang 2 tahun kita bersama. bermula dgn projek Mixed Development di Alor Gajah, Melaka (2007), RSN Pahang (2007), RTD Kuala Lipis, Pahang (2008) dan TESIS (2008). MAAFkan aku..kalau korang ada wat aku kecik ati, ketahuilah sesungguhnya, aku dah pun maafkan korang semua.





Monday, October 27, 2008

Finally..


akhirnya...tesis yang selalu ni byk menghantui budak-budak TRP 08 dah pun siap..aku pun xterkecuali. walaupun pada mulanya aku dah give up, tpi atas semangat dan dorongan kawan2 seperjuangan telah banyak membantu aku. membantu menghidupkan semula semangat perjuangan yang berbaki sisa. terima kasih kepada semua kawan2 aku.

aku sebenarnya baru je siap printing tesis..sepatutnya, aku siap dalam area kul 10 malam..tpi, aku diduga sekali lagi. printer aku (pixma Ip 1000), tetiba je jammed. time-time mcm ni la dia nak jammed pun..puas aku belek printer tu..tpi ttp mcm tu jugak. nasib baikla ada kawan sebilik yang boleh bagi sokongan (bagi pinjam printer + ink).hurm..terima kasih yer zul. so skang nie, tesis pun dah siap..the next step is TAWAKAL..aku yakin dengan kuasa Dia. InsyaAllah, jika Dia berkehendakkan sesuatu terjadi pada aku, maka ia ttp akan jadi. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita..aku xmenaruh harapan yang tinggi pada tesis ni. aku cuma nak hantar pada jam 0900 (28 Oktober 2008). tu je matlamat aku. lepas tu nak kena stadi utk profesional practise 29 oktober 2008.hurm..xtaula ap yg akan aku jawab nanti..huhu..

Friday, October 24, 2008

suatu KEGAGALAN..???


hm..perjumpaan yang pada mulanya untuk membincangkan tentang tesis dengan Dr Mat Zain petang tadi betul-betul buatkan aku resah..tesis aku dikatakan terlalu banyak kesilapannya. di mana silapnya??apakah punca kepada berlakunya kesilapan tu??argh!!!dalam bilik tu, aku tak habis-habis dipersalahkan oleh Dr Rostam (Rakan Sebilik Dr Mat Zain). kalau nak diikutkan, dia tiada HAK untuk masuk campur dalam urusan ini. ini antara aku dengan penyelia aku. tapi, atas dasar hormat, aku tadahkan telingga..lapangkan hati menerima segala tuduhan yang langsung tidak ada asasnya. aku dikatakan oleh Dr Rostam seorang yang PEMALAS, seorang yang datang berjumpa untuk berbincang dengan Dr Mat Zain dengan TANGAN KOSONG..!!!siapa DIA untuk bercakap dan melemparkan tuduhan macam tu kat aku??walaupun dia lecturer di department aku, aku SUMPAH, aku tak pernah kenal dia sebelum ini.watak dr Rostam hanya wujud dalam hidup aku bila Dr Mat Zain berpindah bilik.

Wahidah dan Rosafizah mungkin boleh menjadi saksi yang tuduhan tu tak berasas sama sekali. setiap kali aku buat temu janji dengan peneylia aku, aku sentiasa membawa bahan ataupun kerja aku untuk disemak oleh Dr Mat Zain. tapi, apa yang menghampakan aku, Dr Mat Zain seolah-olah tidak endah akan usaha yang aku buat. Dia langsung tak baca apa yang aku bawa..jdi, suma tu salah aku ke bila tesis aku dikatakan banyak silap??dalam saat-saat yang mcm ni, aku memang panas. kalau diikutkan bisikan Syaitan, mau terbalik meja di bilik dr Mat Zain tadi. lantak la nak jadi apa pun..hm..syukurlah, aku masih mampu mengawal perasaan.

Masa Dr Rostam tuduh aku, Dr Mat zain diam. langsung tidak berbunyi. langsung tidak cuba nak tegakkan kebenaran. walaupun dia tengah repair tesis aku, aku rasa, dia cuma nak tebus balik kesilapan dia sebab tak pernah bagi tumpuan pada kajian aku. dia cuma tak mahu dipersalahkan. herm..saat-saat yang macam ni juga, aku rasa dah giveup..aku rasa down sangat-sangat..herm..Ya Allah Ya Tuhanku..tabahkanlah hati hambamu ini untuk berdepan dengan segala ragam manusia. sesungguhnya, hanya ENGKAU yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam Hatiku ini..Amin..ya rabbal alamin..

Wednesday, October 22, 2008

aku dan DIRIKU..

meminjam kata-kata Umar Al-Khatab, ' tidak akan merasa gundah seseorang itu walau sekalipun jika dia tahu apa yang dia cari..'herm..betul kan?kadang2, kita rasa gundah gulana..kadang2, kita rasa resah..sb kita xtahu ap yag kita cari..dan kita xtahu apa yang kita nak..hurm..manusia...kadang2, manusia xpenah puas dgn ap yg dia ada..sb tu la manusia masih tercari-cari..hm..mcm-mcm yang manusia cari..kekayaan, cinta, kasih sayang..hurm..

aku pun sama..masih lagi tercari-cari akan hala tuju diri..mcm-mcm yang aku cari. bukan sebab aku tamak or xpuas..sb aku masih lagi xder aper yg org lain dah ada..hurm..aper yg aku ada ek??ape ek aku ada???huhuhu!!!

Monday, October 20, 2008

aku dan KAMEN RIDER..


hehe..kamen rider..hurm..saper yang xpenah tgk kamen rider tu aku xtaula. tpi aku rasa, mesti semua org penah tgk kamen rider. kuat betul pengaruh dia kat malaysia dalam era 90 an.time tu aku kat sekolah rendah. darjah 2 rasanya. kamen rider yg 1st sekali aku tgk, kamen rider BLACK. kat Malaysia nama dia dah tukar..jadi SURIA PERKASA HITAM.hm..tpi menda yg sama la jugak.nama ja lain2. dalam banyak2 kamen rider ni, aku suka 3 ja kamen rider. ,


1. kamen rider Black
2. kamen rider Den - O
3. kamen rider KIVA

ketiga2 kamen rider tu mmg best. dari segi logik, mmg la xleh pakai . tpi aku suka tgk org jepun ni gubah jalan cerita. teknologi yang diorang pakai, huuu..kagum aku. bila la Malaysia leh wat mcm tu ek?kalau nak diikutkan sejarah, Jepun dah lumpuh masa perang dunia ke-2 tu lepas nagasaki dgn hiroshima kena bom. cepat betul diorang develop negara diorang. kamen rider BLACK, ditayangkan di jepun pada tahun 1980-an. Malaysia time tu baru dok kalut nak wat keta nasional.hehe..budaya kerja jepun yang MANTAP. xheranla mantan PM kita pernah lancarkan dasar pandang ke timur..sebenarnya, aku saje je letak topik kamen rider ni. topik yang simple. tpi org lain xpenah pun terpikir ttg teknologi yang jepun pakai utk wat citer ni. yang diorang tau, cuma ckp kamen rider hanya utk KANAK-KANAK.huh!primitifnya pikiran..fikirlah secara meluas skit. kita tgk citer2 mcm tu, bukan hanya utk hiburan semata2. tpi utk kita kaji dan selidik dan bandingkan dengan pencapaian negara kita ni.

Thursday, October 16, 2008

aku dan KECELARUAN..!!!

herm..kecelaruan atau kata dasarnya CELARU..mmg susah bila dah timbul perkataan tu kat dalam hati..byk menda yg bermain dalam pikiran aku skang ni..tesis, apa yg aku nak keja nanti, bila nak kawin (sempat lagi tu..), hutang ptptn bila nak bayar dan mcm2 lagila..tpi yg paling wat aku kusut skang ni ialah pasal kerjaya..ya..aku ulang KERJAYA…

dulu masa kecik2, aku nak jadi power rangers je..senang nak tolong org..(mulia gila niat). tpi bila dah besar skit nie, aku baru sedar yg power rangers tu bukan satu kerjaya..tpi cuma khayalan..trus aku tukar aku punya cita2..herm,,pemandu pesawat pejuang..perkataan tu watkan aku igt balik kenangan 2002..kalau pilatus pc 7 tu x selalu terhempas, skang ni mungkin aku dah jadi Kapten saiful rizam. mungkin juga jadi pilot kepada pesawat serba guna Sukhoi yg Malaysia baru beli tu. ayah aku koyakkan surat tawaran dari KTU (Kolej Tentera Udara). time tu aku diminta lapor diri ke KTU kepala Batas. Alor setar. herm..dah xder rezeki kot..atau ada hikmah..laslty aku masuk bidang nie..Town Planning..herm..

aku pun xtau la bila aku abis belajar ni aku leh jadi town planner ke x..persaingan cukup byk..isu2 politik (10% kouta) dah watkan peluang yg cuma ada sedikit semakin dihimpit..saper yg nak amik kami nanti?pemaju kbyakkannya CINA..company melayu?baper kerat sgt la yg ada..umur dah makin lanjut..dah 24..tahun depan dah 25..kawan2 yg seusia dgn aku dah ada keja tetap..tpi aku?masih xtau hala tuju diri..masih tercari2 akan sesuatu yang belum lagi pasti..hurm..rasanya, aku kena tukar bidang nanti..mungkin aku akan apply utk jadi pegawai tentera..or mungkin juga jadi pegawai polis..herm..tgkla..yg mana satu. tpi skang ni aku lebih berminat nak jadi polis..bahagian JSJ (jabatan siasatan jenayah).leh tolong ramai org (mcm power rangers..heheh)..tpi mak aku xbagi..dia kata dah 5 tahun aku belajar (termasuk diploma), last2 jadi polis..huhuuh..

aku mmg celaru skang ni..kerajaan pun dah stop amik org baru..abis?kat mana kami nak merempat?hmmm…sesapa yg ada keja kosong, leh contact aku..huhu

aku dan DUIT...


duit..??ye..inilah duit. duit yang jadi kegilaan semua org kat atas dunia ni. termasuk la aku. dengan duit, mcm2 kita boleh beli. kasih sayang, cinta dan kawan..sumanya boleh dibeli dengan DUIT. berkuasanya sekeping kertas yang dicop dgn pelbagai nilai..kan?dulu, aku xla rasa duit ni penting sangat..yang penting budi bahasa.he..tpi, kalau bawak budi bahasa pegi Plaza Alam Sentral, kita xboleh beli apa2 pun sebenarnya.

skang ni dah last sem..seperti biasa, kebanyakkan student akan habis duit time2 mcm ni la..termasuk la aku. bagi yg ada famili kaya-raya, xla tertekan sangat..tpi yg xberapa nak kaya mcm aku ni??hoooo...berat oo penangan Mr Money ni..mana nak belajar n at da same time, nak kena pikir how to earn da money..2 benda dalam satu masa..minta kat mak bapak??hooo..cukup2la nyusahkan diorang kat sana..aku anak sulung..so, kenala berdikari. nasib baikla Allah bagi aku pinjam ilmu Dia. dengan ilmu yg ada kat aku ni, leh la aku cari duit utk makan kat sini. repaired komputer dan amik upah lukis layout town planning..hm..merana gak badan. dengan nak wat asement, n cari duit utk belanja..gila..mmg gila..tpi im forced to do that..kalau x, soru leh miss..nak ckp kaya wat benda2 di atas tdi tu, xla..tpi, leh la bgi aku makan dalam masa 2 minggu..tu pun makan sari sekali je tu. susah gak ek nak cari duit ni..hm..kesian kat mak bapak kita yg kat kg tu. keja keras utk anak-anak.herm..

lepas ja abis projek ni, aku kenala cari projek lain lak..herm..kalau x, xmakan la aku kat cni..hurm..kalau susah2 sgt, kutip jela sampah sarap yg boleh dijual..janji halal..kan?cuma segan dgn tidak je la nak wat benda tu..Mr Money ni mmg wat aku xsenang duduk. duit kuar macam air paip yg dah rosak kepala paip. laju bebenor..tpi kan, bila pikir2 balik, aku bersyukur sgt sb dok jauh dari famili. dengan apa yg aku alami skang ni, dah cukup untuk watkan aku bersedia tempuh aper je halangan nanti..herm..sediakah aku??huuuu....

Monday, October 6, 2008

aku dan KAWAN-KAWAN

1 Oktober 2008..pertemuan semula ataupun reunion telah berjaya dilakukan..he..terima kasih kepada NINI atas usaha yang dilakukan oleh beliau dalam mengumpulkan kami semua. walaupun cuma 13 org yg dtg, tpi pertemuan tu cukup bermakna. sejak tamat SPM 2001, ni la pertemuan yg pertama. he..dah ramai kawan2 aku yg dah kerja. yang dah kawin pun ada. bestnyer diorang..aku??belajar lagi la..xtaula bila nak abis..kalau xder aper2 hal, bulan 11 ni aku abis. dalam masa yg singkat tu, aku tgk, ramai budak2 kelas aku masuk polis (bagi yg lelaki) dan yg pempuan lak ramai masuk nurse. xpela..aper2 pun, tu rezeki diorang..kerja tetap lak tu..di bawah ni gambar masa reunion. hehe...chek it out!!

!

Friday, September 19, 2008

aku dan CINTA..

apa itu CINTA sebenarnya??cinta yang dikatakan orang cukup indah..tapi dalam masa yang sama, cinta itu juga buatkan seseorang itu jadi lebih parah..susah ke nak bercinta??kalau yang dah pernah dan masih lagi bercinta, mesti akan cakap senang dan susah tu sama banyak. aku setuju jer..memang cinta tu cukup mudah kalau dapat kerjasama dari pasangan..pasangan yang memahami apa yang dikehendaki oleh pasangannya. ada juga pendapat cinta itu indah dalam tempoh setahun je..kalau dah masuk 5 tahun, cinta tu jadi hambar.mungkin berpunca dari lelaki..mungkin juga dari perempuan. kadang2, aku terpikir lak, xleh ke manusia hidup TANPA cinta?? matikah manusia itu jika dia tidak dicintai org lain??penah ke korang terpikir??yang tengah bahagia bercinta sekarang ni mesti ckp, 'aku xleh hidup tanpa CINTA..CINTA watkan kami bertenaga untuk tempuhi hidup'. kalau bagi yang tengah frust, 'aku xmau bercinta..aku lebih suka mati dari terus BERCINTA..sebab cinta watkan aku MENDERITA..'.kan??ader dua pendapat yang berbeza kan?

so, korang yang kat luar tu, cintailah pasangan anda sebaik2nya. sebab, dah jadi lumrah manusia, 'seseorang itu akan dihargai bilamana dia tidak lagi berada disisi kita'..jangan dah terhantuk, baru nak terngadah beb..cinta mmg senang nak dapat..tpi cinta yang sejati, cinta yang ikhlas susah nak dicari ganti..meminjam kata2 nabil..LU PIKIR LA SENDIRI,,,!!!Assalamualaikum..

Tuesday, September 16, 2008

aku dan BADMINTON..

dah lama aku main main badminton..sejak aku tadika lagi. dan dalam tempoh tu, byk kenangan aku dalam bidang ni. dan bidang ni juga watkan aku kenal dengan lebih ramai orang.herm..aku sebenarnya baru balik dari traning badminton nie. dgn amir, nazili dan zul. tpi tula, aku rasa aku dah semakin jatuh la.huhu..dah tua sgt ke aku nie??ke aku kurang latihan..tula malas sgt..herm..tpi kan, bila aku tnya diri aku balik pasal bdminton, aku rupanya xtau pun apa itu badminton,,dari mana asal usulnya..kat sini meh kita tgk sesama aper yang dikatakan sebgai BADMINTON..

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitifL perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH DAN ASAL USUL BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

ha..tu la serba sedikit ttg badminton..tpi kan, kalau korang perasan, semua atlit badminton ni dia kelihatan tenang..dan mengikut kata2 coach aku (En Azmi), 'ketenangan itu penting untuk mengatur strategi yang membolehkan kita menang..Ketenangan adalah senjata utama unntuk mencapai sebuah kemenangan'. renung-renungkan..

Rumahku 'Syurga'ku..???

rumahku Syurgaku..hehe..mesti korang yang kat luar tu dah penah dengar kan istilah tu..tpi apa yang aku konpius (b.inggeris yang diutarakan), apakah elemen-elemen yang buatkan rumah itu dilabel sebagai 'syurga'??terutamanya bagi kediaman kategori org bujang..apa yg men'syurga'kan rumah tu..??

herm..aku pun xtau la mcm mana nak describe menda alah ni. tpi aku yakin, korang yang berada kat jauh dengan keluarga dan tinggal bersama-sama dengan kawan, mesti korang tau apa yg aku cuba sampaikan.ya..rumah bujang yang terdapat pelbagai masalah..perangai sekor2 yang boleh kalahkan jin. ntahla..tpi ni la hakikat..korang yang kat luar tu xpayah la nak menafikan. mmg betul, kesabaran yang tinggi mmg diperlukan bila wujud istilah berkawan tu. tpi sampai bila nak bersabar??hurm..smpai mati?nehi2..masalah yang paling utama dalam rumah bujang ni ialah terlalu 'kedekut'. susah gak kalau ada org mcm ni. nasib baik la budak kedekut dalam umah aku (identiti perlu dirahsiakan untuk keselamatan penulis) dah berubah. skang ni xkedekut lagi dah..hehe..bguslah..setel je masalah tu, masalah lain pulak yg muncul..argh!!!leh kena kencing manis aku mcm nie..masalah yg baru timbul ni la wat aku serabut. 'pentingkan diri'. aduyai..susah gak hidup dikalangan orang-orang yang mcm ni.kan??

sekarang ni, apa yang perlu aku wat, bersabar..tpi sejauh mana tahap kesabaran aku ni??sehebat Rasul Junjungan kita ker??mestila x..aku ni insan biasa jer..tpi insyaAllah, jika diberikan kekuatan, aku tetap akan bersabar. harap2, tiada masalah baru yang akan muncul lagi..aku dah letih hadap peragai manusia ni. ke aku dah patut benti jadi 'manusia..'??

Sunday, August 24, 2008

bolehkah CINTA dijual BELI?

bolehkah cinta dibeli?satu persoalan yang dah lama bersarang dalam jiwa aku..aku pun xtau naper benda alah ni selalu jadi perbualan. and aku pun xtau saper yang harus dipersalahkan. pihak lelaki atau pihak perempuan?herm..berdasarkan kajian rambang yg aku wat, 80 % perempuan lebih cenderung untuk pilih pasangan yang BERDUIT..kenapa? kebanyakkan perempuan cakap ini adalah sebagai jaminan hidup..tu adalah jawapan yang paling BODOH aku pernah dengar. kenapa perempuan2 ni perlu bergantung hidup pada lelaki?kenapa tidak berdikari?sampai bila nak dilabelkan sebagai insan yang LEMAH? come on la gadis2 sekalian!!buka mata, buka hati dan buka minda!! smpai bila kekayaan tu leh bagi korang kepuasan dalam hidup? kawan aku pernah cakap, cinta memang boleh dibeli. asalkan lelaki ada duit, perempauan pun akan mudah dirapati. walaupun bukan semua pempuan macam tu, tapi sebilangan besarnya adalah yang bersifat mcm tu. bagi aku, perempuan yang mcm tu x ubah seperti perempuan yang ada di lorong2 belakang. cuma perlu bawak duit, dan 'cinta' akan berputik walaupun untuk satu malam.

aku menulis ni pun, bukan nak mengutuk sesuka hati. tapi aku cuma nak sedarkan perempuan2 kat luar tue. jangan memilih harta dalam menilai sebuah CINTA. renung2kan..

Sunday, July 13, 2008

penantian kepada sebuah pengakhiran..

penantian tu memang satu penyeksaan..cukup terseksa..cukup menderita untuk kita mencapai sekelumit rasa bahagia..herm..tak boleh ker kita rasa bahagia je memanjang tanpa perlu menharungi segala perit jerih?sem ni sem last aku sebagai pelajar..lepas ni aku dah bukan pelajar lagi..harap2, aku lepas la sem ni..aku dah letih rasanya nak terus belajar..ramai orang kata, zaman bergelar pelajar ni la zaman yang paling best..aku akui, memang best. tapi, ada jugak part yang tak best. mmg semua benda dalam alam ni ada kebaikkan dan keburukkanya yang tersendiri. kan?

sekarang ni, aku tengah bersiap untuk ke pahang. projek dgn MB pahang, dato seri adnan yakob masih belum selesai walaupun kami semua dah lulus studio dgn gred yg membanggakan..aku harap, apa yang kami buat ni dapat pengiktirafan dari pihak UiTM, JPBD Pahang dan juga Majlis Daerah Lipis..bukan apa, lepas ni aku kan dah nak keja. dgn adanya surat sokongan dari pihak2 ni, ada la jalan aku nak masuk dalam kerajaan..huhuuhuh..Amin.

Sunday, May 18, 2008

Bila Aku Sudah Tiada

arghhh!!!!kebosanan meliputi diri aku lagi..aku seolah-olah warga tua yang menunggu ajal menjemput..menghabiskan masa di dalam bilik..menghabiskan masa dengan sia-sia..aku memang tengah kebosanan.sepatutnya, pada masa aku tulis blog ni, aku dah kat kampung..bekerja untuk cari duit.tapi aku masih lagi kat tempat nie..tempat yang tidak memberi ruang kepada sesuatu yang bernama peluang..

herm..dalam 2-3 hari ni bila aku dengar lagu hujan tu, aku terpikirkan sesuatu..sesuatu yang mana golongan umur macam aku kurang gemar berbicara mengenainya..mengenai alam yang satu lagi tu..alam yang kekal untuk semua umat manusia..pernah ke korang semua fikirkan tentang alam yang satu lagi tu?pernah ker?susah kan nak jawab?kalau ada pun, berapa kerat sangat la yang fikir akan hal tu.biasala..budak remaja..yang difikirkan, ialah keseronokkan..tpi perlu ingat beb..ajal menjemput tidak mengira usia.tua atau muda, bila sampai masanya, kita tetap akan dipanggil olehNya..

aku pun bukannya bagus sangat..aku dah banyak buat silap masa zaman aku dulu2..herm..tapi Allah tu Maha pengampun kan?Dia pasti akan ampunkan kita yang pernah buat silap satu ketika dahulu..kan?

Tuesday, May 6, 2008

pengkhianatan sebuah PERSAHABATAN..

herm..ayat mcm org frust jer kan..aku mmg tgah frust..frust dgn sorang yg aku anggap dia kawanbaik aku..kawan yg bleh aku percaya..tpi last2, dia khianati aku..herm..aku xtau mcm mana nak mulakan cerita..aku rasa xpyhla korang tau cerita ni..yg penting, mari kita sama2 cari maksud kawan yg sebenar,,atau dalam erti kata yg lain kita kupas maksud SAHABAT..aper yg dimaksudkan dgn sahabat sebenarnya..?org lain pasti akan mendefinisikan sahabat ni sebagai 'seseorang yg bukan dari ahli keluarga kita tetapi mempunyai hubungan yang rapat dgn kita selain dari keluarag kita'.herm..ayat..mmg mudah utk digubah..tpi realiti nya?ader ke org yg mcm tu?bg aku, org berkawan dgn org lain atas dasar kepentingan..ada sesuatu yg org tu inginkan dari kita..dalam kata yg mudah, dia XIKHLAS berkawan dgn kita..arghh,,!terus terang aku ckp, aku mmg selalu berhadapan dengan org2 mcm nie..org yg pikirkan perut sendiri..kawan semasa senang..bila susah?

dalam dunia yg serba moden nie, mmg wajar kita pentingkan diri sendiri jer kan?tpi, bgi org2 yg masih mempunyai maruah dan prinsip diri kat luar tue, mungkin sifat pentingkan diri ni ditolak demi menghargai sebuah persahabatan..herm..xramai dah org mcm tue dalam dunia nie..xramai yg akan 'melangkah tanpa memangkah'..kebanyakkanya akan 'memangkah dan terus melangkah'..herm..aku xtau la ap yg aku merepek skang nie..yg aku tau, aku mmg xjumpa lagi orang yang betul2 hargai persahabatan..org yg berkawan dgn orang tanpa sebarang kepentingan..korang tanyala diri korang sendiri..ikhlas ker korang berkawan dgn kawan korang?jujurkah korang suma?korang jawab la sendiri..

Sunday, April 6, 2008

Syukur...

herm..dah lama xjenguk ke sini..ala..bukan ada org baca pun..mcm syok sendiri jer aku nie menulis kat sini..tadi, bila aku fikir2 balik, setiap manusia ni ader dia punya kelebihan masing2..kalau dah ader kelbihan, mesti ader kekurangan kan?dah xleh lari dah dua benda tu..dah mcm kembar siam dah..mesti melekat punya..budak studio aku masing2 ader kelebihan sendiri..walaupun kami ni dari jurusan perancangan bandar dan wilayah, tpi diorang ader kelebihan lain. contohnya dalam bidang seni muzik, seni tarian, sukan, multimedia, komputer, grafik dll lagi..suma benda ni kalau nak dikutkan logik mana ada kaitanya dgn perancang bandar..tpi tula..mcm yg aku ckp tadi, kita suma ni dah ada kelebihan masing2 dan kekurangan masing2..memang xsemua org leh main muzik, xsuma org leh main sukan, xsuma org leh menari dan lain-lain suma tu..kalau semua org reti, sper yg nak dengar org lain main, tgk org menari..kan?logik x?

Allah dahjadikan kita semua dengan cukup baik..Dia wat kita hidup dengan saling melengkapi antara satu sama lain..melengkapi dgn bergantung hidup dgn org lain tu lain konteksnya..korang pun paham kan?hehehe..so, kepada semua pembaca, meh kita renungkan kelebihan yg ada pada diri kita..dan dalam masa yg sama, renungkan juga kelemahan kita..baru kita x menjadi angkuh dan takbur..cuma satu pesan aku,,gunakan kelebihan yg ada pada diri kita tu utk bantu org lain..semua ni ilmu DIA..Dia cuma jadikan kita pemengang amanah..bukan pemilik mutlak..

Saturday, March 29, 2008

kejatuhan..

herm..pernah ke korang rasa, bila korang dah smpai satu tahap, korang rasa down sgt2..?pernah x? tula yg aku rasa skang nie..bgi yg xkenal aku, aku ni player badminton..dulu masa aku mula main, aku punya matlamat hanya satu..nak capai satu tahap yang tertinggi dalam badminton..xkirala skill ker, fitness ker, semangat ker dan lain-lain lagi..aku terpikir, naper aku dah semakin down..ke sebab aku dah smpai tahap limit badan aku? mustahil..masih byk lagi benda yg aku kena capai..xkan smpai kat cni jer tahap kemampuan aku..?badan aku dah xmampu lagi ker?skang ni, dah ramai org cuba nak dahului aku..salah aku jugak sebab seolah2 pandang rendah tahap kemampuan diorang tue..he..aper2 pun, aku bangga dgn diorang yg cuba nak atasi aku..nak xnak, aku yg terpaksa upkan level aku..baru la diorang xkan leh atasi aku..

Thursday, March 13, 2008

Ketidakseimbangan Emosi

herm..lain macam jer tajuk blog aku kali nie,,bukan apa, aku pun rasa mcm minggu ni minggu org hilang pertimbangan..minggu orang xkenal sapa kawan, sapa lawan..studio cara studio..semua nak mengamuk..aku pun termasuk dalam golongan org yang mengamuk tue..aku mmg panas baran..aku mengaku..suma org kata aku ni panas baran..tpi aku panas baran bersebab..aku panas baran sebab nak melindungi SESUATU..mungkin org akan kata aku cuba untuk lindungi EGO seorang lelaki..herm..ntahla.aku pun xtau aper yg aku cuba lindungi sebenarnya..aku xpasti aku lindungi hak aku ataupun orang lain.aku bukan nak jadi hero..xterlintas langsung..aku cuma rasa benda ni perlu utk buka minda seseorang..

walaupun aku panas baran, tpi aku dikurniakan dengan sikap sabar yang cukup tinggi..kenala sedar, junggle law xpernah wujud lagi zaman skang nie..tpi kadang2 tu, biarlah buku bertemu ruas..baru org akan sedar langit tu tinggi atau rendah..kadang2, sikap baran tu mmg patut ada pada sesetengah individu..org yang berada di sekeliling org yg baran ni kena sedar, baran dia wujud utk MELINDUNGI..bukan untuk MENYAKITI..

aku pun bukan suka2 nak membenci orang..ada sebab aku benci orang..org nak benci aku, benci la..aku pun kena sedar yg diorang pun ader sebab untuk membenci aku..kan?mau x mau, aku kena hadapi semua nie..bak kata org2 lama,,'tarik rambut dalam tepung, rambut xputus, tepung pun xberselerak..'.korang paham kan?

Monday, March 10, 2008

Tanggungjawab...?

'bila orang dah bagi kita tanggungjawab, itu maknanya org percaya dengan kita..tanggungjawab itu amanah dan kita perlu ikhlas semasa menjalankan amanah yang diberikan..'herm..aku terpingga..aku tergamam tanpa sebutir bicara..dulu, masa arwah tok aku ckp pasal tanggungjawab ni, aku baru jer berumur 6 tahun..budak comot yang xtau aper2..yang cuma diprogramkan utk menjadi peneman arwah tok aku pegi wat keje2 ladang, ternak lembu dan lain2 keja kg..tpi, semakin aku meniti dewasa, semakin aku nampak aper itu maksud TANGGUNGJAWAB..herm..baru aku sedar betapa susahnya nak menjalankan tanggunjawab tu dgn ikhlas..kebanyakkannya, semua orang wat atas dasar kepentingan peribadi..insyaAllah, aku cuba jalankan tanggungjawab aku seikhlas mungkin..

herm..dah besar rupanya aku..dah 24 tahun aku hidup kat muka bumi yg semakin padat dgn pelbagai ragam manusia..suma tu la yang mewarnai dunia kita nie,,baru meriah beb..tpi, kadang2 tu sengal gak bila berhadapan dgn org yg mcm2 ragam nie..ckp kita xnak didengarnya, kira kepala dia jer,,ingat skang ni zaman primitif ker?'saper kuat, dialah tuan', istilah tu dah lama org buang ketepi skang nie..yang penting, ilmu beb,,kaya tapi bodoh pun xguna gak..kan?hehehe..dah melalut dah aku nie..

Berbalik kepada tanggungjawab, tadi aku dapat msg yg kawan aku dah nak kawin..huuu...dah smpai jodoh pun diorang tue..alhamdullilah..moga berbahagia la hendaknya smpai ke akhir hayat..aku?he..coming soon kot..kawin ni pun tanggungjawab gak kan?kan?heheh..dah nak jadi 'orang' dah aku ni rupanya..

herm..kawan2 aku yg 'nakal2' dulu pun dah jadi 'orang' dah skang nie..bagusla..manusia berubah kerana manusia beb..yg xsedar2 diri ni, jomlah berubah..kita ada TANGGUNJAWAB yang perlu dijalankan..

Friday, March 7, 2008

Politik oh politik...

dalam sehari dua ni, isu yg paling hot skang nie ialah pasal politik..herm..tadi pun aku baru jer berdebat pasal polit dalam room selangor..sajer jer nyibuk..aku bukan leh undi pun..bukan underage la..cuma xdaftar..huhuhu...apa yg aku sedih, sesama islam pun ayik memaki sesama sendiri..diorang bukan main lain lagi ckp ISLAM itu BERSIh..tpi sedarkah diorang suma yg diorang dah watkan ISLAM tercemar??asyik ckp org ni bukanislam, org itu bukan islam..saper diorang utk tentukan ISLAM sesorang tu?xpayahla nak wat kerja Allah..dia lebih mengetahui aper yg terjadi..kita sebagai manusia ni, wat keje kita dahla..

aku pun bukan org kerajaan..aku xsebelahkan sesapa..dalam dunia ni, masing2 ader pro n kontra..rakyat malaysia pun skang ni suma ader pelajaran..suma ada akal..diorang leh pikir saper yg diorang rasa layak utk memerintah..xpayahla kita terlalu obses dgn suma nie..suma ni dah mcm fenomena ayam dgn telur..xder kesudahan.

mcm yg kawan aku ckp (amir), budak aku pun byk balik kg..dengan alasan nak mengundi..tpi dalam masa yg sama, keja nak kena hantar hari isnin nie..aper cerita?sempat ke siap?mmg mengundi tu tanggungjawab kita..tpi dimana tanggungjawab kita sebagai PELAJAR?maaf kalau ader yg terasa,,aku cuma menulis utk memberikan pendapat..

sekian dulu utk kali nie...jumpa lagi..